-28-

428 13 2
                                    


Hari ni! Hari ni!!! Gementar juga aku. Tambah lagi sebab bukan dalam negara sendiri.

Pagi-pagi lagi aku dah call mama minta restu dan doa. Mama kata jangan takut. Macam mana aku tak takut?

Kami sampai di SNU tepat jam 8.30 pagi. Wah, ramai jugak yang daftar masuk.

Aku di SNU hanya untuk tiga bulan. Dan seterusnya sambung diploma di Hanyang University. Begitu juga dengan Dayyan. Dan Iyara. Eh, apa kena mengena!?!

Selesai segala urusan, kami dibenarkan untuk masuk ke dalam hostel. Dayyan dan aku berpisah disini.

Aku masuk kedalam bilik yang menempatkan empat orang dalam satu bilik.

Boleh tahan. Kemas dan teratur.

Dan lagi aku terkejut bila roommate aku si minah blonde tu. Ahh, tak boleh terima! Tapi dia bukan buat salah apa pun dekat aku.

"Eh, you? Adik Dayyan right? " Tegur dia.

Aku berikan senyuman. Bapak punya seksi. Beristighfar aku dibuatnya.

"Yup. Hye! " Tegurku.

Aku bertegur dengan dua orang rakanku yang yang lain.

Lagi dua orang ni penduduk asal korea. Shin Min Ah dan Park Ha Ni. Sedap je nama mereka ni.

"*Annyeonghaseyeo.*Mannaseo banggawo. *Eodi wossoyo? " Soalku ramah. Bangga jugak aku dapat bertutur korea ni. Ngehehe.

"Mannaseo banggawo. *Jeoneun daegueseo wasseoyo. " Balas Park Ha Ni. Cantik sangat dia ni. Muka dah semestinya putih. Dengan mata bulatnya.

"*Jeoneun Jeju-doseo wasseoyeo. Neo? " Balas Shin Min Ah pula.

"*Jeoneun Malaysia wasseoyeo."

Dia mengangguk faham. Entah betul ke tak apa yang aku cakap tu. Main bantai aje apa yang aku ingat.

Aku bergerak ke almari. Nak susun barang. Esok dah mula program entah apa entah. Aku pun tak ambil tahu sangat. Yang pasti mesti program suai kenal.

Aku harap kehidupan aku dekat sini akan baik. Baik !

****


Petang itu kami semua dibawa oleh senior melawati bangunan-bangunan yang ada di sini. Penat aku dibuatnya. Dahlah besar. Kena jalan, naik tangga. Turun berat aku 2kg.

Memandangkan setakat ni kawan dari Malaysia aku cuma ada 3 orang, aku lebih rapat dengan mereka. Minah blonde a.k.a Iyara, Raihana dan Syakira. Itu ajelah kawan yang aku pernah bercakap selain dari roommate sepet dua orang tu.

"Dhi, kenapa kau punya nama ic dengan nama yang kau kenalkan dekat kami tak sama? " Tanya Syakira. Dah agak mesti soalan ini akan mereka tanya.

"Adalah. " Aku malas nak jawab. Dah penat berjalan ni rasa malas nak bercakap.

Dahlah panjang cerita aku. Nanti sampai esok pun tak sudah.

"Isy, kedekut. Nama sedap Hanna Humaira. Panggil Dhi. 'Dhi'mana dia, anak kambing saya.. " Syakira sengaja nak sakitkan hati.

Haih, sabar ajelah. Aku baru kenal dia tak sampai 5 jam. Tapi macam dah kenal 5 tahun. Peramah sangat mereka ni. Cuma minah blonde itu je kurang bercakap. Malas nak ambil port kot.

"Eleh, kau pun sama. Nama Syakira. Tapi panggil Kira. Kau nak 'Kira' apa? " Balasku pula.

Aha, jawab sekarang kau nak kira apa?

"Eh, standard lah kalau nama Syakira panggil Kira. Sedap apa. "

Heh, nama sendiri. Memanglah puji. Ada ke orang tak suka nama sendiri? Apa-apalah Kira oi.

"Can you guys shut up? Bisinglah. " Iyara menyampuk.

Sibuk ajelah. Kau tu yang macam tak ada mulut nak bercakap. Sukahatilah!
Aku dah Agak dah dia ni mesti style 'ajet-ajet' aje. Kalau depan Dayyan tadi, kemain gediknya. Tapi dekat kitaorang, haram!

Tapi salahlah kalau Syakira ni nak diam. Lagi dia bising ada. Mulut murai budak ni.

"Dhi, kenapa kai baru nak ambil diploma sedangkan umur kau 23. Kau tua dari aku 3 tahun kot. Aku pun ambil ijazah. " Ujar Syakira.

Kerek Minah ni. Tahulah aku lambat.

Tapi betul dia kata tu. Dia umur 20 tahun dah ambil ijazah. Sebab lepas SPM katanya sambung di INTEC selama setahun lebih. Sama juga dengan Raihana. Iyara tak pula aku tahu.

Aku ajelah yang baru merangkak nak dapatkan diploma. Kan Bagus kalau boleh terus skip ijazah terus.

"Tak semua yang kita nak, akan dapat dengan cepat. " Jawabku ringkas.

Benar tu. Ini pun aku cukup bersyukur. Hanna lagilah kesian. Tak dapat rasa apa yang aku rasa.

Cakap pasal Hanna, rindu pulak rasanya.

"Betullah tu. "

Kini kami diam. Suasana disini Agak bingit. Tak ada pulak si Iyara ni nak suruh mereka senyap. Pergilah suruh mereka senyap.

"Dhi, nanti malam lepak dorm kita orang jap. Bosanlah. Ada anak korea dua orang tu bukannya boleh bersembang sangat. Blur aje aku. " Ajak Raihana. Aku tergelak. Blur lah sebab bukannya faham sangat apa yang mereka kata.

Bahasa Inggeris mereka pun bunyinya sedikit berlainan. Jadi nak kena fokus betul-betul baru boleh faham.

"Tengoklah macam mana. "

"Tak payah nak mengadalah Dhi. You ada bilik sendiri duduk ajelah dekat bilik sendiri. Nak merempat bilik orang lain buat apa? " Iyara membangkang cadangan Raihana. Siap dengan jelingan maut lagi dia berikan dekat aku dengan Raihana.

"Mind your own bisness Yara. Sibuk!" Raihana membalas jelingan Iyara.

Apa-apalah korang oi. Aku tahu sekarang ni aku penat. Bila tour ni nak habis entah?


****



Translation

*Annyeonghaseyeo. - Hai
*Mannaseo banggawo. - Nice to meet you
*Eodi wossoyo? - asal mana
*Jeoneun daegueseo wasseoyo.- saya asal dari Daegu
*Jeoneun jeju-do wasseoyo.- saya asal dari pulau Jeju
*Neo - awak

JAUH [C]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang