"Hanna, kamu tidur sini ye harini. " Alu mama."Erm, tak apa Datin. Saya balik ajelah. " Hanna menolak lembut pelawaan mama. Alah Hanna ni!
"Ya Allah Hanna, berapa kali dah mama kata. Jangan berdatin-datin dengan mama. Tak apa. Hanna tidur sini. Lagipun duduk rumah tu sorang-sorangkan? Bahaya tau! Tidur sini boleh sembang-sembang dengan kak Aira. Kan?" Mama pancing Hanna guna nama aku.
"Err.. "
"Alah Hanna, tak payah err.. Err.. Harini Hanna tidur dengan Kak Aira ye? " Lawaku dengan senyuman. "Lagipun, boleh kita gosip-gosip. Hanna tahukan banyak Kak Aira nak tahu dari Hanna. Boleh ehh? " Pujukku. Aku nak tahu semuanya. Tentang abah,tentang mak,tentang abang,dan tentang Hanna sendiri. Semua aku nak tahu!
"Hmm,baiklah kalau macam tu. Tapi Hanna balik kejap ye? Nak ambil baju."
"Hanna,baju akak kan ada. Sudahlah. Jom masuk bilik" Aku dan Hanna bersalaman dengan mama. Mama hanya ukir senyum gembira. Gembira aku dapat bersama semula dengan Hanna mungkin.
****
"Besarnya bilik akak. " Hanna teruja tengok bilik aku.
"Ni bukan bilik akak Hanna. Semua dalam ni bukan akak yang punya. Semua tuan rumah ni yang punya. " Terangku. Tiada satu pun dalam bilik ni aku punya.
"Boleh Hanna tanya kak Aira? "
"Boleh Hanna. Akak pun ada banyak benda nak tanya dengan Hanna ni. "
"Macam mana akak boleh sampai sini? Maksud Hanna... "
Aku sampuk. Sudah faham apa yang bermain difikiran adik aku tu.
"Akak tak tahu kejadian sebelum ni cuma akak tahu, akak kena langgar. Masa tu Dayyan kata akak lari laju macam orang gila nak bunuh diri. " Aku terhenti dan tergelak. Ya, aku ingat lagi Dayyan tuduh aku nak bunuh diri. Walhal apa masalah aku lari macam orang gila pun aku tak tahu. Sedap je kata orang nak bunuh diri.
"Akak, mulut Dayyan tu memang errr... " Aku tahu Hanna takut nak cakap. Alah, aku dah kutuk dia setinggi gunung agaknya. Rilek je!
"Memang Hanna! Dia tu tak ambil lagi insuran mulut. Tu mulut macam longkang sikit. Tapi okey je dia." Terangku. Sempat puji lagi. Hanna hanya mengangguk.
"Lepastu,akak sedar-sedar, akak tak tahu apa-apa. Zero Hanna. Rasa macam baru lahir. Dan mama ambil akak sebagai anak angkat dia. Akak bersyukur sangat. Hanna bayangkan kalau tak ada sesiapa masa tu dengan akak. " Aku mula sebak. Ya,mungkin orang nampak aku kasar. Tapi hati aku siapa yang tahu? Saat tiada teman disisi, hanya tuhan menemani, dan saat itulah mata mengalir deras dengan air.
"Banyak kak Aira lalui. Hanna tahu akak seorang yang tabah. Hanna yakin, apa yang akak terima ni pasti ada hikmah." Nasihat Hanna.
Aku lap air mata yang jatuh dan senyum ke arah Hanna. Tangan Hanna yang dari tadi aku genggam aku usap lembut. Siapa sangka, aku dapat jumpa semula dengan darah dagingku sendiri.
"Hanna, ceritalah pasal mak, abah dan abang. Mereka sihat?" Soalku. Namun seperti biasa, wajah Hanna pasti berubah.
"Me..mereka sihat kak. Alhamdulillah." Hanna jawab ringkas.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...