Acara dimulai dengan bacaan tahlil serta doa kesyukuran yang diketuai oleh Haffiz Umar. Anak kepada ustaz Rais. Katanya ustaz Rais tidak dapat menghadiri majlis ini kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi dihantarkannya wakil seorang. Siapa lagi, Haffiz Umarlah.Merdu! Sangat merdu semasa dia mengalunkan surat Yasiin. Doa yang dibacanya juga menusuk ke pangkal hatiku.
Selesai majlis itu, para tetamu yang hadir dijemput makan. Ada macam-macam juga juadah. Berapa ribulah habis buat semua ni.
"Assalamualaikum mama, papa. "
Bunyi suara kuat dek mikrofon itu memanggil mata-mata tetamu yang hadir untuk melihat siapa gerangan itu.
Dayyan!
"Assalamualaikum juga kepada para tetamu sekalian. Saya, Putera Daniil Dayyan, anak bongsu kepada Dato Dzulkifli dan Datin Uzaina ingin membuat sedikit ucapan. "
Aku tersentak. Segera aku tenangkan diri semula. Betullah tu. Memang dia anak terakhir. Nampaknya Dayyan masih belum terima aku sebagai adiknya.
"Anak lelaki bongsu ye. Saya ada seorang adik perempuan yang sangat gedik. Baiklah... "
Okey! Aku sayang kau Dayyan. Terima kasih sebab anggap aku adik kau. Aku kini kembali ceria.
"Baiklah, saya disini bukanlah nak berucap panjang dan akan membuatkan para tetamu berdrama air mata. Saya cuma ingin menyampaikan sedikit ucapan. "
"Mama dan papa. Yan sebagai seorang anak, sangat berbangga dapat ibu dan bapa seperti kalian. Kerana apa? Kalian sangat berjaya. Berjaya dunia dan juga akhirat insyaallah. Saat saya dilahirkan, saya ingat lagi apa yang saya buat. Saya tak pernah lupa ada saya lakukan saat pertama kali keluar mengenal udara bumi. Saya menangis."
Dayyan tarik nafas perlahan.
"Lepastu, saya dengar. Satu suara yang terlalu merdu. Walau tidak sehebat Bilal bin Rabah, tetapi, azan itulah yang sangat merdu saya pernah dengar. Dari dulu, sekarang dan selama-lamanya. Itulah suara azan Dato Putera Dzulkifli. "
Aku pandang papa yang tersenyum dengan mata yang berair.
Eh Yan ni, tadi kata taknak buat drama air mata.
"Masa saya dilahirkan, saya terdengar satu suara kepenatan. Saya juga dengar ada suara tangisan. Saya juga dengar ada yang mengucapkan kesyukuran saat saya selamat dilahirkan. Saya tahu itu suara siapa. Itulah, suara syahdu Datin Uzaina. "
"Mama, papa, terima kasih. Terima kasih kerana telah menjaga, mendidik dan memenuhi segala apa yang kami semua mahu. Belum pernah Yan jumpa manusia sebaik mama dan papa. Yan doakan, mama dengan papa bahagia sampai syurga Ilahi. "
"Yan tahu, tak ada apa yang mampu membalas budi baik mama dan papa. Tal ada ubat yang mampu memulihkan mama selepas sahaja kami dilahirkan. Sebagai anak Yan janji Yan akan buat mama dan papa bangga. Yan bukan anak yang baik. Yan bukan anak yang sentiasa turuti apa sahaja yang mama dan papa minta. Tapi insyaallah, Yan akan pegang amanah yang Allah beri untuk menjaga mama dan papa sebagai mana kalian menjaga Yan saat Yan kecil dahulu. "
"Mama, papa. Thanks for everything. I love you guys so much! "
Mama dengan papa dah melelahkan air mata. Terharulah tu. Poyo aje si Dayyan. Drama sangat! Sajalah tu nak bagi mama terharu dengan ucapan manis dia tu.
Tapi tak adalah. Janji dia mengaku aku adik dia. Bahagialah juga!
Dayyan aku lihat turun dari pentas dengan sengihan. Mesti nak membahan mama dengan papa ni. Macam tak tahu perangai dia.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...