-44-

423 17 5
                                    


"Mama. Good morning. " Tegurku gembira. Aku harap mereka ingat harini hari istimewa aku. Mereka ingat seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Morning. " Balas mama.

Suasana sunyi. Mama sibuk menyiram pokok bunganya. Dayyan masih tidur, Dinie pula tak nampak dari tadi. Papa sedang baca surat khabar. Aku? Apa aku nak buat ni?

"Mama, Aira nak keluar pergi tasik kejap boleh? "

Dah lama rasanya tidak ke tasik. Rindu pula pada kedamaian tasik itu.

"Tanyalah laki kamu. "

Betul juga. Buat apalah aku minta izin mama. Dah ada suami kot.

Aku naik atas untuk bertemu Dayyan. Sampai atas, Dayyan masih lena tidur. Nanti kalau tak minta izin, aku mati, dosa aku! Tapi tak sampai hati pula nak kejutkan. Ah, kejutkan ajelah.

"Yan, orang nak keluar kejap boleh? "

Satu saat, dua saat, tiga saat. Tiada tanda yang Dayyan akan bangun. Alah, susah betul!

"Yan, orang nak keluar kejap ni. Bagi ke tak? " Aku tinggikan sedikit ton suara. Haih, bangunlah!

Seperti tadi, tiada fungi aku kuatkan ton. Inilah padah bila sambung tidur lepas Subuh. Entah bila nak bangun entah. Macam mana rezeki nak masuk?

Aku ambil segayung baldi dari bilik air. Habislah kau Dayyan. Aku dah kejut baik-baik kau taknak bangun. Hambik ni!

Aku renjiskan air ke mukanya. Ni baik lagi aku renjis, kalau aku terus jirus aje tak ke naya?

"Isyyyy!!! Apa ni basah-basah?! "

Get ready Aira. Kau cari pasalkan? Hadaplah sendiri. Semoga dipermudahkan. (Gaya gopal)

"Kau ni dah kenapa?! "

Aduh, gerun pulak aku tengok wajah bengis Dayyan. Betullah aku baca, lelaki ni tak boleh orang ganggu tidurnya. Nanti mesti dia mengamuk. Habislah kau!

"Err, orang nak keluar kejap. Boleh tak? "

"Lantak kaulah nak keluar ke apa?! Ingat aku kisah ke? Menyusahkan betul! "

Terpejam mata aku kena tengkingan dari Dayyan. Ni kalau dalam kartun memang dah terbang sebab suara Dayyan ni kuat sangat. Mesti mama dengar. Aduh, cari masalah lagi. Padan muka kau Aira.

"Okey. Aira pergi dulu. " Aku berlalu keluar. Taknak lama-lama dalam bilik ni. Angin Dayyan bukan boleh jangka. Aku renjis sikit pun dah mengamuk macam aku simbah sebaldi air.

Sabar ajelah!

Aku keluar dari rumah. Kereta aku yang papa belikan dahulu aku pandu. Lama benar tak naik kereta Swift aku ni. Rindu pula.

Tidak sampai 20 minit, aku sudah sampai di tasik yang selalu aku datang dahulu. Pagi-pagi macam ni ramai yang datang berjoging. Tapi aku taklah. Duduk aje dekat tepi tasik tu. Tak pernah lagi aku joging walaupun sudah banyak kali aku datang. Nampak tak kemalasan dekat situ?

Tenang. Setenang air tasik ini. Tanda ada ombak, tanpa ada aliran. Aku cuba tenangkan minda aku. Tak mahu memikirkan segala kekusutan di rumah.

Bila sorang-sorang macam ni, mindaku mula teringat pada abah dan Hanna. Si penguat semangatku. Yang sering ada saat diperlukan. Abah. Kali terakhir aku jumpa abah semasa di majlis perkahwinan ku haritu. Memang aku baru kenal, tapi kasih sayang abah berikan kepadaku sangat sempurna.

Aku tahu dulu abah tidak sebegitu. Dulu abah tidak peduli hal aku dengan Hanna. Mak pula selalu pukul-pukul kami.

Mana aku tahu? Ingatanku dah pulih. Sudah lama pulih. Cuma aku diamkan aja. Sedari di korea lagi. Hebatkan aturan tuhan? Siapa sangka aku mampu ingat siapa aku. Tapi sedikit pun tiada dendam. Biarlah mak nak buat apa pada kami, sebab dia juga yang jaga kami. Cukup baik mereka sudi nak jaga kami.

Elok minda nak tenang, perkara dirumah mama kembali menjengah. Aku nak mama yang dulu. Yang sentiasa sayang aku. Yang selalu bisikkan kata-kata kuat kepadaku. Yang kata-katanya langsung tiada sinisan. Kenapa mama berubah?

Papa juga begitu. Masih tidak dapat terima apa yang terjadi. Masih nak salahkan aku. Dinie? Alhamdulillah dia tidaklah letakkan kesalahan itu pada aku.

Dayyan. Suami aku. Apa yang akan terjadi pada rumah tanggaku akan datang? Cerai? Pedihnya. Tapi aku kena berkorban. Dayyan ada pilihannya sendiri. Dayyan ada Iyara. Dayyan sayang Iyara. Takkan aku nak jadi penghalang hubungan mereka? Aku bukanlah antagonis seperti dalam drama-drama Melayu. Yang menghalang perkhawinan seseorang.

Apa aku perlu lakukan ?

"Hye. " Tegur satu suara. Satu suara yang belum pernah aku dengar. Aku toleh kepala. Siapa pula ni? Kacau aje aku nak berseorangan.

"Tak ingat dah ke? "

JAUH [C]Where stories live. Discover now