-29-

398 19 4
                                    


"Abang, sayang rindu betullah dekat budak dua orang tu. Dah sebulan dekat sana. Entah apalah khabar diorang berdua. " Ujar Datin Uzaina kepada Dato Dzulkifli yang sedang bersantai di hadapan kolam renang.

"Itulah. Abang pun rindu jugak. Mereka berdua aje yang selalu buat rumah ni gegar. Bertekak tak sudah. "

Kata-kata suaminya membuatkan Datin Uzaina bertambah risau. Bertekak aje kerjanya. Masih bertekak lagi ke mereka di sana? Seminggu sebelum mereka berangkat, Datin Uzaina melihat anak lelakinya kurang bergaduh dengan Dhiyyan. Dayyan lebih mendiamkan diri. Entah apa masalahnya pun dia sendiri tak pasti.

"Abang cakap macam itu lagilah buat sayang risau bang. "

"Usah risaulah. Budak-budak tu dah besar. Tahu mana baik, mana buruk. " Pujuk Dato Dzulkifli menenangkan hati isterinya.

"Iyelah bang. Ni, sedap tak kuih yang sayang buat ni? Resepi turun temurun dari arwah nenek sayang ni tau. " Datin Uzaina mula menukar topik. Tak mahu berfikir lebih tentang Dayyan dan Dhiyyan.

"Sedaplah dah sayang abang yang buat. Ni kena ajar pada Dhiyya dan Dhiyyan ni. " Puji suaminya.

Kuih Bunga Pudak berwarna merah itu digigit Dato Dzulkifli. Memang tidak boleh disangkal kesedapan kuih tradisional dari negeri Kedah ini.

Dalam hati memuji kehebatan isterinya. Untung dapat isteri pandai masak. Tengok ajelah perutnya yang sedikit kedepan.

"Memang kena ajar. Kuih ni susah tau nak jumpa dekat sini. Banyak dekat Kedah sana tu. " Kata Datin Uzaina.

Dia sebagai anak jati Kedah memang telah diajar membuat kuih Bunga Pudak ini sejak dibangku sekolah menengah lagi.

"Papa, mama. Amboi, dating tak pandang kiri kanan ye. " Tegur Dinie yang baru pulang dari pejabat.

Dinie menghampiri mama dan papanya. Tie dilonggarkan sedikit.

"Lambat kamu balik Dinie? "

"Ada kerja sikit pa. Kena siapkan juga. Lepastu Dinie pergi kafe along kejap. Minum-minum. " Terang Dinie.

Dato Dzulkifli mengangguk faham. Dia tahu Dinie ni kuat bekerja. Workholic . Sampai kadang tu diri penat pun masih dipaksa untuk bekerja. Beza dengan Dayyan. Kalau boleh pejabat pun taknak jejak.

"Kamu jangan kerja kuat sangat Dinie. Badan kita ni nak pakai lama. Bawa-bawalah berehat. Nanti sakit, mama juga yang risau. " Bebelan Datin Uzaina hanya mendatangkan tawanya.

Apalah mama ni. Aku kerja aje pun. Kerja pun dalam penghawa dingin. Bukannya di sawah.

"Ma, mana ada Dinie kerja kuat sangat. Biasa aje. " Dinie masih nak menegakkan benang yang telah basah.

"Tak kuat apanya. Seminggu ni dah tiga kali kamu balik pukul 10 malam. Itu tak kuat kerja? Jagalah sikit. Masa makan, masa tidur. Nanti... "

"Baik mama. Dinie tak balik pukul 10 malam dah ye. Dinie balik pukul 9.59 malam ye. " Sampuk Dinie. Tahu apa yang akan keluar dari mulut mamanya itu. Pasti risau tentang kesihatan.

Jangan risau mama. I'm a hero lah. Dinie kuat tau!

"Ha, eloklah tu. Mama cakap menyampuk. Lepasku kata mama bebel banyak. Kalau tak mahu kena bebel, dengar nasihat orang. Isy, ni mesti ikut perangai abang kan? Degil. Asyik kerja aje. Tu abang kahwin lambat tu. " Datin Uzaina mula melibatkan suaminya.

"Aik, abang pulak yang sayang babitkan? Abang kahwin lambat sebab ada orang tu mula-mula reject abang. "

Dinie hanya gelak dengan telatah mama dan papanya. Dah berusia macam ni pun masih sweet bersemut. Gembira Dinie lihat keluarganya gembira dan bahagia.

JAUH [C]Where stories live. Discover now