-43-

455 20 8
                                    


Malam menjelma. Masing-masing dah penat dengan majlis yang sudah berlangsung. Tadi pula baru sahaja selesai membuka hadiah. Alhamdulillah banyak juga walaupun kenalan aku ni tak ramai. Ramainya kenalan umi dan abi sahaja. Termasuk juga dengan saudara-mara Dayyan.

Paling best hadiah dari Thaqif. Ingat lagi Thaqif? Yang pernah buat jantung aku berdegup laju tu. Dia punya bagus bagi seguni coklat. Eh, melampau seguni. Tapi dalam satu kotak yang agak  besar. Ada ferrero roshe,kitkat, hershe's, cabury, kinder bueno dan banyak lagi jenamanya. Nanti terliur pula korang. Dan ada juga beberapa jenis yang aku tak tahu namanya.

Ini dua bulan baru habis agaknya. Itupun kalau makan banyak. Kalau tak, mahu masuk empat bulan. Tapi dengan adanya saudara-mara dekat rumah abi ni, esok habislah tu.

Aku masuk ke dalam bilik selepas mandi. Segar! Masuk sahaja aku dah nampak Dayyan sibuk dengan telefon bimbitnya. Chat dengan Iyara lah tu. Macamlah aku tak tahu yang mereka selalu berhubung. Dan Iyara juga sudah berada di Malaysia. Habislah laki aku!

"Hoi, kau buat apa dalam bilik ni?" Tegur Dayyan BERHEMAH.

Boleh dia tanya buat apa dalam bilik ni? Hello, ini rumah aku, bukan rumah kau. Suka hatilah.

"Nak tidur, takkan nak main congkak pulak malam-malam ni kan? " Balasku sinis. Dayyan tersenyum mengejek. Ceh! Kau ingat handsome?

"Tidurlah. Aku tahu kau penat. Meh sini tidur meh! " Panggilnya sambil menepuk tempat kosong disebelahnya.

Kena sampuk mambang ke apa dia ni? Tiba-tiba ajak aku tidur sekatil dengan dia. Bukan ke selalunya yang kahwin sebab terpaksa ni tak tidur sekatil?

Sebab dah terlalu banyak baca novel yang kena kahwin paksa ni, aku siap-siap sediakan tilam dan selimut dalam almari. Yelah, novel yang aku baca tu semua tidur asing. Yang kena tidur bawahnya perempuan. Lelaki elok terbongkang dekat atas katil. Jadi aku siapkanlah awal-awal. Tak adalah nanti bangun-bangun, pinggang sengal.

Dah dia ajak tidur sekali, aku pun join ajelah. Tudung aku buka dan sangkutkan dalam almari.

"Cepatlah sini! "

Amboi, tak sabar. Ini yang aku seram ni.

"Sabar boleh?! Orang nak sikat rambut dululah. Ke Aira jadi hantu kak limah? Tak pun wan Peah? "

Aku jalan ke meja solek. Rambut aku bukanlah macam tipikal pengantin macam dalam novel. Panjang mengurai. Lepastu si suami dok usap-usap. Rambuk aku hanya pada paras bahu. Lebih sikit dari bahu. Tak ada maknanya nak usap-usap.

Aku sikat rambut lurus aku. Rambut depan aku biarkan menutup dahi. Hah, dah macam Minah korea ni. Eh, puji diri sendiri ke Aira?

Usai itu, aku melangkah kearah katil. Badan aku baringkan. Wah, empuknya! Lena tidur aku malam ni. Bangga juga bila kena kahwin kerana terpaksa tapi tidur sekatil.

Namun beberapa saat kemudian aku terasa badanku sakit. Aduh, cari bala betullah Dayyan ni!

"Berat kau berapa? Kenapa ringan sangat? Aku baru tolak sikit dah jatuh katil. " Soalnya dengan senyuman penuh dengan ejekan.

Patutlah beria ajak aku tidur, kau nak buat onar dengan aku rupanya. Sengal badan aku sebab jatuh katil! Tak guna betul!

Aku bangun dari baringan! Nak kena Dayyan ni.

"Dayyan! Orang nak tidurlah! Penat tahu? " Aku rasa macam nak nangis dah ni. Apa dia ingat dekat lantai tu ada permaidani setebal 10 inci ke?

"Taklah. Kau tu yang kurus sangat kot. Aku baru tolak sikit. Tapi dah terpelanting dekat bawah. "

JAUH [C]Where stories live. Discover now