-5-

623 29 2
                                    

Hanna merintih kerinduan. Yaa, dia rindu. Dia sesangat rindu pada si dia yang jauh. Terlalu jauh.

"Aku rindu kau! Tapi kau jauh sangat. Jauh sangat daripada aku. Apa aku boleh buat untuk dekat dengan kau? " Air mata jernihnya mengalir perlahan.

"Hanna! Kau buat apa dekat luar ni?! Kau masuk cuci kain kotor tu! Dah pukul berapa tak bercuci lagi? Kau fikir aku ni bibik kau?! " Jeritan Puan Adilah buat Hanna tersentak. Segera dia masuk kedalam rumah. Mahu mati kalau buat tak dengar je?

"Mak, Hanna nak duit sikit boleh mak? " Bergetar Hanna bertanya setelah selesai kerjanya dibilik air.

Mata Puan Adilah terjegil.

"Amboi, pandai dah nak mintak-mintak duit dekat aku? Kau fikir aku kerja cop duit? " Kepala Hanna ditujal perlahan.

"Bolehlah mak. Hanna ingat Hanna nak kerja. Nak jual sikit-sikit. " Hanna mengujarkan hasratnya. Ya, dia nak berniaga tetapi tiada duit modal. Nak kerja dipekan maknya tidak izinkan. Dah tu mana pula dia nak cekup duit?
"Eh,kau yang nak berniaga kau minta duit aku? Pandai-pandailah kau hidup! " Puan Adilah tidak melayan kehendak anaknya.

"Kalau macam tu, mak izinkan Hanna bekerja boleh? Nanti boleh Hanna kumpul duit sikit-sikit."

Puan Adilah mengeluh. Menyusahkan! Dia tak faham pun ada dengan si Hanna ni. Kalau anak orang lain rasanya dah cukup bersyukur sebab mak tak bising suruh cari kerja.
"Lantaklah kau Hanna. Hidup kau! Yang aku tahu, masak, kerja rumah semua jangan ada yang tinggal. Kalau kau tak buat memang kau cari maut! " Malas nak melayan Hanna, Puan Adilah mengiakan sahaja apa yang anak perempuannya mahukan.

Hanna gembira. Saat inilah dia akan manfaatkan masanya. Ya, dia perlu cari. Kalau tidak memang tidak akan jumpa.

"Terima kasih mak! " Cepat dia menyalami tangan Puan Adilah. Ambik berkat kata hatinya.

****

Hanna melangkah masuk dari sebuah kedai ke sebuah kedai. Namun bila tuhan kata bukan rezekinya, dia hanya senyum dan beredar.

"Ya Allah, panasnya. Mana lagi aku nak cari kerja ni? " Dia duduk sebentar di bangku. Sijil SPM diteliti. Tidaklah teruk mana. 8A 1B. Baginya dia cukup bangga dengan keputusan itu. Tapi niatnya untuk sambung belajar di peringkat selanjutnya awal-awal sudah dihalang oleh mak serta abangnya.

Hanna terpandang sebuah kafe dihujung jalan. Dia berjalan mendekati kedai itu.

"Assalamualaikum. Sini ada kerja kosong tak? " Hanna bertegur dengam salah seorang pekerja di kafe itu.

"Sekejap ye cik. Saya panggil bos sekejap. " Balas pekerja itu.

Seorang wanita anggaran umur 30-an keluar dari sebuah bilik. Bibirnya menguntum senyum kepada Hanna.

"Mari masuk bilik saya dulu. " Ajaknya. Hanna membuntuti wanita itu.

"Tadi ada pekerja akak kata adik ni cari kerja. " Senyuman tidak pernah lekang dari bibir wanita itu.

Cantik! Itu sahaja yang terlintas dalam fikiran Hanna. Dia suka melihat wanita dihadapannya itu. Manis dengan shawl berwarna dusty pink.

"Dik? " Wanita itu menegurnya. Amboi, belum kerja dah berangan ni!

"Yeye. Eh, maaf-maaf. Ya saya nak minta kerja disini kalau ada. " Hanna tertunduk. Malu dia dibuatnya.

JAUH [C]Where stories live. Discover now