"Aku ceraikan kau dengan talak satu. " Enam perkataan yang dilafazkan Dayyan itu buat aku terpana. Mimpikah aku?Dayyan yang keluar dari wad yang menempakan aku hanya aku pandang. Tiada daya untukku menjerit memanggilnya. Air mata menceritakan segala yang terbuku dihati.
"Dayyan. " Nama itu aku panggil kerap kali dengan suara yang perlahan. Tiada siapa di sisiku kini untuk aku berpaut meminta sokongan. Tiada. Hanya tinggal aku kesepian di dalam bilik sejuk ini.
"Kenapa buat Aira macam ini? " Tangan aku tekupkan kemuka. Tiada langsungkah belas ehsan daripada Dayyan terhadap diriku? Gamaknya dia melafazkan cerai dengan melulu.
Ini pengakhiran kisah hidup aku dengan dia. Sesaat tuhan bagi kebahagiaan dan tidak sampai sesaat tuhan menariknya kembali. Apakah aku tidak layak untuk bahagia?
Esakanku makin lebat. Tiada tanda ianya akan berhenti. Ini semua bukan salah aku! Kenapa semua orang tidak mahu percaya?! Mengapa Dayyan masih mahu meletakkan salah itu padaku?
Daun pintu dikuak dari luar. Figura Haziq menampakkan diri. Mahu sahaja aku menghalau tubuh lampai itu. Namun akibat terfikirkan budi, aku diamkan sahaja. Lagipun mana kudratnya? Badanku masih lemah dan tiada daya.
"Kenapa awak menangis ni? Saya tak jahat dah Aira. Saya dah berubah. Dan Hanna dah ceritakan semuanya pada saya. Semua Aira. Dari kisah mak dan abah awak, sehinggalah kisah Fayad. Semua saya dah tahu. Saya minta maaf.. " Suara sayu Haziq tidak menarik perhatianku. Baguslah kalau dia sudah tahu. Tapi ia tidak akan mengubah apa-apa.
"Semua dah terjadi. Dayyan datang tadi. Dan lafaz cerai dah dia sampaikan. " Wajah terkejut Haziq aku pandang.
"Apa awak cakap?!"
"Tak ada apa. " Aku tundukkan wajah bila muka Haziq berubah bengis.
"Apa awak cakap tadi Aira?! " Suara itu memetir kuat.
"Dayyan dah ceraikan saya! Puas?! Saya kena cerai dengan suami saya Haziq. Teruk sangat ke saya ni? Hina sangat ke? Kenapa dia buat saya macam ni? Saya tak salah!" Suara mula meninggi. Sakit hati bila terkenangkan nasibku.
"Tolong panggil Hanna. Saya nak tahu semua kisah yang saya masih tidak tahu dan kenapa awak marah sangat dengan abang Fayad. Tolong bawa Hanna jumpa saya. "
"Kak Aira. " Hanna tiba-tiba muncul dihadapan pintu dengan tangisan yang sudah tercetus.
"Hanna. Hanna bagitahu akak Hanna. Kenapa jadi macam ni? Akak tak salahkan Hanna? Tolonglah cakap akak tak salah Hanna!" Aku bangun dari baringku. Hanna menerpa dekat kearah katil.
"Hidup kita sama-sama dah musnah akak. Bukan akak aje. Hanna juga. " Hanna memegang tanganku erat. Apa maksudmu adik? Musnah?
"Apa Hanna cakap ni? Akak tak faham. Apa maksud yang hidup kita dah musnah? "
"Kita mangsa kak. Mangsa kepada nafsu serakah Fayad. Dia dah musnahkan hidup kita. Dia yang buat akak jadi macam ni. " Tangisan Hanna semakin menjadi-jadi.
Abang Fayad? Tergamam aku. Aku ingat dia baik. Rupanya syaitan bertopengkan manusia.
"Apa yang abang Fayad buat dekat kita Hanna? "
"Jangan panggil dia abang kak Aira. Dia tak layak. Dia jadikan kita pemuas nafsu dia kak. Dah lama Hanna pendam. Hanna tak berani nak bagitahu sesiapa. Kalau Hanna bagitahu mak dengan abah sekalipun, mereka tidak akan percaya kak. "
Allahuakbar. Begitu sungguh dugaan yang kami lalui? Jauhnya gembira itu dari kami. Selama ini, Hanna hanya tanggung semua ini sendirian. Tapi aku hairan, kenapa aku tidak mampu mengingati? Ah, kisah aku dengan Haziq pun aku lupa. Mungkin tuhan mahu menutup segala rasa sakit yang aku lalui sebelum ini.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...