"Assalamualaikum.""Waalaikumsalam. Eh, Dato dan Datin rupanya. Jemput masuk. " Jemput Puan Saidah.
Dato Dzulkifli dan Datin Uzaina masuk ke dalam rumah selepas di jemput. Gembira rasanya dapat berjumpa dengan bekas birasnya.
"Apa khabar kak? Maaflah datang mengejut aje. "
"Tak apa. Tak ada salahnya pun. Sekejap ye saya panggil suami saya. Ada di belakang agaknya. " Puan Saidah berlaku lembut.
Dalam hatinya menebak bahawa perkara yang bakal dibincangkan pasti mengenai anak-anak mereka.
Tidak lama itu, Encik Rais datang menyambut tetamu.
"Lama betul saya tak berjumpa dengan ustaz. Apa khabar ustaz? " Soal Dato Dzulkifli bermanis mulut.
"Alhamdulillah saya sihat. Keluarga pun sihat. Dato mecam mana? Nampak macam makin sihat aje ni. "
"Saya sihat Alhamdulillah. Ni saya dengan isteri datang ni nak minta maaf sangat-sangat pada keluarga ustaz. Tak sangka mereka akan berpisah sebegini. " Ujar Dato Dzulkifli. Dia betul-betul kesal dengan tindakan anak lelakinya itu. Malu memang tebal bila berhadapan dengan keluarga Aira.
"Siapa kita nak menolak takdir Dato, Datin. Saya pun agak terkilan bila tahu Aira diceraikan. Tapi tuhan tu tahu mana yang sebaiknya. Cuma, saya mahu jelaskan kenapa Aira tidak suci. Bukan salah dia. Aira dinoda oleh abang angkatnya. Bukan Aira sahaja. Hanna juga. Aira bukan berlaku curang. Tetapi dia dianiaya. Maafkan anak kami kerana tak sempurna. Maafkan kami juga kerana tidak mampu jaga anak kami. " Suara Encik Rais benar-benar meruntuhkan hati Datin Uzaina.
Betul kata hatinya. Aira tidak jahat. Sebaliknya manusia lain yang berlaku keji terhadapnya.
"Allahuakbar. Kami betul-betul minta maaf dengan tindakan bodoh Dayyan tu." Pening kepala Dato Dzulkifli pabila terkenang tindakan tidak berakal Dayyan. Dayyan juga tidak mahu mendapatkan keterangan dan hanya percaya kepada apa yang dia nampak sahaja.
"Tidak mengapa Dato. Sudah bukan jodoh. Tak ada apa yang dikesalnya. Tapi saya harap ukhwah kita tak putuslah je Dato. " Ujar Encik Rais. Dato Dzulkifli mengangguk. Sememangnya dia tidak mahu memutuskan ukhwah bersama ustaz yang berilmu tinggi ini.
"Eh, Dato, Datin, jemput minum. Bersembang aje dari tadi. " Jemput Puan Saidah lembut.
"Itulah. Ini Aira belum balik lagi dari Itali? "
"Belum. Lusa si Hairiel tu balik sini. Hanna dengan Aira duduk sana lagi dua minggu. Seronok pula katanya dekat sana. "
"Yelah. Biarlah dia tenangkan fikiran dekat sana daripada layan perasaan sedih dia. Kesian saya dengan dia tu. Dayyan tu nanti saya ajar. Haih. Segan saya dengan ustaz. " Keluhan Dato Dzulkifli tiada redanya. Masih kecewa dengan sikap melulu Dayyan.
"Tidak mengapa Dato. Ini sudah jadi bahagian Aira. Ada hikmahnya tu. "
Anggukan Dato Dzulkifli mengiyakan apa yang dikatakan oleh Encik Rais. Bukan dia tidak percaya pada takdir, cuma dia terkilan sahaja.
****
"Nah dengar ni. " Sebuah telefon bimbit diserahkan pada Dayyan. Namun dia tidak terus ambil.
"Apa benda ni pa? "
"PENJELASAN. " Perkataan penjelasan sengaja ditekankan oleh Dato Dzulkifli.
"Penjelasan apa pa? Pasal perempuan murahan tu? I dont need any explanation. Just enough between Dayyan and her please!" Dayyan menyandarkan diri pada sofa sambil matanya dipejamkan.
Bukan dia tak sayang Aira. Tapi Aira yang curang dengannya. Dia tidak sedih tapi kecewa. Sangat kecewa dengan sikap Aira yang seakan mempergunakannya. Marahnya pada Haziq juga masih belum surut.
"Listen first! Mama sure yang Yan akan menyesal dengan tindakan Yan. "
Dengan malas, Dayyan mencapai telefon bimbit dari tangan papanya. Skrin telefon itu ditekannya. Jelas kedengaran suara bekas bapa mentuanya sedang membincangkan tentang hal pembubaran perkahwinannya bersama Aira.
Dayyan hayati betul-betul akan hal yang diceritakan oleh Encik Rais.
"Dayyan tak percaya. Nak back up anak dialah tu. " Dayyan serahkan telefon bimbit itu semula kepada Dato Dzulkifli.
"Back up? Dayyan, cuba turunkan ego Yan tu. Kalau Yan tak percaya jugak, boleh pergi tanya abah Aira. Abah Aira tahu segala cerita. Tanya Hanna. Janganlah nak ikut perasaan marah Yan aje. Tolonglah Dayyan. Kamu dah besar. Akal pun dah panjang. Takkan sebab Aira tak suci terus kami labelkan dia perempuan murah! Mama malu tahu nak hadap keluar Aira tadi. Tebal muka mama!
Mama bukan desak Dayyan. Tapi nak tegakkan keadilan. Mama tak mahu rumah tangga Dayyan hancur acam tu aje. Rendahkan ego Yan tu. " Datin Uzaina menasihati anak bongsunya itu.
Kalau boleh dia nak elakkan cerai berai ini. Tapi Dayyan langsung tidak mahu percaya penjelasan sebenar.
"Tapi dia boleh elakkan dari buat benda haram tu?! Dayyan dah kata. Jangan percaya orang luar! Now what ma? Disebabkan orang luar, hubungan mama dan papa rosak. Dan disebabkan orang luar juga hidup Dayyan jahanam ma! Just stop it! Stranger will never ever be kind ma! And you know what, Aira tu lagi jahanam dari perempuan dengan papa dahulu! " Dayyan segera bangkit dari duduknya dan bergerak menuju ke bilik.
Hatinya sakit bila semua orang dalam rumah itu tidak habis nak menangkan orang luar.
Pintu di tutupnya kuat. Nafas Dayyan turun naik menahan amarah. Sakit hatinya masih berbisa saat ini. Sakit hati bila terkenang tentang Aira. Sakit hati bila mama dan papanya menangkan Aira dan sakit hati bila orang luar berjaya hancurkan keluarganya buat kali kedua.
"Dasar perempuan murah!! Arggghh! " Semua barangan di atas meja solek dicampak Dayyan ke bawah.
"Aku sayang kau Aira. Tapi kenapa kau tak jaga maruah kau? Kenapa kau sanggup bagi dekat abang angkat kau tu? " Dayyan menekupkan mukanya ke dalam tangan. Sungguh, sekarang ini dia tidak tahu mana satu mahu dipercayai.
Aira atau hati?

ANDA SEDANG MEMBACA
JAUH [C]
RomantizmCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...