Hanna termenung. Tangannya ralit membelai gambar yang kelihatan agak lama."Kenapa kau tak ingat aku kak? Kenapa kau biarkan aku duduk dalam penjara ni sedangkan kau hidup bahagia dekat luar sana? Kenapa kau tinggalkan aku? " Air matanya mengalir buat sekian kalinya.
Dia cemburu dengan kehidupan kakak kembarnya yang kelihatan sangat bahagia. Namun dirinya tidak sudah dijadikan kuli. Didera. Adilkah untuk dia terima semua itu sedangkan kakaknya bahagia gembira tanpa luka diluar sana? Mana keadilan dalam hidup Hanna Sumayya?
Sekejap kemudian dia segera beristighfar. Jika dibandingkan nasib dia dan kakaknya, mungkin kakaknya lebih menderita. tengok ajelah sekarang, ingatan pun tiada dalam benak fikiran. Tidak kenal identiti sendiri. Dan dirinya... Masih ingat siapa. Masih ada mak ayah disisi.Hanna terfikir, saat kakaknya memerlukan sokongan, siapa yang memberi? Bukan dia tidak kenal dengan kakaknya itu, suka sangat berahsia.
"Hanna Humaira, aku rindu kau sangat-sangat. Janganlah tinggalkan aku lagi. Puas aku cari kau." Katanya sendiri sambil mata tidak lepas daripada melihat gambar usang itu.
****
Aku hanya mendiamkan diri didalam kereta mewah Dayyan. Bosan betul! Bukak radio pun bukan ada lagu best!
"Dhi, aku nak tanya kau sikit ni. " Dayyan memulakan bicara. Kena sampuk dengan jembalang ke apa dia ni? Sejak bila nak tanya, minta izin dahulu."Yan ni sihat tak? " Soalku. Sedetik kemudian aku menyesal. Dia dah sopan kau nak perli-perli dia pulak Dhi oi! Cari nahaslah!
"Nampak macam aku dah nak mati ke? " Suaranya mula mengeras. Hah, padan muka kau Dhi!
"Nampak nak mati tu taklah. Tenat tu pun tak. Cuma... " Aku terhenti. Lagi sekali aku terlanjur cari gaduh dengan dia. Terlanjur okey terlanjur! Bukan saja-saja.
"Cuma apa? Cakaplah! Apasal berhenti. "
Huhu.. Sorry Yan! Mulut tak. Boleh controllah!
"Eh, tak ada apa. Silalah teruskan dengan soalan Yan tadi." Aku hanya tersengih bersalah.
"Muka pucat macam mumia pun sibuk nak cari gaduh! " Gumamnya.
Eh, ingat aku ada masalah pendengaran ke sampai tak dengar apa yang dia kata? And one more thing, mumia mana ada muka! Dah kena balut. Sewel punya Dayyan!
"Aku nak tanya, betul Hanna adik kau? Dan kenapa kau lari sebelum aku langgar kau dulu? " Soal Dayyan.
Ya Allah, dia bengap ke apa ni?
"Manalah Dhi tahu! Otak Dhi ni belum dapat berfungsi sepenuhnya tau lepas kena langgar dengan pemandu yang tak berhemah!" Apalah dia ni! Tanya aku apahal? Aku sendiri pun tak tahu. Tahu-tahu aku dah tak tahu apa nama aku? Apa cerrr..??
"Alah, aku lupa pulak kau ni mereng."
Mereng tu kaulah! Apasal aku pulak yang mereng?
"Aah, lepas ada pemandu yang kurang sivik nilah Dhi jadi mereng. " Heh, perlilah. Apa lagi.
"Eh, kau yang lari macam nak bunuh diri. Kata pemandu tak bersivik pulak. Eh kalau kau mati tu, kau di kira bunuh diri tau! Pemandu tu tak salah apa-apa pun! " Tengok tu, nak menang dia je.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...