Harini. Yeah! Aku dah bersiap dalam bilik. Tak habis-habis aku belek baju yang along design kan. Serius cantik!Dress labuh dan skirt bawahnya kembang dihiasi dengan bunga-bunga kecil berwarna peach dan pink cair. Ni dah macam aku pula yang nak kahwin.
Tak sabar aku nak tengok mama dengan papa punya baju. Mesti cantik juga. Tak lupa Hanna pun ada. Sama cantik bajunya. Along dah tempah awal-awal.
Dinie dan Dayyan pula pakai baju berwarna peach. Dan kot serta seluar berwarna putih. Kacak sangat anak putera dua orang ni.
"Akak, cantiknya! " Puji Hanna.
Aku tersenyum. Siapa tak suka kalau orang kata kita cantikkan?
"Hanna pun cantik. Hanna, abah datang? "
"Datang. Abah ada dekat luar tadi. Tengah tolong letakkan bunga dekat atas meja makan. "
Abah ni. Tetamu buat kerja pula. Dah ada orang katering. Gatal jugak tangan tu nak menolong.
Mama tempah kambing pada abah. Alhamdulillah rezeki. Abah siap bagi percuma dua ekor lagi. Katanya hadiah ulang tahun perkahwinan. Mama dengan papa gelak aje bila abah kata macam tu
"Akak, Hanna nak keluar kejap tau. "
Anggukan aku berikan. Hanna keluar dari bilik. Entah mana nak pergi. Tak tanya pulak tadi.
Aku masih lagi tak siap. Tudung shawl berwarna peach aku ambil dan aku lilitkan dikepala. Simple aje aku lilitkan. Simple is nice bukan?
Sesudah itu, aku belek lagi mencari kecacatan pada pemakaianku. Aku terlupa! Sarung kaki! Semenjak Allah buka hati aku untuk berubah, belum pernah aku tak pakai sarung kaki jika keluar rumah. Rasa tidak selesa jika tidak pakai.
Sarung kaki aku sarungkan ke kaki. Okay, dah complete! Rasanya dah boleh keluar. Nak jumpa dengan dua anak lelaki papa dan cucu papa dua orang tu. Mesti comel sangat Daniea dan Darwish.
Aku keluarkan kasut tumit berukuran empat inci dan sarungkan ke kaki dan keluar dari bilik hotel itu. Tak sabarnya!
Aku langkahkan kakiku untuk ke dewan besar Q'Hayyah Hotel untuk melihat segala persiapan. 100% siap. Ya tuhan, cantik sangat!
Kata along, mama dengan papa tak tengok lagi semua ni. Nak buat kejutan katanya. Siap suruh semua orang tutup mulut lagi.
"Maksu! " Aku dengar suara Darwish memanggil.
Ahooo, comelnya! Baju sama macam Dayyan dan Dinie tapi versi comel. Alahai, cair kita ni awak!
"Awish! Comelnya baby maksu ni! Geram tau. Kenapa comel sangat ni hah?! " Pipi kembung itu aku picit geram. Haih, nasib anak orang. Kalau anak aku, lagi teruk rasanya. Bengkak pipi budak tu dibuatnya.
"Maksu, mana ada Awish comel. Awish handsome tau maksu. Kacak. Comel tu kakak Daniea." Muncung mulut kecil si kecil tu.
Tergelak aku. Alolo, comel sangat! Macam mana tak geram?
"Yelah handsome! " Lagi kuat aku picit pipi si kecil tu.
"Maksu, sakitlah pipi Awish. " Rengeknya.
Segera aku usap pipi Darwish. Terlebihlah pulak. Sakit pipi anak along ni.
"Maaf ye sayang. Maksu terlebih pula. Ni Kak Neia mana sayang? " Tanyaku.
"Kakak Daniea tengah jadi princes. " Jawabnya.
Alahai Daniea, patutlah lambat. Dengan jadi princess rupanya.
"Okeylah. Ni pergi dekat mama. Jangan merayau. Maksu nak tengok belah sana kejap. " Suruhku. Aku pastikan Darwish sampai pada alongnya dahulu baru aku pergi ke bahagian pentas.
Aku naik pada bahagian pentas yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang berwarna pastel. Jelesnya!
Dah macam nak kahwin kali kedua.
"Hai honey! " Tegur satu suara saat aku baru turun dari pentas.
Aduh bala! Tak tahu pulak yang dia betul-betul akan datang! Bala.. Bala!
"Kau buat apa dekat sini Haziq? "
"Buat apa saya dekat sini? Mestilah nak tengok majlis ni. Takkan nak jadi suami pulak. Calonnya tak bersedia lagi. " Katanya dengan sengihan yang amat menjenggelkan.
Isy, menyampah betul aku! Kau ingat senyuman kau tu cantik?! Berbulu mata aku tengok!
"Baguslah. Dah nak jadi suami. "
"Hmm, awaklah isteri kepada saya. Kena ingat tu. " Haziq berkata lagi. Ah, kenotlah dengan dia ni. Sangat-sangatlah menyampah!
"Assalamualaikum Dhi. "
Dah siapa pulak lah yang tegur aku lagi ni. Banyaknya laki nak dekat aku. Letop sangat agaknya. Ceh!
"Fir. Waalaikumsalam. Dah lama ke awak sampai? " Tegurku mesra. Senyumanku yang tadi kelam kian melebar.
"Baru aje. Nampak you dekat sini. Terus datang nak jumpa buah hati empunya cinta I ni. "
Alahai sweet mueet ni kenapa? Cair aku. Karang aku panggil tok kadi, kita nikah kat sini kang.
"Ada-ada aje awak ni. Dah jadi ala-ala pak ostad ni pun masih nak bersweet talker dengan saya. " Menggeleng aku dengan mulut manis jejaka ini.
"Alah, I sweet talker dengan you seorang aje tau. "
Senyumanku kemain melebar. Mana taknya, crush bagi ayat manis Macam teh tarik mamak. Mahu yang bergula hati ni.
"Ehem.. Ehem. "
Eh, ada pulak yang sibuk nak berdehem.
"Oh, Hai. Dhi, siapa ni? Taknak kenalkan dekat I? "
"Ni... "
"Im Haziq. Dhiyyan's boyfriend. "
Terbuntang mataku dan Firdaus. Kau jangan nak bersyaitan dekat sinah! Sejak bila aku ni awek kau gila!?
"No. Jangan tipulah. For your information, Fir is my boyfriend and he will be my fiancee ." Terpaksa!
Aku terpaksa cakap macam tu. Kalau tak lagi melalut si Haziq ni. Merepek!
"Seriously? So youlah yang dah curi hati dia? You tahu tak, you dah rampas dia dari I? Dia bercinta dengan I dan tiba-tiba you masuk dalam hidup dia dan runtuhkan hubungan kami. Tak sedar ke? "
Ya Rabbi, aku rasa macam tak boleh nak sabar dah ni. Meluap juga aku. Kau ingat aku anak patung senang-senang nak guna-guna aku?
"Apa yang kau merepek ni hah?! Kau sedar tak apa kau cakap. Heh jantan, aku sabar dengan kau masa ada mama haritu. Kau jangan macam-macam lah! Kau ingat aku apa?! Gila! " Suaraku mula meninggi.
Nasib baik dewan ni tak ramai orang. Yang ada pun cuba orang katering sahaja. Itupun dalam dua, tiga orang.
"Dahlah Dhi. Jangan layan laki macam ni. "
Aku ikut Firdaus meninggalkan lelaki gila itu.
Bedebah!
"Tak guna! Siap kau Aira! "
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...