Aku keluar bersama Hanna. Girls out day kononnya. Mula-mula Hairiel nak ikut, tapi ada kelas tambahan pula. Maklumlah, SPM candidate.Aku tiba-tiba teringin pula nak makan mee boat yang terkingkek-tingkek tu. Jadi penyelesaiannya, pergilah untuk makan.
"Hanna, bila nak kahwin? " Soalku tiba-tiba. Kalau ikutkan umur kami, memang dah layak untuk mendirikan rumah tangga.
"Apa akak ni. Sabar-sabarlah. " Jawab Hanna sambil lewa.
"Eleh Hanna. Orang lawa takkan tak ada orang nak? Dekat madrasah abi tu ramai akak tengok yang muka bercahaya. Tariklah satu. "
Benarlah tu. Ramai juga yang bermuka tampan. Lebih lagi bila mereka semua tu menuntut ilmu Allah. Menghafaz lagi. Memang bernur ajelah muka mereka.
"Isy akak ni. Kesitu pula. Kak, best ke kahwin? "
Eh soalan dia. Kbat sangat ni.
"Erm, bestlah. Dapat suami kot. Siapa aje yang tak suka. Lagi-lagi suami kaya."
"Eee, materialistiknya! "
Aku tergelak. Mana ada eh! Dah rezeki nak dapat suami CEO kan? Walaupun perangai macam monyet. Ahaha, monyet. Mati aku kalau dia tahu aku cakap dia macam monyet.
"Hai girls. " Tegur seseorang. Siapa pula yang nak bergirls, girls sangat ni?
"Abang. "
Oh, Fayad! No, abang Fayad?
"Nak join boleh? Lagipun dah lama rasanya aku tak jumpa dengan kau Aira. "
"Boleh. " Jawabku.
Nak juga berkenalan dengan abang angkat aku ni. Muka boleh tahan kacak. Cuma tak sekacak Dayyanlah. Hahah.
Fayad ambil tempat disebelah Hanna. Tapi muka Hanna nampak macam kurang selesa. Kenapa ye?
"So Aira, apa khabar? Seronok berkahwin? "
Haih, semua orang tanya seronok ke tak. Penatlah aku nak menipu.
"Of course seronok. Kahwin kot. Siapa je tak bahagia. " Tipuku. Bahagia apanya. Asyik bertekak aje dengan Dayyan tu.
"Seriously? Even kahwin paksa? No, I meant, kahwin sebab tertangkap dengan JAIS? "
Wah, makan dalam betul! Fayad ni tak puas hati dengan aku ke macam mana?
"Yeah! Mestilah bahagia. Walaupun mula-mula tu agak kekok. But now, everything okey. " Hush, bertambahlah dosa aku. Tapi bukan dosa pun. Aku tutup aib suami kot. Takkan nak cakap yang Dayyan ni suami yang tak bertanggungjawab?
"Glad to hear that. "
"Erm, abang Fayad ni umur berapa? " Soalku.
"Lah, tak ingat ke? Biar betul kau ni Aira? " Fayad mengerutkan dahi. Dia tak tahu lagi ke yang aku ni pernah amnesia?
Tapi pelik. Kenapa aku tak ingat langsung pasal lelaki depan aku ni? Yang lain semua aku ingat dah. Okey taklah semua. Tapi benda-benda penting semua dah tersemat dalam minda aku semula . Kecuali Fayad.
Boleh eh macam tu?
"Errr, tak berapa ingatlah. Im sorry. " Ujarku.
"It's okey. I'm 30."
Ouh, sebaya Dayyan.
"Hanna, abang Fayad, Aira nak pergi ladies kejap. " Aku bangun. Time-time macam ni pula nak terkucil. Kacau aje! Terpaksa aku tinggalkan Hanna bersama Fayad.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...