"Mama!!!! "Jeritku apabila nampak mama sedang berdiri untuk menyambut aku. Air mata jangan cakaplah. Awal-awal dah meleleh.Cepat aku berlari kearah wanita itu. Ya Allah rindunya!
"Dhi! " Mama juga memanggil namaku.
Aku peluk mama erat. Terharu bila mama sanggup datang lapangan terbang semata-mata nak ambil aku dengan Dayyan. Walhal boleh aje kami naik teksi.
"Mama apa khabar? Dhi rindu sangat dekat mama. " Aku mulakan perbualan.
"Sihat, Alhamdulillah. Anak mama macam mana? Sihat? "
"Alhamdulillah, sihat mama. "
Senyumanku tidak lekang dari bibir. Rasa bersyukur dapat jejakkan kaki semula di tanah air tercinta.
"Eh, tepi-tepi. Aku nak peluk mama aku jugak. Sibuk aje! "
Dayyan menolak aku ketepi. Lantas tubuh mama dia peluk. Hish, jeleslah tu.
"Yan rindu mama sangat-sangat tau! Mama tak rindu Yan ke? Abang kata mama rindu Dhi aje. Tak rindu Yan! " Adu Dayyan.
Aku hanya mendengar rungutan dia. Anak mama betul! Tapi sweet apa lelaki anak mak ni. Kan?
"Ada cakap macam tu. Mama ni rindu sangat dekat kamu berdua. Abang Dinie tu memang ade aje cara nak cari gaduh. Udahlah, jom balik. Kesian Pak Mad tunggu lama. "
Aku tersenyum pada pak Mad dan lagi seorang pembantu yang bersedia untuk menjalankan tugas mengangkat barang.
Aku pulak yang naik kasihan. Yelah, umur dah separuh abad nak bawak beg berat-berat ni. Buatnya sakit belakang nanti macam mana?
"Pak Mad, Pak Diah, ni tolong angkatkan beg-beg mereka. "Suruh mama. Alahai mama ni, kenapalah ambil pekerja yang dah berusia? Kesian aku tengok.
"Alah, tak payahlah. Dhi boleh bawak sendiri. Tak banyak pun. " Kataku.
Aku ada tiga beg aje. Empat termasuk beg tangan. Dekat belakang aku boleh letak beg sandang. Beg luggage aku tarik dan lagi satu beg jinjing. Alah, tak banyak mana pun.
"Eh, mana boleh Dhiyyan. Tugas kami tu. Mai sini pak Mad dengan Pak Diah bawakkan. "
Aku bagi juga salah satu beg aku. Beg tangan aku hulurkan pada pak Mad. Yang lain aku bawa sendiri.
"Dhiyyan, Dhiyyan. " Aku hanya dengar mama mengeluh.
Tergelak kecil aku. Apalah mama ni. Aku tolong ringankan beban pakcik dua orang tu aje.
Bukan aku aje, Dayyan pun sama. Dia cuma berikan luggage nya sahaja kepada pak Diah. Beg jinjing yang lagi dua dia yang angkat.
Hah, baikkan kami?
Ceh, jangan nak puji diri sendiri Dhiyyan! Riak tak sudah.
"Mama, abang mana ma? Tak ikut jemput kami pun. " Soal Dayyan. Aku juga tertanya-tanya dimana Dinie.
"Abang kamu tu sibuk memanjang. Semalam pun balik pejabat dekat pukul 10 malam. Apa entah yang dia buat. " Keluh mama.
Mama risau mungkin?
"Mak aih, papa owner syarikat tu pun tak adalah sampai balik lewat macam tu. Nak kena abang Dayyan seorang ni! "
"Hah, Yan nasihatlah sikit dia tu. Mama dengan papa nasihat bukan dia nak dengar. Mama kata jangan balik pukul 10 malam, tapi dia balik pukul 9.50 malam. Sama aje! " Aku hanya dengar mama membebel tentang Dinie.
Setahu aku memang Dinie kuat bekerja. Tapi selama aku duduk rumah mama, tak adalah pulak dia balik sampai pukul 10 malam.
"Nanti balik biar Yan brainwash abang tu. "

YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...