-31-

420 16 0
                                    


"*Oppa mohaneun jissiya?! " Tengkingku. Marah betul aku dengan dia. Patutlah beria ajak aku keluar. Rupanya ada udang di sebalik mee.

"Yang kau nak marah-marah aku kenapa?! Dia yang minta tolong aku. Aku sebagai kawan, aku tolonglah." Balas Dayyan dengan suara tidak kurang kuatnya.

"*Nan geu saram shireo!" Kataku.

Wajah aku palingkan ke tingkap. Ingatkan bolehlah nak rileks bila dapat keluar. Ini tidak! Mindaku terkenang si Haziq tadi.

"Dhi, I have something to tell you. " Tiba-tiba Dayyan bersuara.

"What is it? "

"Haziq, cepatlah." Kata Dayyan . Matanya memandang Haziq seperti mengisyaratkan sesuata.

"Err,Dhiyyan, macam ni. Sebenarnya saya dah lama suka dekat awak."

Terkesima aku bila Haziq kata sebegitu. Dia ni suka dekat aku? Dayyan aku pandang minta penjelasan.

"Sebenarnya aku ajak kau sini sebab Haziq nak jumpa." Dayyan berkata.

Ouh,patutlah kemain lagi dia merayu ajak aku ikut. Nak kenalkan aku dengan kawan dia rupanya.

Tapi bukan masalah aku Haziq ni suka dekat aku. Memang taklah aku nak balas suka dia tu.

"What Haziq? Telinga saya ni macam tersumbat pulak."

"Saya suka awak. Okey memang sudden. Tapi saya dah lama perhatikan awak. Saya malu nak bagitahu. Jadi orang kata kalau nak dekat perempuan ni kena rapat dengan keluarganya. So saya berkawan baik dengan Dayyan. " Terang Haziq.

Suka aku?

"Ouh. Suka saya? Terima kasih sebab suka pada saya. " Balasku selamba. Apa ingat aku nak balas suka kau tu? Dalam mimpi pun takkan. Bukan sombong, tapi aku nak jaga batas pergaulan. Haram nak berhubungan dengan lelaki *ajnabi.

Dosa aku dah bertimbun, nak tambah dengan dosa couple lagi?

"Terima kasih aje? "

"Habistu? "

"Awak tak suka saya ke? " Soalnya. Dayyan dan Iyara memandang kearahku meminta jawapan.

"Tak. Yan, hantar Dhi balik sekarang. Ingatkan aman datang sini. " Ujarku sinis.

Riak muka Haqiz berubah. Tercabar egonya mungkin. Iyalah, muka kacak badan sasa tapi kena reject.

"Seriously? Saya punya kacak macam ni awak boleh tak suka? Alah Dhiyyan, jangan malu-malulah. " Haziq berkata sambil gelak.

Ceh, puji diri sendiri. Muka handsome rambut berkarat. Tiada guna!

"Aku tak suka. Dayyan, cepatlah. " Aku bangun. Panggilan aku tukar. Geli pulak nak berawak saya.

"Maaflah Haziq. Aku hantar dia dulu. " Dayyan mengikut langkahku.

Iyara dan Haziq ditinggalkan begitu sahaja. Huh! Ni aku nak buat perhitungan dengan Dayyan ni. Sukahati nak kenankan aku dengan kawan dia. Puih!

"Sombong betul. " Ujar Iyara. Haziq hanya diam membisu.

Sakit hatinya bila ditolak macam tu aje. Apa ingat senang ke nak jatuh cinta? Sekali jatuh cinta, kena tolak. Pedih oi!

"You sabarlah. Jangan putus asa. Dhiyyan tu you manis-manis sikit cairlah. " Iyara terus memberi kata-kata semangat kepada kawannya tu.

"Of course. Jangan mimpilah I nak putus asa. Senang aje dia reject I. Nanti dia yang melutut nak dekat I. " Kata Haziq bangga.

Dengan kesombongan yang dipaparkan oleh Dhiyyan itu, lagi dia nak dekat untuk memiliki gadis itu.

Just wait and see Dhiyyan sayang!


****


Aku tersedar dari lamunan bila kepalaku diluku.

"*Appo! " Aku terjerit kecil. Sakit boleh tahan. Tak guna Dayyan! Kalau benjol siap kau!

"Sedar pun. Aku punya bebel tapi kau buat tak tahu. Kau ni, cuba hargai sikit orang yang suka dekat kau. Ini sombong. Jadi Andartu padan muka! "

Andartu? Apa kau ingat aku ni tak laku? Tolong sikit. Tengok-tengok kau yang membujang sampai tua.

"Jaga sikit mulut tu eh! Yan yang dah tua. Umur dah 30 tapi tak kahwin-kahwin. Membujanglah sampai tua. " Ejekku.

Sama aje dengan Dinie. Dinie lagilah dah tua. Tapi masih solo. Nak buat macam mana, tak reti nak bersosial.

"Aku lelaki tak apa. Kau tu perempuan. Dah tua mana ada orang nak. "

Ah, baik aku diam. Cakap dengan dia tambah sakit hati aje. Terluka berdarah tahu setiap kali nak lawan kata dengan Dayyan ni.

"Mencarut aku lah tu. "

"Tahu tak apa. "


****


Translation.

*Oppa mohaneun jissiya?!- apa abang dah buat ni?!
*Nan geu saram shireo! - saya tak suka dia
*ajnabi - bukan muhrim
*appo-sakit

JAUH [C]Where stories live. Discover now