"Allah. Betul ke anak abi dah berpisah dengan Dayyan? " Soal abi buat ketiga kalinya. Masih tidak mampu percaya dengan apa yang aku sampaikan."Benar abi. Dan ada satu lagi perkara yang Aira dengan Hanna nak beritahu pada abi. " Aku tunduk mencari kekuatan. Tangan Hanna aku pegang erat.
"Ada apa? "
"Umi tiada di sini kan abi? " Tanyaku sebelum menyampaikan seperkara yang besar. Aku dan Hanna setuju untuk berjumpa abi di madrasah sahaja. Risau akan umi yang kurang sihat.
"Tiada. Kenapa 'Hanna' abi ni? Risau kemain lagi. Besar sangat ke? " Pelik mungkin tengok aku dan Hanna yang gugup.
"Besar abi. Lebih besar dari penceraian Aira dengan Yan. " Mana kekuatan ni? Aku masih tidak tahu bagaimana mahu untuk berterus-terang. Aku bagi signal pada Hanna untuk sambung. Sunggu aku tak mampu untuk sampaikan ianya. Gugup!
Kening abi menaik menandakan apa sebenarnya yang kami mahu bicarakan. Kuat Aira kuat!
"Se.. Sebenarnya.. " Ya Allah, sungguh aku tidak mampu! Air mukaku sudah berubah sedih. Tidak lama, air mataku pun mula mengalir.
"Akak tak kuat Hanna! " Aduku. Biarlah abi melihat aku menangis sekalipun. Biar abi tahu, sememangnya kami sedang menderita!
"Allahurabbi, kenapa puteri abi ni? " Abi bangun dan duduk di antara aku dan Hanna. Aku tiada kekuatan. Fikiranku tertumpu pada Hanna. Aku jatuh kasihan padanya. Hidup dia lebih hancur dariku.
"Hanna kenapa ni? " Kali ini suara abi berubah sedikit tegas.
"Hanna takut.. " Hanna turun mengalirkan air mata sayu. Abi aku peluk erat. Tuhan, salurkan kekuatanMu kepadaku. Aku mohon!
"Dia ceraikan Aira sebab... Sebab.. "
"Abi, sebenarnya kami.. Kami pernah dirogol. "
Cukup! Sudah cukup buat abi berdiri. Aku dan Hanna masih berbalas pandangan dengan lantai. Takut untuk pandang wajah abi. Aku pasti aku akan marah sebentar lagi. Ada anak perempuan yang tidak pandai menjaga harga diri.
Salah sangkaanku. Abi langsung tidak bersuara semasa memelukku dan Hanna. Bertambah sayu hatiku. Terhenjut-henjut bahuku menahan suara tangisan.
"Maafkan kami abi. " Semakin lebat tangisan kami bila abi turut mengalirkan air matanya. Pelukan abi leraikan. Tangan aku dan Hanna abi genggam. Aku malu. Anak ustaz tapi tidak pandai jaga diri. Sunggu aku dah conteng arang pada keluarga buat kali yang kedua.
"Abi yang perlu minta maaf. Abi tiada saat kamu berdua perlu abi. Abi wali yang tidak bertanggungjawab. Maafkan abi, puteri abi." Allah. Syahdu. Abi langsung tiada pada aku dan Hanna. Siapa mahu benda buruk terjadikan?
"Abi tak salah. Tiada siapa yang salah. Cuma manusia yang tertunduk dengan anasir syaitan. "
"Siapa yang buat Hanna abi ni macam ni? Beritahu abi. "
"Fayad abi. Hanna benci dia! Dia selalu pukul Hanna dengan kakak. Dia paksa kami. Kalau kami melawan, dia pukul sampai kami lembik abi. Dia jahat abi.. Hanna benci dia! Dia musnahkan hidup kami. Sakit abi." Hanna tertunduk menangis. Setiap kejahatan dan kekejaman Fayad pasti sedang bermain di dalam benak fikirannya sekarang.
"Abi minta maaf sayang. Abi abaikan kamu berdua. Aira, maafkan abi. Sebab perkara ni kamu diceraikan. " Abi menggosok lembut kepalaku. Segera aku gelengkan kepala.
"Tak abi. Bukan salah abi pun. Dayyan dah hilang kepercayaan pada Aira. Itu keputusan dia. Aira redha abi. " Aku beri segaris senyuman pada abi.
"Abi sebenarnya ada hadiah. " Aku lihat abi bangun dan menghampiri laci dimejanya. Apa ajalah abi ni. Hadiah apa pula ye?
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...