"Thaqif, kau study mana sekarang? " Soal Dayyan. Aku hanya diam di seat belakang. Malas nak brsembang. Alih-alih si Dayyan sengal ni yang jawab. Bukannya Thaqif!"Saya belajar dekat Jordan. Ni balik pun sebab cuti panjang sikit. "
Fuh, recik woi! Jordan tu. Bukan calang-calang Wadeen Thaqif ni.
"Ouh. Hebat tu. " Ujar Dayyan.
"Memanglah hebat. Bukan macam Dayyan. Jordan pun tak tahu dekat benua mana. " Mulutku gatal nak cari gaduh.
"Apa masalah kau katik? Saja nak cari pasal? "
"Aah! " Jawabku ringkas. Aduhai, nak jawab tak berpada. Nanti diri sendiri yang makan hati!
"Eh ayam serama, kau tu yang bebal diam ajelah. Terima hakikat. Janganlah nak mempertikaikan kepandaian aku pulak. Tahu cemburu! "
See, sekarang siapa yang makan hati? Tulah, pandai-pandai nak cari gaduh sangat.
"Eh, janganlah gaduh. " Tegur Thaqif.
Pfft! Aku rasa nak tergelak. Tak, memang aku tengah gelak. 'Janganlah gaduh' eh? Kelakar teguran Thaqif ni. Aku tak gaduh dengan Dayyan? Memang suatu kejaiban!
"Itulah perangai anak bongsu Datin Uzaina. Suka cari pasal. Kau jangan risaulah Qif! Gaduh-gaduh manja. Tak gitu Dhi? "
Eh, manja hotak dia! Banyak kau punya manja. Kau tu yang kerjanya menganjing aku aje! Manja kau kata?
"Aaah, maaaaaanja sangat! Bab-bab menganjing ni memang bagi kat Dayyan. Teror tu! Ada sijil beriktiraf antarabangsa lagi. " Ujarku selamba.
Aku pandang sekejap muka Thaqif. Tak boleh pandang lama-lama. Nanti jatuh iman!
Dia hanya tersenyum kekok. Memang dia tak biasa ke gaduh dengan adik beradik ni? Biasalah tu! Tak meriahlah rumah kalau tak bergaduh. Kan?
"Maaflah. Saya ni anak tunggal. Memang tak tahu sangat bab-bab gaduh-gaduh manja ni. "
Padanlah! Anak tunggal rupanya. Mesti anak mak dia ni! Aku mula buat tanggapan sendiri. Selalunya anak tunggal ni kan rapat dengan mak? Betulkan?
"Hah, dah sampai. Ni nak datang balik masjid ke atau balik terus? " Tanya Dayyan.
Aku kerling rumah Thaqif. Boleh tahan besar. Kiranya dia ni set-set anak orang kayalah.
"Ermm, saya terus balik ajelah. Nanti cakap pada umi ye. Terima kasih hantar. " Ujarnya. Sopan tak hilang!
Aku pandang Thaqif keluar dari kereta. Saat dia nak tutup pintu, pandangan kami bertaut. Debar di dada aku tahan. Seperti tadi, tak lebih dua saat dia sudah pandang kearah lain.
Aku hanya hantar pandangan sehingga dia masuk kedalam pagar. Sumpah berdebar!
"Yan, Thaqif ni memang macam tu ke? "Soalku. Pelik jugak perangai Thaqif. Pemalu semacam.
"Macam tu macam mana? "
"Isy Yan. Cuba Yan bandingkan perangai dengan Thaqif tu. "
Perangai Thaqif dengan Yan tu macam langit dengan bumi. Jauh beza!
"Apa libatkan aku dengan crush kau?"
Crush cirit dia!"Crush apanya? Orang tanya je kan? Tak nak jawab cakap jelah! Penatlah. Soalan senang nak putar belit! "
Ni yang geram ni! Soalan simple je kot!
"Alah, macam aku tak tahu kau dah jatuh hati dekat Mamat Thaqif tu. Senang betul jual hati kau. "
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...