-6-

705 29 0
                                    


Firdaus tersenyum melihat raut muka masam Dhiyyan. Nampak sangat tidak ikhlas mahu keluar dengannya.

Dhiyyan dipaksa oleh mamanya untuk menemankan Firdaus berjalan-jalan. Memang tiadalah perkataan ikhlas itu. Boleh pulak main paksa-paksa. Tetapi demi menjaga hati orang tuanya, dia ikutkan sahaja.

"Dhi, can you try to smile to me? Masam macam sup basi je! " Tegur Firdaus.

"Haihs awak ni, kenapa nak jumpa-jumpa saya ni? Siap bawak saya makan tempat mahal lagi. Saya tak ada duit tau Fir! " Rungut Dhiyyan. Bukannya dia tidak sudi. Tetapi lebih kepada segan dan tidak selesa.

"Ehh, tempat ni mahal? Hati you tu lagi mahal. Kedekut pula tu! " Sempat dia mengata gadis itu.

"What? Memanglah kena kedekut! Abis nak biar awak ambik kesempatan atas saya? Hell no Fir! "

Dia pelik juga dengan Firdaus ni. Baru kenal beberapa hari dah macam ni dia berkata. Selamba beruang dia aje!

"Awak ni Fir, kita baru kenal beberapa hari awak dah macam ni. Kalau setahun akan datang entah macam manalah perangai awak ni. Pelik betul! " Adu Dhiyyan.

"Setahun akan datang ye? Let me think. Aha, I rasa I akan lebih sweet. Sebab masa tu kita dah kahwin kot? " Katanya sambil ketawa kecil.

Dhiyyan mengecilkan matanya. Adohailah Putera Firdaus ni. Orang serius dia main-main.

"Apa-apalah Fir. Sekarang ni kita dah habis makan. Saya nak balik boleh?"

"Alah, kita lepaklah dulu. Kita pergi window shopping dulu jom." Ajak Firdaus. Sengaja dia nak habiskan masa dengan gadis itu.

"Hmm, jomlah! " Dhiyyan membalas. Ya, dia hanya ingin menjaga hati lelaki itu. Nanti dikata sombong pula.

Firdaus tersenyum lebar.

****

Dhiyyan tersenyum dengan gelagat Firdaus. Penakut rupanya Mamat segak ni!

"Dhi, wayang jom? Dah lama I tak tengok wayang. Macam ada movie best je. " Ajak Firdaus.

Dhiyyan mengeluh. Wayanglah pulak dia ni! Tak tahu ke orang tak sabar nak balik? Nak jumpa mama? Nak jumpa Dayyan? Ehh, Dayyan? No! Tak hingin pun jumpa di gangster tu!

"Bolehlah. Nak tengok cerita apa? "

"Romantik? " Firdaus mencadang.

Romantik? Yuks! Dhiyyan tak suka sangat cerita-cerita romantis ni. Sebaiknya dia tengok cerita perang-perang daripada tengok cerita romantik-romantik ni.

"Alah, tak nak lah! Horror movie nak? "

Firdaus meneguk air liurnya. Tapi takkan nak cakap dia gementar pulak. Bukan jantan namanya!

"Bolehlah. "

Dhiyyan beratur membeli tiket dan Firdaus pergi membeli bertih jagung. Mana sempurna tengok wayang tanpa bertih jagung.

Mereka masuk ke panggung wayang yang suram. Seat mereka Agak berjauhan. Tempat duduk Firdaus selang 2 kerusi daripada tempat duduk Dhiyyan. Sengaja dia beli macam tu. Nanti ada yang ambil kesempatan pulak.

"Dhiyyan, are you seriously? Cerita apa yang kita nak tengok ni? "

Dhiyyan tidak membalas. Hanya senyuman misteri di hadiahkan kepada Firdaus.

JAUH [C]Where stories live. Discover now