-52-

428 20 2
                                    


"Yan, ambilkan kita ayam goreng tu." Suruhku. Seminggu lepas sudah pulang ke rumah umi dan abi. Minggu ini pula balik ke rumah mama dan papa. Indah sungguh setiap hujung mingguku dapat jumpa dengan orang tersayang.

Tiba-tiba aku dengar bunyi tawa meletus. Siapa lagi kalau bukan Dinie.

"Kau apahal bang dok gelak macam orang tak betul?!" Marah Dayyan. Bukan aku tak tahu kenapa Dinie gelak.

"Hahahha. Eyuuw, macam budak-budaknya! Kita? Hahaha. "

Tengok? Kan betul. Salah ke aku bahasakan diri aku sebagai kita? Haritu abi tegur. Jadi aku tukarlah kepada kita. Kan sweet sikit tu.

"Eh biarlah bini Yan. Sibuk aje abang ni."

"Ha, kau gelar diri kau apa pulak? Anja? " Gelakan Dinie masih tidak lagi reda.

"Anjing kau! "

"Isy kamu berdua ni. Gaduh aje. Dinie, biarlah mereka nak gelar apa-apa pun. Dah kahwin. Kamu tu yang solo memanjang. " Kini giliran mama menyampuk. Ambik hah abang Dinie oi. Itulah, kacau orang aje kerjanya.

"Eh mama. Dinie pula. Dinie nak fokuslah dulu pada kerjaya. Macam papa. Papakan kahwin lambat. Ye tak pa? "

"Eh, jangan nak naikkan nama papa. Papa kahwin lambat sebab ada orang tu jual mahal dengan papa. Dah suka nak berkias-kias. Mana papa faham ayat-ayat kiasan ni. " Pernyataan papa buat kami semua tergelak. Mama pula cemberutkan muka.

"Isy abang ni. Ungkitlah, ungkit. "

"Ma, pa. Mana elok masam muka depan rezeki ni. Jomlah makan. Isteri kita ni dah lapar. " Dayyan menghentikan pertikaman lidah mereka. Haih, ada-ada aje mama dengan papa ni. Sweet!

"Jomlah makan. Layan papa ni memang takkan habis. Aira, nak daging ni? "

"Tak apa ma. Mama makanlah. Kalau nak Aira ambil. "

Suasana di meja makan mula senyap. Semua sedang khusyuk menikmati makanan. Aku pandang daging masak asam pedas dihadapan papa. Nak ambil jauh sangat. Nak minta segan. Itulah, tadi mama hulur lagak sopan nak ambil sendiri.

Aku siku perlahan Dayyan yang sedang menyuap. Tolehan Dayyan buat aku senyum.

"Yan, kita nak daging tu lah. " Bisikku perlahan. Tak mahu bagi Dinie dengar. Nanti kena bahan lagi dengan abang tersayang tu.

"Daging asam pedas tu? "

Aku anggukkan kepala.

"Nak lauk pun berbisik-bisik bini kita ni. Haih. Abang, bini kita nak daging asam pedas tu. Meh hulurkan. "

Nak aje aku cili mulut Dayyan. Aku ingat dialah yang ambil. Ini pergi suruh Dinie tu kenapa? Malulah! Tengok tu,elok aje Dinie gelakkan aku. Bertuah punya suami!

Tengok Dinie tu dah tergelak besar. Memalukan! Dinie pun satu, tak payahlah nak gelak sampai macam tu. Bukannya panggilan tak elok.

"Korang, tukarlah nama panggilan tu. Tak payahlah nak kita, kita sangat. Loya teman mendengonye! Apa ingat panggilan masa kahwin umur lima tahu ke apa? " Gelak Dinie masih belum reda. Tangganya menghulurkan asam pedas yang aku pinta.

"Wife kita, ni lauk yang wife kita minta tadi. Nak kita cedokkan ke? " Dayyan sama join. Tapi tak pasti dia sengaja atau memang dia nak guna panggilan tu. Bila Dayyan guna, memang rasa meloyakan.

"Tak apa. Kita cedok sendiri. Terima kasih abang Dinie. Nanti-nanti gelaklah lagi. " Senyuman aku berikan pada Dinie. Senyuman bermakna. Namun Dinie langsung tidak pedulikan senyuman bermaknaku ini.
"Dinie, dahlah. Okey apa mereka macam tu. Mana tahu, cepat Dinie dapat anak buat nanti. Mama dengan papa pun dah tak sabar nak ada cucu baru. Ye tak Yang? " Papa sudah mula buka bicara bermaudhu'kan cucu,anak saudara dan anak.

