Aku lihat diriku dicermin. Fuh, nak puji sikit insan yang berada didalam cermin tu boleh tak? Eh ,kau nak puji diri sendiri Dhi? Banyak lawa muka kau.Setelah puas aku belek segalanya dicermin, aku turun ke ruang tamu. Tak sabarnya nak pergi kafe Along.
Di ruang tamu aku hanya melihat Dinie yang segak bergaya. Pergh, letup betul gaya anak orang kaya ni.
"Wah abang, cunnye gaya. Macam nak sambut anniversary abang pulak. " Tegurku. Dia tersenyum bangga. Hah lelaki! Pantang dengar pujian. Eh Dhi, kau pun sama je!
"Handsome tak? " Keningnya diangkat-angkat. Eleh, poyonya!
"Bolehlah.. Kalau jenis perempuan merenyam tu pandang dua, tiga kalilah kot. Tapi kalau Dhi, tak pandang pun tak apa rasanya. "
"Alah, ye sangatlah tu. Nak puji,puji jelah. Abang bukan kembang sangat pun. Habis-habis adalah besar mangkuk jamban tu abang kembang." Dia buat lawak. Alahai,ni kalaulah ada orang luar,mesti cair punyalah tengok senyuman dia tu.
"Pengotorlah abang!"
Balasku. Tidak lama itu,Dayyan,mama dan papa turun. Hah,lambat pulak mamat singa kebulur ni.
"Jom."
Aku segera melangkah keluar menaiki kereta. Harini abang Dinie jadi driver. Aman sikit. Kalau si Dayyan ni,hush..macam pelesit dia bawak.
Aku duduk dibahagian paling belakang sorang-sorang. Tapi tiba-tiba pulak mamat singa ni duduk sebelah aku.
"Yang Yan duduk sebelah Dhi ni dah kenapa? Bukan selalu duduk sebelah mama ke?" Tanyaku pelik. Haih,semaklah!
"Ini kereta kau ke ? Kau yang tentukan dekat mana aku duduk?" Balas Dayyan sinis. Hish,mulut dia ni memang tak boleh berlembut sikit ke? Boleh gila aku hari-hari dok bertekak dengan dia.
"Lah,orang tanya je kan? Apa problem Yan sebenarnya ni?"
"Harini Bik Yam ikut. " Hah, boleh pon jawab. Kan Bagus dari tadi jawab. Tak adalah bertekak!
"Ouh, okey! "
*****
Aku diam sepanjang dalam kereta. Entah kenapa laun macam pulak rasa hati ni. Rasa macam... Ah, tak tahu nak describe!
Aku toleh sebelah, heh.. Tak habis-habis dengan game dia. Apalah yang Best sangat?
"Yan, bagi Dhi cuba main sekali boleh. " Pintaku. Alah, sekadar nak tutup rasa gusar dihati.
Dayyan masih tak beri respon. Alah, kedekutnya!
"Bolehlah Yan.. "
"Aduh Minah ni, bisinglah! Kau mana tahu main game ni. Nanti kalah buat malu aku ajelah! "
Amboi, orang mintak main sekali aje pun. Nak marah-marah sampai macam ni.
"Ceh, kedekut taik hidung masin! "
"Kau ni memang jenis pengotor ye? Sampai pernah rasa taik hidung tu masin. Yekkk"
Sumpah aku rasa aku nak tendang aje dia keluar dari kereta ni. Nasib baik bukan aku punya kereta. Kalau tak dah lama kau aku lempar dekat tepi jalan biar jadi pengemis!
"Hah, kutuklah aku berbakul-bakul. Terima kasih bagi pahala kau dekat aku. Sebab aku pun sangat kekurangan pahala. "
Ceh, perli! Dah tahu kurang pahala tak payahlah kedekut sangat.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...