Aku turun bawah selepas selesai solat Isyak. Nak jumpa mama dan minta maaf lagi sekali. Haih, dah jadi pengemis pulak aku dari tadi mengemis kemaafan.Turun je bawah aku tengok hidangan yang terhidang di atas meja. Wow! Ada ayam masak cili padi, daging goreng, masak lemak nenas, ayam bakar, sayur campur dan ulam-ulaman. Banyaknya masak harini.
"Cik Yam, banyaknya masak? Ada apa-apa ke harini? " Aku tegur Bik Yam yang sedang mencuci kuali. Namun tiada balasan kecuali senyuman. Aik, aku tanya dia, dia senyum je?
"Cik Yam, ni nak letak dekat mana? " Tanya satu suara. Ya, satu suara yang aku ingin dengar saat aku buka mata pagi tadi.
"Ha.. Hanna. " Aku pandang dia yang sedang membawa pinggan bersih.
"Kakak! " Matanya bersinar apabila aku dihadapannya.
"Mai cik Yam letak dekat depan. " Pinggan tadi bertukar tangan. Bik Yam menghantar pinggan itu ke hadapan. Kini tinggal aku dan Hanna sahaja.
Hanna menghulur tangan untuk bersalam dan aku hanya menyambut.
"Banyak Hanna nak cerita dekat akak. Banyak Hanna nak bagitahu akak. " Katanya. Nada dia sangat sayu dapa halwa pendengaranku.
"Ka.. Kakak pun banyak benda nak tahu daripada Hanna. " Aku Agak kekok untuk menggunakan gelaran kakak.
"Eh, Hanna dah sampai. " Mama tiba-tiba menjenguk dapur.
"Mama ajak Hanna? " Soalku.
"Aah. Mama tahu Dhi nak tahu macam-macamkan? Lagipun, mama dah minta tolong pada Hanna untuk bantu Dhi pulihkan ingatan Dhi semula. "
Aku terharu. Saat aku lari merasakan aku tak diperlukan. Mama sibuk mencari aku. Mencari ubat untuk aku. Tapi aku? Pentingkan diri sendiri. Buat orang risau. Ah, baru sekarang kau sedar? Kenapa kau tak boleh nak tahan sabar dengan Dayyan tu?
"Eh, kenapa ni? " Mama sedarkan aku.
"Terima kasih ma. " Ucapku. Tangan mama aku capai dan cium. Pasti mama penat fikir pasal aku."Isy, terima kasih apanya? Dah, tak payah nak berdrama dekat sini. Jom makan. Hanna tu dah lapar agaknya. " alah mama, spoil lah. Nak manja pun tak sempat.
Hanna hanya senyum. Kalau tengok gayanya, macam Hanna ni tak banyak cakap. Tak macam aku. Kalau dapat bercakap tu susah nak berhenti.
"Dhi, panggil Yan makan. Dia merajuk dengan mama tu. " Eii, gedik betul! Dengan mak sendiri pun nak merajuk.
Nak tak nak aku naik jugak pergi ketuk pintu si singa tu."Yan, mama ajak makan. Cepat! Mama kata mama kira sampai 10. Kalau tak keluar mama mangga pintu bilik Yan ni. " Ujarku dari luar. Memandai aje. Mana ada mama kata macam tu. Ah, biar dia keluar cepat sikit. Aku ni dahlah lapar.
Tak sampai 10 saat dia sudah keluar dari bilik. Muka cemberut tak hilang. Macam tu dia masuk, macam tu dia keluar. Ni tak sampai 30 tahun dah nampak penuaan dia. Muka macam ayam berak kapur tak sudah! Dia jalan tinggalkan aku. Eh, gaduh dengan awek janganlah libatkan aku. Dengan aku-aku sekali kau naik hantu dah kenapa? Aku turun. Lapar! Kang aku makan jugak si Dayyan ni.
"Hanna, makan. Banyak ni Bik Yam masak. Jangan malu-malu. " Kata Dinie. Amboi, kemain lagi abang ni. Suka kat adik aku ke? Aku ambil tempat sebelah mama. Aku rasa aku macam tak boleh renggang dengan mama.
"Dhi, nak makan apa? "
"Hmm, mama nak apa? " Soalku balik.
"Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Ambilkan mama ayam Bakar dengan ulam gajus tu. "Aku hanya tersengeh. Tanganku pantas mengambil makanan yang dipinta mama.
"Hanna, nak makan apa? Meh sini abang Dinie ambilkan. " Pelawa Dinie. Amboi, kemain lagi abang ni. Kalau suka pun kawallah! Naik segan dah si Hanna tu.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...