"Aira! " Aku pandang kearah manusia yang memanggil namaku."Fir! Ya Allah lamanya tak jumpa. Awak buat apa dekat sini? " Tegurku ramah. Memang tidak aku jangka yang akan bertemu dengan Firdaus di sini. Yelah, dekat Malaysia pun susah nak jumpa inikan pula dekat negara orang.
"Ya. Long time no see you Aira. I saja datang. Sambil siapkan kerja sambil jalan-jalan. And you? Masih belum balik lepas berpisah dengan Yan? "
Aku cuma menganggukkan kepala. Buat apa balik Malaysia. Biarlah aku dekat sini lagi seminggu.
"Alone? "
"With Hanna. Ingat abi nak ke lepaskan saya sorang-sorang? " Ujarku.
"Where is Hanna? You dekat sini sorang-sorang. Tak sejuk ke? "
"Hanna ada dalam hotel. Tak berapa sihat. Alah, saya dah biasa. Dekat sebulan saya duduk dekat sini. By the way, jalan-jalan jom. Memandangkan awak dah ada dekat sini. Boleh? " Pintaku. Bosan sebenarnya asyik terperam aje dalam hotel tu. Habis-habis pun pergi jalan dekat sekitar sini aje.
"Ya sure! Apa yang tak bolehnya? "
Senyumku kian lebar. Great! "But give me 10 minutes to dress up. And I want to check of Hanna. Wait here! "
Aku gegas berjalan untuk pulang ke hotel. Huhuu.. Tak sabar nak pergi jalan.
Pintu bilik yang berkunci aku buka. Hanna kelihatan masih lena tidur berbungkus selimut. Aku datang dekat dengan dia. Dahi Hanna aku lekapkan tangan. Panas.
Aku dah mula risau. Rasanya pagi tadi tidaklah kuat sangat demamnya. Tak tahu nak buat apa, akhirnya aku kejutkan sahaja Hanna.
"Hanna, bangun makan. Lepastu makan ubat. Panas demam Hanna ni. " Kejutku. Hanya gerakan kecil sahaja terhasil.
"Hanna, bangun. Cepat. " Tidak lama, Hanna duduk dari pembaringan. Kepada disandarkan dihujung katil.
"Okay? " Tanyaku. Hanna hanya menggeleng sebagai jawapan 'tidak okay'.
Haih, soalan aku pun sikitlah bernas!!
"Kejap akak ambil roti. Makan roti then makan ubat. Lepastu baru boleh sambung tidur. "
Aku hulurkan roti yang telahku ambil di meja. Hanna aku biarkan dan telefon bimbit aku buka untuk mendail nombor Firdaus.
"Assalamualaikum Fir. I'm sorry. Tak dapatlah keluar hari ini. Hanna demam. " Terangku. Serba salah pula aku rasa. Iyalah, tadi aku yang beria ajak. Tapi sekarang ni, aku pula yang cancel.
"Teruk ke demam Hanna tu? Bawa pergi kliniklah. "
"It's okay. Saya ada bawa sehala ubat-ubatan. You no need to worry okay. Again, sorry. Next time maybe? "
"Ya sure! And one more thing, I'm not come alone. I'm with Thaqif actually. "
"Wah, seriously? Nanti keluar sama-sama. Lepas Hanna sihat. Deal? ""Call! "
"Okaylah. Saya tutup dulu. Nak bagi Hanna tu telan ubat. Assalamualaikum. "
Talian aku tamatkan. Datang dengan Thaqif rupanya. No wonder mereka datang berdua. Kawan baiklah katakan. Aku tahu mereka kawan baik pun sebab abang Dinie cerita.
"Hanna, nak makan ubat. Nanti dah sihat kita keluar jalan-jalan. You know what, Fir dan Thaqif ada dekat sini tahu."
"Abang Thaqif? " Soal Hanna terkejut. Aku menganggukkan kepala. Dapat aku lihat senyuman disebalik bibir pucat Hanna.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...