"Assalamualaikum umi, abi. Aira dengan Yan dah sampai ni. " Aku beri salam. Pintu terbuka. Tapi orangnya tak ada. Didapur kot."Isy kau ni. Kau panggil orang dalam rumah. Bukan dekat sebelah kau. " Dayyan menjentik dahiku. Haihlah suami! "Assalamualaikum umi!Abi! Kami datang ni!! Bagi kami masuk tak wahai family in-law ku? "
Tutup muka aku bila suara Dayyan dah macam petir dari langit. Budak-budak tahfiz yang lalu disitu pun sudah memandang-mandang.
"Ya Allah. Suara dengar sampai bangunan depan. " Hairiel muncul di muka pintu.
"Hey brother! " Dayyan angkat tangan tanda menyapa. Ya Allah suami siapa ni? Salam mana encik suami?
"Brother!!! " Hairiel pula menyambut. Hailah, cepat aje ngam mereka ni. Hairiel dengan Dayyan memang boleh masuk.
"Hah, brother kau ajelah yang ingat. Akak dekat sini jeling pun tak. " Kataku berjauh hati.
"Eh bang, siapa awek sebelah abang ni? Tak pernah nampak pun. "
Choi! Awek dia. Kalau tak ada aku ni tak ada maknanya nak ada abang Dayyan. Heh!
"Mulut baik sikit. Ni umi, abi mana? Hanna? Hanni? Abang Hafiz? " Soalku. Kalau dilayan Hairiel dengan Dayyan bersembang, berjanggutlah aku.
"Abi dekat madrasah. Umi ada dekat dalam. Hanni dengan Hanna pergi madrasah ajar budak mengaji. Abang ada khusus dekat Negeri Sembilan. Hairiel ada dekat depan ni. Piss! " Hairiel angkat dua jari. Eleh, ingat comel ke?
"Rasanya tak ada pula akak sebut nama Hairiel tadi. Sebab tak silap,Hairiel ni tak kenal siapa kita. Tapi tak apalah. Masuk dulu ye." Aku dapat tangkap jelingan dari mata Hairiel. Haih adik aku sorang ni.
"Assalamualaikum umi. "Sapaku ceria. Umi yang sedang masak itu aku peluk dari belakang. Biarpun baru aku kenal wanita itu,tapi sayangnya aku pada umi seakan aku kenal dia sejak kecil.
"Waalaikumsalam. Eh, tadi dengar suara Dayyan. Mana dia? "
"Biasalah umi. Bila geng masuk air dia ada, membawanglah tu. " Kataku. Mesti membawang pasal bola. Sikit-sikit bola. Sikit-sikit bola. Tak boleh pun mesti pasal sukan.
"Ehhh, siapa kata kami membawang? Fitnah eh kau kak! " Suara Hairiel tiba-tiba menyapa pendengaran.
"Entah. Kami ni bukan set-set bawang ni ye. Lainlah kau. Nak membawang aje kerjanya. " Dayyan sambung dengan hujahnya.
"Eleh. Pigirah. Jangan kacau orang dengan umi. " Aku halau budak dua orang tu. Bagilah chance aku nak berdua dengan umi.
"Heh. Orang datang sini nak salam umi aje. " Dayyan capai tangan umi kemudian disalamnya. " Umi, Yan dengan Riel nak pergi madrasah kejap. Jumpa abi. "
"Iyelah. Nanti lepas Zohor jangan merayap. Ajak semua balik makan. "
Dayyan angguk sebagai jawapan. Tak sampai lima saat dah lesap bayangan mereka. Mana tidaknya, boleh pulak bet siapa sampai dulu dia menang. Childish bukan?
"Aira, macam mana? Okey ke dah kahwin dekat dua bulan ni? " Pertanyaan umi aku balas dengan senyuman. Okeykah aku?
"Alhamdulillah umi. Semuanya okey. "
"Dah berisi ke perut ni? " Umi pandang perut aku. Isi? Isi eh? Soalan apa umi tanya ni?
"Dah berisi umi. "
"Yeke?! " Teruja betul umi.
"Aah. Berisi dengan lemak. Umi tahu tak, Aira duduk rumah, makan aje kerja Aira. " Aku tergelak bila dapat kenakan umi.
Umi, umi. Macam mana nak berisi kalau sentuh pun tak.
"Isy budak ni. Umi serius, dia main-main pula. Tak apalah, usaha aje. Itu semua rezeki. " Umi usap belakangku lembut.
Alhamdulillah umi memahami. Maafkan Aira umi.
****
Aku hidangkan makan malam. Haih, lauk semua menggoda jiwa. Tengahari tadi pun umi masak,punyalah banyak aku makan. Ini umi masak makan malam pula. Aiyoyo,gemuk Aira macam ni umi.
"Yan, nak lauk apa? " Aku tanya pada Dayyan yang aku rasa sudah kecur air liur.
"Bagi aku ayam goreng berempah tu. Lepastu nak sambal kicap. "
Aku ambil apa yang dia mahu. Aku bagi satu ayam, dia nak dua. Tak senonoh betul perangai depan keluarga mentua.
"Kak, aku pun nak jugak. Ambilkan aku masak lemak telur itik tu. Auch.. Umi, apa ni cubit orang. "
Aku hanya tergelak bila muka Hairiel berkerut bila kena ketil dengan umi. Hah, kacau aku lagi.
Suasana kembali sunyi bila semua sedang makan. Abi memang tidak suka bersembang sambil makan. Tidak sopan katanya.
Usai itu, semua duduk di ruang tamu. Maklumlah, sudah lama tidak berjumpa. Rindu dia tu lain macam.
"Aira, Dayyan, abi nak cakap sikit dengan kamu berdua boleh ye? " Tegur abi. Abi memang sangat berhemah dalam percakapannya. Nak bertanya pun kena tanya dulu. Boleh aje terus tanya.
"Cakap apa abi? Cakap ajelah. "
"Kenapa abi dengar panggilan kamu berdua tak macam suami isteri? Aira panggil suami dengan nama aje. Tak sopan Aira. Itu suami kamu. Kena tunjukkan sikit rasa hormat tu. Panggillah abang ke. Dayyan, abi dengar kamu kau, aku aje. Panggil sopan sikit. Sayang.
Maaflah kalau abi tegur. Cuma abi nak kamu berdua mesra. Aku bukan kawan. Kamu suami isteri. Fahamkan maksud abi? "
Terkedu aku bila Abi tegur sebegitu. Tapi, cara abi tegur amatlah berhemah. Lembut. Dalamnya terdapat ketegasan.
"Kami masih kenal-kenal abi. Yan pun dah terbiasa dengan panggilan tu. " Kata Dayyan.
"Ye abi faham. Abi tak paksa. Sikit-sikit ye. " Senyum abi terarah kepadaku dan Dayyan. Senyuman seorang ayah yang amat indah.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...