Hanna duduk sendiri didalam bilik. Rindu membuak-buak pada kakak kembarnya.Tiba-tiba pintu bilik itu dikuak kasar. Terpacul figura Fayad dimuka pintu. Dengan wajah bengis ditunjukkan kepada Hanna.
Apa lagilah yang abang nak ni? Seksa betul kalau dia ada dekat rumah.
"Aku nak tanya kau ni. " Fayad bersuara dingin.
"Kau dah jumpa Airakan? "Tanya Fayad.
Hanna terkejut. Namun riak mukanya dikawal.
Tak! Fayad tak boleh tahu yang aku dah jumpa kak Aira. Fayad ni sampah! Nanti entah apa lagi yang dia akan buat pada kak Aira.
"Kak Aira? Abang jumpa akak ke? " Soalan Fayad dibalas dengan soalan. Riak muka Hanna teruja.
"Kau jangan tipu aku Hanna! " Suara Fayad naik beroktaf. Tanggannya mencengkam dagu Hanna .
Telefon bimbit di hidangkan pada Hanna.
Buat lagi Hanna gementar apabila di skrin telefon itu terpampang gambar dia dan Aira berpelukan.
Macam mana Fayad boleh dapat ni?
"Kuala Lumpur tak besar mana Hanna. Baik kau bagi tahu aku, mana Aira sekarang. " Cengkaman pada dagu Hanna semakin diketatkan.
"Sakit abang! "
"Bagitahu aku!!! "
"Lepas. Ha.. Hanna bagitahu. "
Semerta itu, dagu adiknya dilepaskan kasar. Hanna menggosok dagunya pedih! Ni mesti lebam nanti!
"Bagitahu aku sekarang! "
Hanna mengeluh sebelum memulakan bicara.
"Memang dalam gambar tu Hanna tapi bukan dengan Kak Aira. " Terang Hanna.
Namun rambutnya pula ditarik kuat.
"Jangan tipu aku Hanna! " Tengkingan itu membuatkan mata Hanna terpejam.
Biarlah sakit. Asalkan kak Aira selamat.
"Betul abang. " Kepala Hanna ditolak kuat.
"Betul memang dalam gambar tu bukan kak Aira. "
Nafas diambil.
"Nama dia Dhiyyan. Dhiyyan Dalila. Muka dia sebiji macam kak Airakan abang? Itu yang buat Hanna terpedaya. " Tipunya.
"Kau jangan nak reka cerita Hanna. "
"Tak. Memang betul nama dia Dhiyyan. Masa mula-mula jumpa dengan Dhiyyan dekat tempat kerja Hanna. Dia datang masa majlis ulang tahun kafe tu. Hanna terkejut bang. Betul-betul terkejut. Muka dia, sebiji macam kak Aira. "
"Hanna pergi jumpa dia, Hanna peluk dia. Dengan harapan itu betul kak Aira. Tapi Hanna salah. Dia bukan kak Aira. Hanna kata dia tipu. Tapi memang dia bukan kak Aira. Umur dia 24 tahun. Dia adik kepada owner kafe tempat Hanna kerja tu. Dia anak orang kaya." Terang Hanna panjang.
Hanna cuba mengawal nadanya. Sehabis sedih dia buat supaya Fayad tidak menghidu penipuan yang dia lakukan.
Fayad terdiam. Seakan tidak mampu nak hadam apa yang dikatakan oleh adiknya. Macam mustahil wanita itu bukan Aira. Tetapi bila dengar penerangan Hanna, membuatkan dia bertambah celaru.
"Kau tak tipu aku kan Hanna? Dan kau tahukan akibat kalau kau tipu aku? "
Hanna mengangguk. Lantaklah apa Fayad nak buat dengan dirinya. Yang penting kak Aira selamat.
"Habis, mana perempuan tu sekarang? "
"Manalah Hanna tahu. "
Apalah Fayad ni,dia ingat tu kakak dia ke ? Eh, tapi memang kakak kau pun Hanna.

ANDA SEDANG MEMBACA
JAUH [C]
Roman d'amourCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...