-24-

436 22 1
                                    


Aku hanya diamkan diri . Kini aku terbang. Tinggi. Mama, Dhi terbang mama. Jauh dari mama.

Tak semena, air mata aku mengalir kembali. Sudah dua jam aku berada nun jauh di langit. Dan dua jam itu juga aku tahan air mata.

Aku sudah rasa sepi. Kalau tak, mesti sekarang aku tengah dengar suara mama. Tak pun teman mama shopping. Mama, Dhi dah rindu mama.

"Yang kau nak menangis dah kenapa? "Tegur Dayyan yang duduk disebelah kananku.

"Tak ada apa. " Kepala aku toleh ke arah tingkap. Seronok jugak duduk tepi.

"Yelah tu. " Sinis!

"Orang rindu mama. " Kataku jujur.

"Mama...mama.. Bukan mama kau pun. Aku ni anak betul dia pun tak sampai merengek macam kau. Gedik! "

Fuh, berdesing telinga aku. Ni malas nak cakap ni. Bertambah luka hati aku dibuatnya.

Memanglah bukan mama aku. Tapi mama angkat aku. Kau pahal?!  Tak puas hati. Tak puas hati meh sinilah bersilat. Halamak!

Kering terus air mata aku sebab marah pada si Dayyan yang kurang adab ni.

"Kau pahal pandang aku macam tu? Tak puas hati? " Soalnya.

Eh, kalau bukan sebab dalam kapal terbang, dah lamalah aku balas. Aku fikir penumpang lain aje tau aku tak balas. Kalau ikut hati, nak aje lempar kau ke luar.

"Memang tak puas hati! "

Aku pejamkan mata. Berpura-pura tidur. Tak kuasa nak layan manusia bongkak macam Dayyan ni.

Aku ingatkan sengketa kami dalam kapal terbang ni terhenti di situ. Tapi mamat sebelah ni mula menyalakan kembali api amarahku.

"Alah, tidurlah. Tengok-tengok bangun nanti bukan sampai korea, entah sampai mana. Aku taknak kejutkan kau. "

Apa masalah dia?

"Dhiyyan, kau sibuk rindu dekat mama. Dekat Thaqif dengan Fir kau tak rindu ke? Yelah, kau kan buaya darat betina. " Dayyan menambah perisa cili dalam ungkapannya.

Sabar Dhiyyan, sabar. Dia ni teringin nak mati awal gamaknya!

"Best ke jadi buaya darat? Eh, soalan apa pula aku tanya. Mestilah best. Lagi-lagi jantinanya betina. Susah nak jumpa. Selalu buaya betina bukan kat darat. Selalu dekat paya. "

Weyh berdesing!  Ya Allah sabarkan hati aku!  Tenang Dhiyyan tenang. Dayyan ni memang mulut dia macam tu. Nama aje anak orang kaya, tapi tak ade insuran lagi mulutnya.

"Haa ni, buaya.. "

"Shut up Dayyan! " Aku mula bersuara.

Mahu tak naik angin? Semua yang keluar dari mulut dia tu semua makan dalam tahu!  Bila masa pulak aku jadi buaya? Dia tu yang buaya. Buaya tembaga, buaya putih, buaya hitam, semua dialah. Maklumlah, buaya peranakan.

"Shut up Dayyan! " Dayyan mengajuk amaranku.

Aku lantakkan dia. Pramugari aku panggil. Nak makan! Nanti tak pasal-pasal arwah buaya sebelah aku ni aku buat buaya panggang. Satu kapal terbang ni aku bagi makan.

Tidak lama, makanan serta minumanku sudah terhidang. Sedapnya, kecur air liur.

"Hah, tulah perempuan.  Makan, makan, makan. Exercise malas. " Bebel Dayyan.

Dia memang tak boleh nak tengok aku senang ke? Aku makan aku punya pasal lah. Yang dia perlu nak menyebuk tu dah kenapa?!

"I think I did not disturb you anymore! So please zip your mouth. Don't ruin my mood."

JAUH [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang