Hari ini abi dengan umi bercadang untuk berjumpa dengan keluarga Dayyan. Berbincang apa yang patut katanya. Masalah kini, abi masih tidak tahu macam mana aku boleh kahwin dengan Dayyan. Aku dengan Hanna langsung tidak buka mulut. Aku takut. Takut abi dengan umi malu. Takut mereka tidak dapat terima aku. Pada siapa lagi aku nak mengadu nasib?"Aira. Termenung apa tu? " Tegur abang baru aku. Haffiz Umar. Si handsome yang pertama kali aku jumpa semasa di Madrasah tidak lama dahulu.
Siapa sangka, dia ni abang aku. Untung juga dapat abang yang kacak macam dia. Kalau nak tahu, dia ni solo lagi. Pernah aku tanya soal jodoh, tapi dia kata biar tuhan yang tentukan. Perg, memang untuk siapa dapat abang Haffiz ni. Alim, pandai tarannum, bijak,huffaz lagitu.*Masyi hafalannya. Muka tu berseri aje. Macam tak ada masalah.
"Hoi!! " Sergah Hairiel. Ini seorang pulak. Adik yang sangat nakal dan menjengkelkan. Beza sikapnya dengan abang Haffiz yang lemah lembut dalam semuanya.
"Kau ni Riel. Janganlah sergah-sergah. Nak akak kau ni arwah cepat ke? "Aku jegilkan mataku pada Hairiel.
Cepatkan aku mesra? Walhal baru empat hari aku bersama keluarga ni. Tapi sebab sikap ramah tak bertempat aku ni, semua aku tibai aje. Bercakap pun tengoklah, gaya macam cakap dengan Dayyan. Aci redah aje. Tak ada masa nak bersopan-santunnya bila dah jadi anak pak ustaz ni.
"Dah kau yang mengelamun lebih kak. Nak salahkan aku pulak. Eh kak, aku tahu kau tak sabar sangat nak kahwin. Tapi janganlah sampai termenung keluar jendela. Angin bayu meniup lembut. Lihat Bintang diangkasa. Purnama menerangi gelapku." Ujar Hairiel. Bukan ujar. Tapi nyanyi. Sempat dia masukkan lirik lagu 'apa khabar' tu. Hish, suka loyar buruk dia ni.
"Banyaklah kau punya purnama. " Jelingan aku berikan. Gelakan Hairiel buat aku geram. Tahu sangat tengah gelakkan aku yang termenung memandang ke luar tingkap kereta. Dah nak sampai rumah agam keluarga putera tu.
Semua ikut harini. Hanna dan seorang lagi adik perempuanku, Hanni Ziniera turut bersama. Hanni Ziniera ni berusia 20 tahun. Sedang menuntut di UM dalam bidang usuluddin. Bakal ustazah katanya.
Kereta vellfire abi dipakir elok diluar pagar. Gementar! Mama masih tidak terima aku. Mana aku tahu? Dalam masa lima hari ini, mama langsung tidak pernah hubungi aku. Whatapp pun tiada. Mesej pun tiada. Call lagilah mustahil.
Aku tekan loceng rumah. Salam aku berikan mengetuai keluargaku. Pasti mereka turut sama terkejut.
Seminit kemudian, pintu pagar terbuka luar. Terpancul figura mama berdekatan dengan pagar.
Ya Allah, rindunya aku pada dia. Pada mama ya Allah.
"Assalamualaikum mama. " Aku laju masuk kedalam untuk peluk mama. Namun pelukan itu mama tolak. Aku nak bersalam juga mama tidak menyambut.
Terkilan. Mama tahu aku tidak bersalah. Tapi kenapa mama masih tidak mampu untuk menerima semua itu? Ni bukan salah Aira mama. Aira mangsa!
"Dah jumpa dengan wali Aira?" Soal mama.
"Ni Aira bawa keluarga Aira mama. Mereka nak berbincang. "
Mama pandang kearah mereka semua. Riak wajah mama berubah. Terkejutlah tu. Siapa ajelah yang tak terkejut bila tiba-tiba aku tukar keluarga?
"Ustazah Saidah. Ustazah buat apa dekat sini? Eh, sebelum tu jemput masuk. Ramai ha yang datang. Jemput. " Alu mama.
Mungkin kalau aku datang seorang diri, mama halau kot. Tengoklah tadi, mana ada mama nak pelawa aku masuk. Hulur tangan pun tak mahu sambut.
Aku turut membuntuti keluargaku dari belakang. Takut pula aku nak jejakkan kaki aku dalam rumah agam ini.
"Duduk ye. Kejap saya suruh bibik buat air. Duduk ustazah. " Mama berkata sebelum berlalu pergi ke dapur menyuruh bikYam untuk buat air. Mama kembali semula sesudah itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...