-40-

482 19 6
                                    


"Abah bukan ayah kamu berdua. "

Aku dengan Hanna terkedu. Ujian lagi ke ini ya tuhan?

"Apa maksud abah?" Tanya Hanna.

"Abah minta maaf. Tapi abah memang bukan abah kandung korang. Abah cuma tolong jagakan kamu berdua. "

Penerangan abah menambahkan pening dikepalaku.

"Kita balik dulu. Nanti abah terangkan semuanya. "

Kereta Waja itu mula meluncur membelah jalan raya.

Otak aku masih ligat memikirkan apa yang abah terangkan tadi. Bukan abah kandung? Habis tu siapa ayah kami? Siapa wali kami? Siapa yang bertanggungjawab ke atas kami?

"Masuk Aira. Inilah rumah Aira dulu. " Jemput abah.

Aku menurut. Mata aku liarkan memerhati segenap ruang.

"Hanna Humaira. Balik juga kau kan? " Satu suara yang sinis keluar.

Aku pandang seorang wanita 50-an itu. Mak aku ke tu?

"Mak? "

Aku yakin itu mak. Aku pernah nampak wanita itu dalam mimpi aku. Mimpi yang selalu buatkan aku keliru dengan perangai mak. Dalam mimpiku, mak sangat garang!

"Duduk Aira. Abah nak terangkan semua perkara pada Aira dengan Hanna. "

Ruang tamu sederhana besar itu menjadi tempat perbualan kami. Aku tertunggu-tunggu kebenaran disebalik kehidupanku.

"Abah rasa dah sampai masa kamu berdua tahu. Kami bukan keluarga betul kamu berdua. " Kata abah tertunduk.

Aku keliru. Berapa banyak keluarga aku nak ada ni? Cukuplah. Aku dah penatlah nak diuji lagi.

"Apa abah cakap ni? Abah yang jaga kami. " Hanna tidak dapat menerima hakikat.

"Betul. Memang abah jaga korang berdua dari umur 4 bulan. Tapi bersebab. Masa tu, umi korang sakit. Abi korang pula tak ada kerja tetap. Abah pula kawan kepada abi kamu berdua. Abah tolong dia jagakan kamu. "

Tak logik! Susah aku untuk terima semua ni. Kenapa perlu aku dan Hanna melalui semua ni? Kenapa?

"Takkan family kami tak cari? Abah jangan buat cerita abah. Walaupun abah tak suka kami, tapi janganlah buat kami macam ni abah! "

Hanya Hanna yang bersuara. Dia nampak sangat sukar untuk menerima semua ini.

Bayangkanlah kami umur 26 tahun baru tahu kebenaran ni?

"Kami tidak berhubung selepas sebulan Aira dengan Hanna duduk dengan kami. Abi terpaksa ditukarkan ke Sabah. Abah pula jauh merantau ke Terengganu. Masa tu kami susah. Kami tiada telefon untuk berhubung. "

"Tak! Hanna tetap tak percaya! Mak, tolong cakap benda ni semua tipu mak! Mak kan yang lahirkan Hanna dengan kak Aira? Kad pengenalan kami berbintikan Abu Yusuf. "

Betul juga tu. Dalam kad pengenalan, nama aku berbintikan Abu Yusuf. Itu nama abah.

"Abah taknak semua ni terbongkar. Masa tu abah tak fikir panjang."

Hanna yang menangis itu aku peluk. Kenapa semua ni jadi pada kami?! Aku tak kuat ya Allah.  Aku tak kuat!

"Sekarang mana keluarga kami abah? Aira nak jumpa abi Aira. Aira nak suruh dia jadi wali. " Ujarku.

"Abah tak tahu. Tapi abah ingat nama dia. Rais. Nama dia Rais Muhammad. Dan isteri dia namanya... Noor Saidah. Betullah tu. Abah ingat lagi. "

Aku rasa aku macam pernah dengar nama tu. Bukan ke itu nama ustaz Rais dan ustazah Saidah? Mereka ke abi dan umi aku?

JAUH [C]Where stories live. Discover now