Yongpyong Ski Resort!!!! Akhirnya!Ini yang paling aku nanti-nantikan. Ski! Tak sabar aku nak meluncur ais walaupun ini adalah kali pertama buatku.
Dayyan sudah lengkap berpakaian. Dengan pakaian ski yang berwarna hitam itu, menambahkan kemachoan dia. Ni kalau adalah si Iyara tu, confirm menggeletis tak hengat!
"Yan pandai ke main benda alah ni? " Tanyaku. Kalau tengok dari segi confident, nampak macam Dayyan pandai. Tapi tak tahulah kalau dia cuma over confident.
"Mestilah. Aku dulu study dekat negara bersaljilah. Mustahil aku tak pandai main benda ni. " Bongkak!
Apa-apalah Dayyan.
"Ajar Dhi! "
"Iye. Jomlah gerak dekat tempat salji sana. Hati-hati. Licin ni. "
Aku mengangguk.
Keluar aje dari bangunan, aku terpegun! Subhanallah! Tak pernah lagi aku tengok sesuatu yang macam ni. Seronoknya!
"Kau jangan nak over excited. Nanti tak pasal-pasal jatuh macam nangka busuk. " Perli Dayyan.
Iye Dayyan ye!
Dayyan mengajarku cara untuk menggunakan peralatan yang disewa. Kemudian cara untuk berhenti semasa dan cara untuk mengimbangkan badan.
Susah! Banyak kali aku cuba tapi pengakhirannya aku jatuh. Jatuh dan jatuh.
Namun sebab tak nak ego jatuh, aku usaha jugak sampai boleh. Lama-lama tu boleh jugak walaupun tak sehebat Dayyan.
Kalau tengok Dayyan, pergh.. Aku tak patut merendahkan dia. Memang hebat pada aku. Senang aje dia menggelecek. Kiri, kanan, kiri, kanan. Masa dia nak berhenti tu pun ada gaya sendiri. Terpercik salji tu dibuatnya.
Banggalah pulak dengan Dayyan!
Dan yang pasti, aku kena hebat macam Dayyan juga.
Kami naik bukit yang lebih tinggi. Ini kita level up lah ni. Kalau tak sebab Dayyan cabar, aku takkan jejaklah! Agak tinggi juga bukit ni. Seram aku tengok.
"Dayyan, taknak lah. Takut. " Aduku. Gila ke? Aku baru belajar kot. Dia dah suruh naik meluncur bukit yang tinggi ni.
"Alah, budak tu elok je. Nak takut apa? Lembiklah kau ni. "
Tengok tu? Tak kesahlah. Memang aku lembik pun.
Aku pandang seorang budak lelaki dalam lingkungan enam tahun bersama ayahnya sedang bersedia untuk meluncur. Tak sampai tiga saat mereka sudah bergerak.
Laju semacam diorang meluncur. Aku pulak yang gerun.
"Taknak Dayyan! " Aku rasa nak menangis.
Lantaklah kalau ada bayi satu bulan meluncur sekalipun, aku tetap takut!
"Dah sampai dah. Jom aje. Rileks. " Katanya.
Nak rileks macam mana? Takut tahu tak? Buatnya aku jatuh nanti macam mana? Nak imbang badang lagi. Gila lah Dayyan ni.
Nak tak nak aku terpaksa turun. Memang itu aje cara nak sampai ke bawah balik. Lafaz bismillah aku tuturkan.
Badan aku bongkokkan supaya seimbang. Dan perlahan-lahan aku mula meluncur.
Aku rasa nak nangis sekarang ni. Takut! Aku tak tahulah laju ke tak pada mata orang, tapi pada aku dah laju sangat dah ni.
Aku cuba berhenti tapi sebab kekalutan dan ketakutan terlebih had, ianya tidak menjadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/122242873-288-k268290.jpg)
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...