Aku berjalan seiring dengan Hanna. Mulut aku tak henti-henti bercakap. Ada aje aku nak bualkan dengan Hanna."Hanna, betul ke akak dulu tak banyak cakap? " Soalku. Pelik jugak. Entah jin apa yang ada masa kena langgar sampai aku banyak cakap macam ni.
"Betul. Kak Aira memang tak banyak cakap. " Kata Hanna.
Akak tak banyak cakap sebab akak pendam. Akak pendam dalam-dalam sampai akak takut nak cakap. Ujar hati Hanna.
"Hmm, pelik. Hanna tengok akak sekarang ni. Banyak cakapkan? Betullah kata Dayyan. Mulut macam buntut ayam. " Aku tertawa sendiri. Teringat Dayyan yang sering gelarkan aku buntut ayam. Ceih!
"Hahaha.. Cakaplah akak. Hanna lagi suka. Happy aje kakak Hanna ni. " Hanna memaut tanganku.
Hanna suka tengok akak gembira. Dan Hanna harap memori dulu memang terus hilang dari ingatan akak. Sebab langsung tiada kegembiraan dalam hidup akak dulu. Tak payah ingat akak!
"Manjanya adik kak Aira seorang ni. Hanna tahu tak yang akak ni ada dua identiti sekarang. Dengan Hanna nama akak Hanna Humaira. Dengan family Dayyan nama akak Dhiyyan Dalila. Macam mana tu? " Aku ketawa. Dua identiti tu. Dan dua IC. Complicated kan? Kan?
"Alah, akak gunalah nama Hanna Humaira tu. Sama dengan nama Hanna. Baru kembar. Dhiyyan tu tak wujud dah! "
Aku hanya dengar pendapat Hanna. Ye, memang Dhiyyan tidak wujud. Dan IC sebenar aku pun dah ada padaku. Kata mama nanti dia pergi uruskan tentang IC sementara aku.
"Kembar. Tapi betul akak tak tahu pun kita kembar. Sebab muka Hanna memang tak sama dengan akak. Hanna ni cantik! "Pujiku. Memang Hanna nampak matang pada raut mukanya. Aku? Kata Dayyan macam budak tak cukup umur. Heh, apa yang keluar dari mulut dia tu semuanya racun!
Aku lihat Hanna hanya tersenyum. Haih budak Hanna ni, murah betul dengan senyuman.
"Hanna, jom masuk kedai ni kejap. " Aku tarik tangan Hanna masuk kedalam kedai beg yang berjenama.
Hanna hanya menurut.
Mata aku meliar memerhati sekitar kedai. Haih, inilah perempuan. Senang betul rambang mata. Semua beg-beg tangan dekat sini letop-letop.
"Hanna, Hanna pilihlah mana Hanna nak. Harini my treat. " Ujarku.
"Eerr, tak payahlah kak Aira. Mahal ni. "
"Hanna, janganlah macam ni. Hanna pilih eh. Hah, pilih untuk mak sekali. " Kataku. Kesian juga tengok Hanna hanya bawa beg yang lusuh. Apa salahnya nak berkongsi rezeki kan?
Hanna sudah tidak sedap. Kalau beli untuk mak,apa pulak nak jawab bila mak tanya mana dapat ni?
"Kak Aira,Ha..Hanna tak naklah.mahallah." Bisik Hanna.
"Nope!Hanna pilih okey. Jangan risau.Akak belanja. Lagipun apa salah akak kongsi rezeki akak dengan Hanna. My only little sis dalam dunia ni." Pujukku.
"Baik kak."
Aku hanya lihat Hanna memilih. Takut-takut aje dia nak pilih. Malulah tu. Biasalah. Aku pun macam tu dulu. Malu sangat bila semua benda ditaja keluarga Datin Uzaina. Tebal berinci-inci juga masa tu.
"Hanna ambil yang ni ajelah. Dan ini untuk mak."
Aku tengok beg pilihan Hanna. Simple. Tapi nice! Pandai Hanna pilih.
"Okey. Jom bayar."
Aku berjalan ke kaunter bersama Hanna. Gembira aku tengok Hanna yang seronoh dapat beg baru.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...