Gembira ? Yes! Aku gembira. Sangat gembira."Pilihlah mana kau nak. Harini aku baik hati nak belanja kau. " Tawar Dayyan. Aku tak berkelip pandang dia. Like seriously? Masuk kedai Swarovski dan dia suruh aku pilih apa aku nak? Aku pun tak sure yang depan aku ni Dayyan atau....... Hantu raya dia? Okey mustahil! Mustahil! Depan aku ni memang Dayyan!
Putera Daniil Dayyan! He is!
"Kau nak aku lempang kau sampai teleng ke macam mana? Aku kata sampai 15. Kalau kau tak jumpa apa kau nak aku keluar dan kau... Melepas! " Ujarnya. Eh, ni ikhlas ke tak ni?
"Ok ok Dhi pilih. "
Aku meliarkan mata aku di segenap ruang yang ada. Ahh, Dayyan ni pun tak berhenti kira! Tak tahu ke aku tengah rambang mata!
"Okey, okey stop kira! Dhi dah jumpa. Isy dia ni! " Dayyan berhenti kira. Aku tunjuk pada barang yang aku nak. Sebab aku ni murah hati, aku minta dia yang paling murah dekat situ. Walaupun hati minta yang lain. Tapi aku kawal! Gila ke? Nanti terhutang budi banyak pulak dekat Dayyan ni. Dia ungkit, tak ke naya?
Pekerja itu keluarkan cincin yang tidak terlalu crowded dengan batu berlian mahal itu. Tengok harga yang itupun aku dah kecur air liur. Merecik harga dia! Hampir RM 7000. Uish, gerun makcik!
"Kau nak ni? " Dayyan tanya untuk kepastian. Aku hanya mengangguk. Cukuplah. Itupun dah terlalu mahal!
"Ok. " Dia setuju.
"Ni bakal pengantin perempuannya ke? " Tanya pekerja yang tertera namanya. Aida.
"Err... " Tak sempat aku nak bukak mulut, pekerja itu menyampuk.
"Cubalah cincin ni. Kalau sesuai, boleh terus ambil. Kalau tak kami kena ukur dulu jari cik. " Aku pun ikut ajelah. Sesuai! Cantiknya.
"Okey. " Kataku.
Dayyan keluarkan kad untuk bayar. Aku peliklah. Tadi bukan kemain kutuk aku gemuklah, apalah. La ni belanja aku pulak? Mimpi ke? Demam ke? Atau, kena sampuk? Aisy pening aku fikir perangai Dayyan nilah!
"Tahniah Ye. Semoga kekal sampai akhirat." Ucap pekerja itu.
"Maaf dik, saya ni abang dia aje." Terang Dayyan. Terkejut jugak pekerja tu. Dia sengih dan minta maaf. Aku dan Dayyan keluar dari kedai itu. Gembira bukan aku?
"Yan mimpi apa belanja cincin ni?" Tanyaku
"Saje nak tengok. Jari kau tu gemuk jugak rupanya!" Perli Dayyan. Eh,apa dia ni? Ingat dah tak cakap pasal gemuk-gemuk dah! Kureng asamlah!
"Tu jaga baik-baik. Hadiah dari aku. Minta maaflah sebab aku buat kau lari hari tu. " Katanya. Ouh, pasal kes lari tu ke? Chop, dia pujuk aku. Weyh DAYYAN PUJUK AKU??!! Wow!
"Sweet jugak eh Yan ni. Untunglah siapa yang dapat Yan. Minta je apa nak. Cepat je Yan bagi. " Ujarku.
"Banyak cantik? Apa kau ingat aku nak ke dekat perempuan kaki kikis? "
"Yan, Yan tak ada girlfriend? I meant SPECIAL. GIRLFRIEND? " Tanyaku. Jelas aku sebut special girlfriend tu. Yelah, tak pernah pulak tengok dia sengih-sengih tengok telefon. Asal hadap telefon je muka serius. Sebab main game! Haih.
"Tak minat lah! "
"Tak minat? "
"Ye tak minat! Faham tak minat?" Wait! Aku pandang dia tak percaya. Dia tak minat? Dayyan kata dia tak minat? Songsang ke abang aku sorang ni? Wuish, berdiri bulu roma aku!
"Apa pandang aku macam tu? "
"Yan.. G.. Ga.. "
Pap!
Aduh! Tak sempat aku habiskan ayat dah kena hempuk dengan buku yang Dayyan beli. Woih pedih siot! Aku gosok kepala aku. Tak guna!
"Mulut kau jaga sikit eh! Asal tak minat je gay tak minat je kunyit! Aku tak kata pun aku tak minat dengan spesies sama macam kau! Otak kau tu tolong cuci sikit eh! " Uish, habis aku kena sembur.
"Alah, orang musykil je. Tak payahlah nak basuh sampai macamtu. Ingat kita dekat rumah ke? Orang pandang tahu! " Tak pasal-pasal jadi artis tak bertauliah pulak aku dekat sini bila ada orang pandang. Aku tak tahulah si Dayyan ni kembar dengan microphone ke apa. Kuat betul suara!
"Kaulah punya pasal! Dahlah aku nak balik. " Dayyan jalan laju ke hadapan.
"Alah Yan, jomlah teman Dhi pergi Kaison kejap! Nak cari teddy bear. " Aku berlari mengejar langkahnya. Namun nampaknya Dayyan betul-betul sentap. Toleh aku pun dia tak nak. Haih, terpaksalah aku batalkan niat nak beli bear baru. Cis!
****
Aku duduk sendiri di tepi kolam. Aku pandang air kolam yang tenang. Jelas kedalaman kolam itu. Tapi tak apa. Aku dah pandai berenang. Aku cuba ingat diri aku. Kerut di dahiku timbul apabila benak fikiran aku selam ke dalam. Mencari identiti diri yang telah lama hilang.
Ada! Aku nampak samar! Aku nampak Hanna. Hanna yang sering menangis. Dan aku pergi kearahnya untuk memujuk.
Kepalaku sakit. Namun aku masih tahan. Demi secebis imbasan hidup. Imbasan yang membuat aku tertanya-tanya. Kenapa? Kenapa Hanna menangis? Dan kenapa jugak aku sering berduka? Serta luka pada tubuh Hanna. Pada tangannya penuh lebam. Pipinya juga seakan sembab dan ada secalit darah di bibirnya. Apa yang membuatkan Hanna jadi sebegitu?
"Allah! " Aku tersedar. Pinar mataku dibuatnya! Hati aku kuat mengatakan Hanna dalam kesusahan. Lihat ajalah mimpi yang aku alami sebelum ini, Hanna tidak henti daripada meminta pertolongan. Dan imbasan beberapa detik itu memaparkan Hanna dalam kecederaan. Tapi... Tapi kenapa?
Ahhh, bodoh kau Dhiyyan! Kenapa susah sangat kau nak ingat! Susah sangat nak ingat balik siapa kau! Sampai bila kau nak macam ni? Langsung kau tak usaha nak kenal siapa diri kau. Sedangkan keluarga kau entah tengah gusar? Kau biarkan. Bodoh kau Dhiyyan!
Aku menangis. Kenapa susah sangat? Dah setahun! Namun sikit pun aku tak kenal diri aku.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...