-25-

448 20 6
                                    


Akhirnya! Penantian aku selama 24 jam bermula semalam kini berakhir! Terujanya.

Pagi lagi aku dengan Dayyan dah keluar cari makan. Maklumlah, semalam makan makanan segera aje. Berkeroncong perut dibuatnya.

"Kita nak makan dekat mana ni? " Soalku. Entah apa nama tempat ni pun aku tak tahu. Tapi, Dayyan ni macam arif aje dengan jalan ni. Ke acah aje?

"Ikut aje. Tak payah banyak cakap. "

Ceh! Tanya aje.

Aku baca papan tanda yang menamakan jalan-jalan disini. Berbelit lidah aku dibuatnya. Tak sempat nak baca sampai habis, dah terlepas.

Dayyan memberhentikan kereta. Dah sampai kot? Tengok dia keluar, aku ikut. Kedai apa dia bawak aku ni? Tak ada babi kan?

"Halal ke Dayyan? " Aku agak ragu-ragu. Takut juga nak makan dekat negara bukan Islam ni. Lagi-lagi korea yang terkenal dengan pelbagai jenis masakan berunsurkan haiwan haram itu.

"Kau gila ke nak makan makanan tak halal? Otak kau letak dekat mana? "

Kan dah kena sembur. Lain kali jangan banyak tanya Dhiyyan! Dia tahulah apa nak buat.

Aku naik tangga kedai. Terpaku tengok susun atur restauran tersebut. Cantik. Aku dan Dayyan ambil tempat. Aku rasa restoran ini menggunakan susun atur secara tradisional. Lihat ajelah meja makannya. Tiada kerusi dan memerlukan pelanggan untuk duduk bersila diatas lantai.

"Kau nak makan apa?" Tanya Dayyan. Aduh, menu pun aku tak tahu dia boleh tanya aku nak makan apa?

"Menu mana?Manalah Dhi tahu dekat sini ada apa! Ingat Dhi ni penduduk tetap sini ke?"

Aku diam. Hanya pandang Dayyan memilih makanan.Tengok tu, menu pada tangan dia aje. Macam mana aku nak pilih apa yang aku nak makan? Tak ke bengap si Dayyan ni?

Aku ingat dia nak bagi aku menu tu,rupanya dia terus bagi pada pelayan yang ambil pesanan. Woi! Aku nak makan jugak!

"Dayyan,orang nak makan jugak. Pilih untuk diri sendiri aje. Selfish betul!"

"Alah, kalau suruh kau pilih pun bukannya kau tahu apa kau nak makan. Aku dah orderkan kau punya. Jangan banyak cakap."

Isy, suka hati dia aje! Aku nak makan ke kau nak makan?

Tidak lama itu, pesanan yang dibuat oleh Dayyan sampai. Apa yang dia pesan pun aku tak tahu.

Aku tak pasti air apa yang dipesan oleh Dayyan. Agak ragu-ragu juga aku untuk minum. Kalau tak sedap macm mana? Pahit? Bukan tak tahu korea ni banyak minuman herbanya.

Aku cicipkan sedikit air yang Dayyan pesan. Boleh tahan. Meleset dari jangkaanku pada awal tadi. Rasa air ini manis-manis buah dan ada sedikit bau dan rasa berry.

"Air apa ni Yan? Sedaplah."

"Sedapkan? Itulah, lain kali percaya aku. Tak adanya aku nak bagi kau makan yang tak sedap. Ini namanya Omija tea. kalau nak tahu, teh ni dari campuran beberapa jenis berry."

Aku mengangguk. Entah mana Dayyan tahu entah. Tak kisahlah. Yang penting sedap!

"Yan minum air apa?"

"Aku minum cold maesil tea. Teh ni pulak dari pelam. Masam-masam sikit."

Dan sekali lagi aku mengangguk dengan penerangan Dayyan. Banyak juga dia tahu. Untung dapat abang yang tahu banyak benda ni. Apa-apa boleh tanya dia.

"Mana Yan tahu semua ni?"

"Mana aku tahu? Ada dekat dalam menu tadi." Katanya selamba.

Lah, ada dalam menu ke? Baru aku nak bangga dapat abang serba tahu. Ceit! Patutlah senang aje jawab soalan aku.

JAUH [C]Where stories live. Discover now