-22-

406 19 2
                                    


Syukur aku tak terucap apabila dapat menjejakkan kembali kaki ke dalam rumah ini.  Kenangan empat hari tiga di Langkawi ada memori paling indah bagiku setakat ini.

Dan tak lama lagi, aku bakal meninggalkan bumi Malaysia demi cita-cita. Mampukan aku?

"Mama, look! " Aku tunjukkan seutas rantai kepada mama.

Aku jumpa disalah sebuah kedai di Langkawi. Kerana dah berkenan, aku ambil keputusan untuk beli.

"Cantik. Sesuai dengan Dhi. " Mama tersenyum.

Benar. Cantik! Rantai silver yang tak terlalu halus itu amat menarik bagi aku. Loketnya berbentuk seakan permata. Rinkas tetapi indah.

"Ni untuk mama. Meh Dhi pakaikan. " Aku bangkit dari sofa.

Mama yang sedang menonton TV aku dekati. Cepat aku kalungkan rantai itu di leher mama. Senyum aku melihat rantai itu tersemat dileher jinjang mama.

"Untuk mama?  Susah-susah Dhi. Dhi kan nak sambung belajar. Kenapa nak berhabis untuk mama? "  Ujar mama.

Alah, bukan mahal mana. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang mama bagi, rantai tu hujung kuku pun tak terbalas.

"Alah mama. Bukan duit dia pun. Duit papa jugak. " Dayyan tiba-tiba menyampuk.

Aku kerling dia. Sukahati aje. Memanglah duit papa!

"Apa cakap macam itu Yan? " Mama tegur sikap anak lelakinya yang seakan gagal sivik.

"Apa? Betul apa Yan cakap. Mama tak payahlah manjakan dia sangatlah ma. Nanti dia pijaknya kepala kita. "

Hati aku terguris dengan kata-kata Dayyan. Sampai hati dia cakap macam itu? Pernah ke aku ambil kesempatan dengan kemewahan yang keluarga dia ada?

"Dayyan, watch out your mouth!  Dhi, pergi masuk bilik."

Aku hanya mengikut arahan. Tidak membantah. Aku ambil langkah naik ke bilik.

Entah kenapa, bagai dihiris hati aku bila Dayyan cakap macam tu. Dia tak sedar ke aku ni banyak tolong dia? Masa dia dah nak mati dekat Langkawi tu, aku yang selamatkan dia. Tak reti bersyukur lagi ke?


****


"Yan, kenapa cakap macam tu? Jaga sikit hati orang lain boleh tak? " Datin Uzaina menegur perangai anaknya yang agak kasar.

Dia sendiri tak faham kenapa Dayyan tidak boleh terima Dhiyyan sebagai adik. Jika taknak anggap sebagai adik, hormatlah sikit. Ini tidak, cakap main sedap mulut dia aje!

"Mama nak salahkan Yan? " Dayyan merenung Datin Uzaina.

Dayyan sedikit berkecil hati. Kenapa semua orang nak ambil kesah tentang Dhiyyan? Apa istimewa sangat si Dhiyyan tu? Kenapa semua orang nak lebihkan dia?

"Macam mana mama tak salahkan Yan kalau itu memang salah Yan? Yan cakap macam tu, kecilkan hati dia. Tak kesian ke? Dia pun taknaklah keadaan sekarang ni. Dia dengan tak kenal identiti dia. Tak kenal keluarga dia. Tak kesian ke? " Suara datin Uzaina melirih.

Dia sangat simpati dengan apa yang dilalui oleh Dhiyyan.

"Biarlah dia sana. " Dayyan masih tidak mahu mengalah.

"Don't you forget how come she can be like that Dayyan!  Yan langgar dia!  Don't you remember that Purera Daniil Dayyan?! " Suara Datin Uzaina sedikit meninggi. Menambah bara dihati Dayyan.

JAUH [C]Where stories live. Discover now