"Dhi, Iyara tu cantikkan? " Tanya Dayyan tiba-tiba. Aku pandang dia. Senyuman masih lagi tidak lekang.Cantik? Cantiklah kalau dia tutup sikit aurat dia tu.
"Cantik apanya? Rambut macam minah saleh. Baju ketat. Ni nasib baik musim sejuk. Kalau musim panas tak tahulah apa yang dia pakai. Gedik pulak tu. Menyampah! " Kataku. Jujur okey! Tak ada maknanya aku bermanis-manis.
"Habis kau tu cantik sangat? Muka macam budak tak matang. "
Aku pula yang dibabitkan. Hello, kita cakap pasal minah blonde tu ye! Bukan pasal aku. Sekurang-kurangnya aku ni jagalah jugak aurat walaupun tak tahu sempurna ke tak.
Ini tidak. Aku pulak yang naik segan bila tengok cara pemakaian Iyara tu. Pakai depan suami sudahlah oi!
"Memang Dhi tak cantik. Dahlah. Orang nak pergi letak mangga ni dekat sana. Bukti yang Dhi pernah datang sini." Aku berjalan meninggalkan Dayyan.
Tertera di mangga itu aku tulis 'Dhiyyan sayang family. '
Tiga perkataan tu ikhlas dari hati tau. Bukan sebab tak ada idea nak tulis apa.
Klik! Dah terkunci pun mangga aku. Kuncinya aku simpan di dalam beg tanganku. Kamera aku halakan pada tindihan-tindihan mangga. Cantik.
"Dhi, jomlah pergi tempat lain. Dah lama dekat sini. "
Alah, mana ada lama. Yang lama tu kau bersembang dengan minah blonde tu.
"Iyelah. Jom. "
****
Aku dan Dayyan pergi ke tempat bersejarah. Ini juga salah satu destinasi yang wajib pergi.
Changdeokgung Palace.
Menempatkan istana lama yang menempatkan raja-raja terdahulu. Sangat unik! Dihadapannya ada taman yang menempatkan bunga teratai.
Ramai juga orang pada waktu-waktu begini.
Aku tangkap gambar apa yang menarik. Seni bina istana ini sangat unik. Dengan ukurannya yang terdapat beberapa lambang.
"Dhi, jom kita pakai *hanbuk nak? " Soal Dayyan kepadaku.
Iya, itulah yang aku nanti-nantikan. Tak sabarnya!
Kami pergi ke kedai yang menempatkan hanbuk untuk disewa oleh pelawat.
Aku memilih hanbuk berwarna putih pada bahagian atas dan mint pada bahagian skirt. Reben aku ikat kemas ditepi. Cantiknya! Rasa nak bawa balik!
Dayyan pula aku lihat dia keluar dengan pakaian seorang *wang. Pergh, smart habis! Ada ciri-ciri wang ni.
Dengan hanbuk berwarna merah disertakan dengan tali pinggang dan topi. Ditengah baju terdapat lukisan bulat yang bercorakkan naga dan beberapa bentuk lain.
"*Nari. " Panggilku sambil ku tundukkan sedikit kepala tanda hormat.
Nak tergelak aku. Acah macam drama korea pulak!
"Hahaha, kau kena jadi kuli aku harini. Sebab harini aku wang. Kau tu cuma *ilban saramduel! " Katanya dengan bongkak.
Eh, tolong sikit! Menyampah pulak aku. Kalau tahu dia nak pakai baju wang, dah lama aku pakai baju *yeongoang. Pigirah!
"Eleh, poyo gila! "
Dia juga tergelak. Tolonglah jangan nak buat drama dekat sini.
Kami berdua ambil gambar. Dayyan jadi juru kamera tak bertauliah aku. Banyak aku suruh dia ambilkan gambar. Iyelah, ingat senang ke nak datang sini. Bila dah datang tu manfaatkanlah.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...