Ketukan pintu buat aku berlari dari dapur. Siapa pula yang datang? Kalau ikutkan jam, memang bukan waktu Dayyan pulang.Pintu aku buka.
"Hai Aira. "
Haziq.
Aku segera tutup pintu. Ya, aku yakin itu Haziq. Perosak masa depan aku. Namun malangnya dia sempat menolak pintu itu sebelum tertutup rapat.
Ahh, inikah rasa hati aku yang tak sedap sejak semalam?
"What are you doing here? Dayyan tak ada. Kalau nak jumpa Dayyan boleh pergi Putera's Holding. Dia ada dekat sana. "
"Buat apa aku nak jumpa Dayyan? Aku nak jumpa kau lah sayang. Lama tak bersua mukakan? Dulu, kau tolak aku. Rugi kau tahu! " Haziq semakin mendekati aku. Ah, apa yang dia mahukan?
"Keluar Haziq. Aku dah kahwin. Tak perlu nak bersua-sua muka dengan kau jahanam! " Suara mula meninggi. Kejadian aku bersama dia masih lagi tersemat dalam minda. Dah sebab dialah aku terpaksa berkahwin dengan Dayyan. Sebab dia aku buat keluarga malu. Semua sebab dia!
"Bodohlahkan kalau aku keluar? Penat aku intip kau, cari alamat rumah kau. Dah dapat, aku lepaskan. Sia-sia Aira. "
Aku mengerutkan dahi. How come he know my name? Dia kenal aku dengan nama Dhiyyan aje. Bukan Aira.
"How come you know my name? You just know me as Dhiyyan. Not Aira. "
"Bodohlah kau ni perempuan. Aku punyalah ingat kau. Senang kau. Tapi sayang, kau lupa aku macam tu je. Sebab kau tak ingat aku, aku nak bagi kau pengajaran sikit. Aku tahu kau tak bahagia mana dengan si Dayyan tu. Betulkan? "
Haziq menghampiri aku. Apa aku perlu buat? Lari? Kemana aku nak lari? Dapur? Bilik? Keluar? Arhg serabut!
Tangan aku disambar Haqiz kuat. Badanku dia tolak membuatkan aku terjatuh kelantai. Bodoh! Do something Aira. Apa aku nak buat ni?
"Haziq please! Lepaskan sayalah! " Rayuku. Namun rayuanku dia tidak endahkan. Dia masih lagi dengan nafsunya.
Rambut aku dielus lembut. Ya Allah, ampunkan aku. Aku tak tahu nak jaga maruah aku. Maafkan Aira Dayyan. Dayyan, tolong balik sekarang. I need you!
"Dayyan.. "
"Hah, gila! Tak ada siapa yang akan datang selamatkan kau. Dayyan nak datang? Tunggu aku dah dapat kau, baru dia datang. Haha."
Aku meronta kuat. Dah tiba-tiba Haqiz menampar kuat pipi kananku. Pijar! Tapi aku tetap meronta. Dan sesaat Haziq terleka, aku sempat berguling ketepi. Aku lekas bangun. Telefon bimbit didalam poket aku keluarkan dan nombor Dayyan aku dail. Namun malang, tidak berangkat. Kali kedua, masih begitu. Tidak sempat untuk aku hubungi untuk kali ketiga, Haziq melempar telefonku.
"Haqiz ingat Allahlah! Kau gila ke?! Aku ni isteri orang. Isteri kawan kau. Mengucap Haziq! "
"Hey, kau sepatutnya kahwin dengan aku. Bukan dengan Dayyan! Kau tak ingat aku Aira? Aku Aira aku! Haqiz Qareem bin Ahmad Fauzi. Kawan baik kau yang dulunya kau selalu mengadu nasib. Cepatnya memori kau hilang Aira. "
Haziq Qareem? Kawan baik? Ahh, memori aku tak berfungsi sekarang ni. Tak kisahlah kawan baik sekalipun, tapi dia tak patut buat aku macam ni.
"Kalau awak kawan baik saya sekalipun, awak tak boleh buat saya macam ni. Dosa Haziq! "
"Do you look I care? Aku nak dan aku pastikan aku akan dapat !"
Pipi aku di cium Haziq. Dayyan pun tak pernah dia" Tak guna punya iblis!
"Lepaslah!! " Aku menangis. Terasa jijik dengan diri sendiri.
"Assalamualaikum... "
Pintu aku dengar seperti ada orang buka.
Mama! Pantas aku berlari kearah mama. Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Kau dengar rintihan aku. Terima kasih letak aku dalam lindunganMu.
"Aira, kenapa ni? Ya Allah. Kenapa baju koyak? "
Sebelum sempat aku menjawab, Haziq berlari keluar. Wajahnya ditundukkan. Dasar iblis!
"Mama... " Aku peluk mama erat. "Aira takut ma. Dia tu... Orang jahat. Dia nak rogol Aira mama. Tolong Aira. "
Mama mengajakku duduk. Aku masih teruskan tangisan. Sampai aku penat. Mama pun tidak memaksa aku untuk bercerita. Dia faham mungkin.
"Dah okey? " Soal mama. Aku mengangguk.
"Dah call Dayyan? "
"Tak angkat. Tadi masa lelaki tu ada lagi Aira dah call. Dari semalam Aira tak sedap hati. Aira suruh Yan cuti. Tapi Yan sibuk. " Aduku.
"Allah. Kejap mama call dia. "
Mama telefon Dayyan. Tak sampai lima saat, panggilan sudah berangkat.
"Kenapa tak angkat call Aira tadi Dayya!?" Tegas mama menanya.
"Mama ni kenapa? Tak ada salam terus terjah. Yan sibuklah. Ini baru keluar dari bilik meeting. Aira nak apa? Sampai mengadu dekat mama? "
Aku dengar apa yang Dayyan katakan. Orang hampir kena rogol Dayyan! Bukan saja-saja call."Nak apa kamu kata? Yan tahu tak ada orang pecah masuk rumah? Nak rogol Aira? Nasib baik mama datang tahu! Kalau tak menyesal tak sudah Yan! " Suara mama masih meninggi.
"Astaghfirullahalazim. Macam mana orang boleh masuk? Ni mesti dia tak kunci pintu. Okeylah Yan balik sekarang . Assalamualaikum. "
"Waalaikumsalam. "
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...