Faham sangat apa yang mereka mahu. Mereka sama macam aku. Mahukan zuriat. Tapi mereka sudah sedia maklum dengan siapa aku berkahwin dan atas dasar apa perkahwinan ini. Aku terima Dayyan. Tapi belum tentu Dayyan terima aku. Mungkin perilaku Dayyan akhir-akhir ini menunjukkan dia mula mesra. Tapi bagaimana itu cuma hanya satu lakonan? Ataupun dia hanya anggap aku sebagai kawan?
"Aira, dengar tak papa kata apa? Termenung pula." Teguran papa buat aku celik. Hanya mampu berikan senyuman palsu.

Indahnya andaikata aku berkahwin atas dasar cinta. Bukan seperti sekarang. Merumitkan! Tapi siapa aku nak lawan takdir?

"InsyaAllah."

****

"Aira, duduk sini sekejap. Yan nak cakap sikit. " Dayyan menepuk tempat kosong diatas katil. Yan? Okey aku terima. Better then kau, aku.

"Nak cakap apa? " Aku ambik tempat di sebelah dia.

"Keluarga kita dah muka sebut pasal anak. Macam mana ni? " Soalan Dayyan buat otakku kosong. Dia juga sedang fikirkan benda sama juga rupanya.

"Manalah tahu." Ada ke pergi tanya masalah tu dekat aku? Hello Mr. Dayyan, saya ni perempuan! Malulah nak cakap tentang bab tu.

"Alah, Yan pun tak tahu masalahnya sekarang ni. " Dayyan menggaru kepala. Ya Tuhan dia ni, benda macam ni pun tak tahu?

"So? " Soalku.

"Are you ready? I meant, dah bersedia ke nak bersama secara batin dengan Yan? Yeah, tahulah kita ni kahwin macam manakan? No love. No couple. Aira adik angkat. And tiba-tiba boleh jadi isteri. Benda ni sangat- sangatlah awal untuk Yan. Dan Yan tahu ini juga sangat awal untuk Airakan? Tapi we don't have any choice. Nak tak nak kita terpaksa kahwin.

Yan pun tak tahu nak cakap macam mana. And now, our parents dah start cakap tentang baby. I'm blank. Deadly blank. " Panjang lebar Dayyan cuba terangkan kepadaku.

Ya. Aku tahu semua tu. Dia langsung tiada secebis rasa cinta. Rasa sayang. Mungkin hanya anggap aku sebagai kawan?

Nak kata aku mula jatuh cinta pada Dayyan? Entah. Aku sendiri tidak pasti dengan itu. Namun kegembiraan itu dapat aku rasa bila aku bersamanya. Bila dia sentiasa disisiku. Bila dia sentiasa cuba untuk melindungi aku. Bila dia tertawa. Semua itu datangkan kebahagiaan kepadaku.

Namun untuk aku katakan aku jatuh cinta, aku masih tidak pasti dan masih meragui.

"I know that Dayyan. Dan Aira rasa family kita faham. Don't think so much about that. Aira tahu Yan ada pilihan Yan sendiri. Iyara ada. Dan Aira tahu siapa Aira. Aira masih ingat punca perkahwinan kita. " Aku tertunduk. Air mata hampir menitis tapi aku tahan. Pedih sangat. Pedih bila berkahwin namun tiada erti cinta.

"I'm so sorry. Yan betul-betul minta maaf. Yan tahu tak sepatutnya Yan cintakan perempuan lain sedangkan Yan sudah ada isteri. Tapi rasa cinta tak dapat nak halang. Yan dah salurkan cinta ini pada Iyara. Dan tiba-tiba ini terjadi. "

"It's okey. Aira nak tidur dulu. Assalamualaikum. " Aku baring membelakangi Dayyan.

Air mata perlahan menurun. Sakit ya Allah. Sakit. Kenapa perlu Dayyan tuturkan kata-kata sebegitu? Aku manusia. Aku nak juga bahagia. Kenapa kebahagiaan itu belum muncul. Jauh lagi ke perjalanan yang sulit harus aku tempuhi? Bantu aku Ya Allah. Kau salurkanlah rasa cinta itu dalam mahligai kami. Kau penuhilah kasih sayang itu didalam masjid kami.

Kau kuat Aira. Jauh lagi perjalanan yang kau bakal tempuhi. Tapi kau bukan lemah. Kuat Aira!

JAUH [C]Where stories live. Discover now