-45-

473 16 1
                                    


"Tak ingat dah ke? "

Siapa pulak lah yang terlebih ramah tegur aku ni? Lelaki pula tu. Hello, I'm married okey!

"Seriously kau tak ingat aku? "

Alah, cakap ajelah siapa engkau! Nak tanya-tanya lagi. Tapi aki tak pernah tengok pula dia ni. Aku dah tak amnesia ye. Otak aku dah berfungsi dengan baik dah.

"Aira, betul ni kau dah tak ingat aku? "

Aira. Aduh, siapa dia ni? Haziq? Takkan Haziq dah tukar wajah? Buat plastic surgery ke macam mana?

"Fayadlah. Takkan tak ingat adik? "

Fayad eh? Kejap, biar aku imbas dulu memori dalam otakku ini. Haih, dah macam databot dalam animasi boboiboy tu. Lambat betul cari maklumat.

Okey give up! Aku tak ingat dia. Adik eh? Dia abang aku ke ?

"Err, so sorry. I have to go. Salah orang encik ni. " Ujarku. Aku bangun dari duduk. Seram pulak berdua dengan lelaki ni.

"Aira! Hanna Humaira. Abah kau Encik Yusuf. Mak kau Puan Adilah. Adik kau Hanna Sumayya. Dan ni, abang kau, Fayad. Fayad Amirul. Cepatnya kau buang aku dalam minda kau. " Kata Fayad.

Abang aku? Ouh, aku teringat Hanna ada cerita yang kami ada seorang abang. Jadi dialah rupanya abang aku. Hm, tapi kenapa muka macam psiko semacam? Senyum dia tu lain.

"Maaflah, Aira tak ingat. Er, Aira balik dulu. Assalamualaikum. "

Aku berlalu pergi. Janggal rasanya bila berada bersama lelaki yang bernama Fayad itu. Betul ke tak entah dia abang aku. Seram semacam aje senyuman dia tu.

"Hanna Humaira. Let's start our game! Kau mesti rindu gila dekat aku kan? " Ujar Fayad sendirian.

Senyuman sinis terukir pada bibirnya.


****


"Kau pergi mana tadi? "

Masuk-masuk aje dah disapa Dayyan. Eh, tadi tak kesah pun. Ni sibuk tanya kenapa?

"Adalah. " Aku tidak menjawab soalannya.

"Mama, tengok menantu mama ni. Dahlah keluar tak minta izin. Orang tanya pergi mana, nak rahsia-rahsia pula."

What the... Kau gila ke apa? Yang pagi tadi aku kejutkan kau tu? Isy, fitnah ni!

Mama hanya pandang aku. Tak tajam mana pun pandangan mama tu. Cuma kosong. Haih, pelik aku!

"Yang pagi tadi tu apa? Bukan minta izin? "

"Pagi tadi tu minta maut! Aku tak puas hati lagi dengan kau ni. Sesuka duka, luka kau aje nak simbah aku dengan air. Baik kau benam aje kepala aku. " Ujarnya berang.

Eh, tolong betulkan sikit ayat kau tu ye. Bila masa aku simbah? Jirus pun tak tahu! Aku renjis macam renjis air mawar pada pengantin tu aje. Melebih pula!

"Lah, boleh ke benamkan? Kenapa tak bagitahu awal. " Aku naikkan lagi api kemarahannya.

Tiba-tiba dia tarik tangan aku kuat. Eh, ni dah kenapa? Kes dera ni!

JAUH [C]Where stories live. Discover now