-67-

724 18 2
                                    

Aku dan Hanna lega setelah selamat pulang ke rumah. Rindu pada keluarga tidak terucap. Nampak sahaja wajah umi dengan abi, terus aku dan Hanna peluk. Rindu sangat.

"So far, how your vocay? Seronok tak? " Soal abang Hafiz.

"Mestilah seronok abang. Even ada dua hari Hanna demam. Tapi lepastu dapat keluar juga dengan kak Aira, Fir dan abang Thaqif. " Hanna menjawab dengan ceria.

Aku hanya tersenyum bila Hanna gembira. Aku dah dapat create memories dengan Hanna. Sangat bahagia!

"Aira, lepas ni nak buat apa? "

"Aira pun tak tahu abang. Kena tanya abi. Aira ingat Aira nak kerja. "

Aku nak kerja! Boleh mati kutu aku duduk dalam rumah ni tanpa buat apa-apa. Habis pun kena masak, tolong umi sikit-sikit. Wahh, fikir pun dah terasa bosannya.

"Hanna, kafe Kak Dahlia ada kosong tak? " Soalku. Lepastu aku sendiri teguk air liur. Kerja dekat situ memang minta risiko. Buatnya terserempak dengan Dayyan macam mana? Matilah!

"Are you sure nak kerja dekat situ kak? Rasanya ada aje kosong. Tapi akak serius ke? " Look, Hanna pun dah macam tak kasi.

But I don't care. Aku dah move on okay! MOVE ON!

"Ya.. Why not kan? Tak payah akak susah-susah cari kerja. Boleh? "

"Apa kata akak telefon aje kak Lia. Tanya dia. Akak adakan nombor dia? "

Alah Hanna ni, akak seganlah! Dahlah menghilang macam tu aje. Tiba-tiba datang nak minta kerja?

"Segan! "

"Yelah. Lusa ikut Hanna. Hanna mula kerja lusa. "

Yes! Aku angguk dengan ceria. Tapi abi tak tahu lagi. Alah, pasti abi kasi punya.

"Apa kata kerja dengan abang? Aira ada kelulusan bidang akaunkan? Why not jadi akauntan? "

Betul juga. Apa guna kelulusan aku sampai yang pi belajar kat korea tu kan? Tapi...

"Tak apalah abang. Biar Aira kerja sama-sama dengan Hanna. " Senyumku. Biar aku susah sama-sama dengan dia. Mana adil kalau aku kerja bagus-bagus tapi Hanna tidak.

"Iyalah. Hanna abang ni sweet tau! Semua nak sama-sama. Tapi jangan lupa minta restu abi dulu ye Aira."

"Ye abang. "

----


Aku sudah mula kerja dengan along. Boleh lagi ke aku panggil dia along? Sekarang ni dia bukan along aku. Dia bos aku. Kak Dahlia.

"Penat kak? " Tanya Hanna.

Penat memanglah penat. Tapi seronok.

"Little bit. But i'm okay. Seronok. Taklah dok terperap aje dekat rumah kan? " Aku hadiahkan senyuman pada Hanna.

Tipulah kalau aku kata aku sangat-sangat okay. Langsung tidak! Memori aku ni masih kuat lagi. Memori bersama Dayyan dan keluarga masih lagi segar. Masa itu, sangat bahagia. Tapi sekarang semua itu hanya tinggal kenangan. Kenangan manis.

"Aira. " Satu suara dari belakang buat aku tertoleh. Along.

"Bos! " Panggilku. Along hanya senyum bila dengar aku panggil 'bos'.

JAUH [C]Where stories live. Discover now