-51-

465 19 1
                                    


"Aira, aira. Bodohlah kau ni. Tak apa, mungkin haritu kau terlepas. Tapi hari lain memang taklah aku nak lepaskan kau. Aku yang gila-gilakan kau dari dulu lagi, tapi langsung kau tak pandang. "

FLASHBACK

"Hai Humaira. Saya Haziq. " Aira yang sedang duduk dimeja perpustakaan itu terkejut dengan satu sapaan.

Tidak pernah lagi ada yang menegurnya. Maklumlah, budak baru. Tingkatan empat baru masuk.

"Er, hai."

"Macam jodoh pulakan? Haziq, Humaira. " Haziq berkata sambil ketawa. Sudah seminggu dia memerhati gadis bernama Humaira ini. Selalunya dia akan bersama dengan seorang lagi pelajar, Hanna. Tapi memandangkan hari ini Hanna tiada, dia ambil peluang untuk bertegur dengan Humaira.

Senyuman malu Humaira buat Haziq cair. Hatinya sekali berdegup laju.

"Minta maaf, saya pergi dulu. " Tangan Aira lincah mengemas buku dan alat tulis. Kemudian dia keluar dari perpustakaan itu dengan segera.

"Humaira, tunggulah saya. Awak laju-laju nak pergi mana? Kan tengah rehat lagi ni. "

"Er, Aira je. Saya nak masuk kelas dulu. " Jawab Aira lembut. Muka ditundukkan.

"Tak nak pergi rehat dekat kantin? " Soalan dari Haziq itu buat Aira terdiam.

Macam mana nak ke kantin kalau duit belanja pun emak dan abahnya tidak beri. Cuma bawa bekal roti sapu kaya sahaja setiap pagi. Itupun dia sudah cukup bersyukur.

"Tak. Saya naik kelas dulu. " Aira mempercepatkan langkahnya. Tidak mahu berlengah. Tambahan pula dengan ketiadaan Hanna kerana demam.

"Eh, sekejaplah. " Haziq menarik tangan Aira.

"Apa ni?! "

"Okey, okey. Sorry. Alah, saya nak berkawan dengan awak aje. Awakkan tak ada kawan? Boleh? " Tawaran Haziq buat Aira pelik. Tiba-tiba aje nak berkawan.

"Nanti saya fikirkan. Saya naik kelas dulu. "

****

Tahun kedua Aira disekolah barunya, dan kini Haqiz dengan dirinya seperti belangkas. Dimana ada Aira, disitu ada Haziq. Bukan sebagai kekasih istimewa, tapi cukup sekadar kawan baik.

"Haziq, saya nak bagi kuiz sejarah dekat awak. Ni bab tingkatan empat tau. Tamadun Mesir Purba ada berapa zaman? " Soalan yang diajukan oleh Aira buat Haziq tergelak.

"Eleh. Senangnya soalan. Ada empat. Awal, tengah, empayar dan keruntuhan. Kacang! Ni soalan saya pula. Ni KBAT sikit. Kenapa Faiz Roslan suka subjek sejarah? "

Aira kerutkan kening. Faiz Roslan? Pernah Aira tengok video Faiz Roslan. Instafemes yang dapat kecaman ramai. Dia tengok pun sebab Haziq yang tunjuk. Agaknya Haziq ni peminat Faiz Roslan.

"Soalan awak macam tak ada kaitan dengan sejarah pun. "

"Ahaha, adalah. Kenapa Faiz Roslan suka subjek sejarah? Kan ada related dekat situ. Ha, kenapa? Kenapa? " Keningnya diangkat tanda menguji Aira.

"Manalah saya tahu. Awak peminat dia, awaklah jawab. "

"Okey okey. Jawapan dia, sebab dalam sejarah ada nama sungai ni Sungai Tiber. " Jawapan Haziq mengundang pelik Aira.

"Kenapa pula? Takkan sebab tu aje? "

"Iyelah. Faiz Roslankan suka sebut perkataan Tiberrrr. Itulah sebab sia suka sejarah. Sebab ada Sg. Tiber. " Haziq sudah tergelak.

JAUH [C]Where stories live. Discover now