"Dayyan betul-betul nak Dhi keluar? ""Tak. "
Ahh, susahnya lelaki!
"Aku taknak kau keluar sebab mama. Mama akan benci aku kalau kau keluar. " Jawab Dayyan tenang.
Jadi Dayyan memang nak dia pergi dari rumah tu. Pergi jauh dari keluarga dia. Tapi, cuma sebab mama dia tak halau aku. Hanya sebab mama Dhi.
Aku pejam mata. Sakit kepala aku dibuatnya. Kalau boleh saat ini juga dia nak minta pergi. Walaupun tiada hala tuju.
"Berhentikan Dhi dekat depan tu. Ada stesen bas. " Arahku. Aku rasa macam tak boleh hadap muka Dayyan.
Dayyan, kenapa kau benci sangat pada aku? Salah ke aku nak tumpang sedikit bahagia yang kau ada? Salahkah aku?
Namun, ujaranku tadi tidak diendah Dayyan. Perjalanannya masih diteruskan.
"Berhentikan ajelah Dhi. Dhi ni bukan sesiapa pun dalam hidup Dayyan. " Suaraku mula naik seoktaf.
Dayyan kerling Dhiyyan. Dia tahu bila Dhiyyan mula sebut nama penuhnya, Dayyan, pasti gadis itu sedang marah.
"Diam Dhiyyan Dalila. "
"Itukan yang Dayyan nak? Nak Dhi berambus dari rumah besar Dayyan tu? Kan? "
Aku marah? Ye, memang aku marah!
"Eh perempuan, aku tak nak kau keluar pun sebab mama aje tau. Sebab mama. Sematkan dalam otak kau tu. Kalau mama takde, dah lama aku campak kau. Biar jadi kucing kurap! "
Dum! Sakit. Sakit hati aku bila dia cakap macam tu.
Air mata aku mula mengalir. Kepala aku anggukkan menandakan aku faham apa yang Dayyan nak.
"Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat Dayyan. " Ucapku.
Kepala aku toleh kearah tingkap. Penat otak aku. Aku pejam mata. Ingin membuang segala kata-kata yang telah Dayyan ucapkan.
Namun, masih terngiang-ngiang apa yang Dayyan sampaikan tadi. Mungkin kalau mama tak ada, aku dah jadi apalah dekat luar sana.
Terima kasihlah mama sudi terima Dhiyyan.
****Dihujung penjuru bilik, Hanna memeluk lututnya. Entah kenapa, dia merasakan dunia kegembiraannya memang tiadak akan wujud.
Hanna teringat pada Dhiyyan. Tetapi tiada apa yang boleh dia lakukan. Puan Adilah juga sudah suruh Hanna berhenti kerja. Dan tidak dibenarkan keluar rumah. Tapi, paling menyeksakan, kehadiran Fayad.
Fayad! Si abang tak guna itu.
Entah lama mana Fayad berada dirumah itu pun Hanna tak pasti. Cuma yang pasti selagi adanya Fayad didalam rumah itu, hidup Hanna tak akan tenang.
Hanna menyembamkan mukanya kelutut. Saat ini, hanya tuhan dan air mata sebagai peneman dirinya. Tiada manusia.
Hati Hanna seakan ditusuk tajam dek sembilu. Perit! Dan yang pasti parut luka itu tiada siapa boleh ubati.
"Kak Aira, Hanna nak akak. Kenapa Hanna tak boleh bahagia macam akak? Kenapa mesti Hanna yang terima sakit ini akak? Kenapa? Tolonglah bawa Hanna sekali akak. Hanna tak sanggup. " Air mata Hanna kian deras. Bahunya terenjut-enjut.
Lagu tangisan itu melihatkan yang luka Hanna terlalu dalam. Tiada siapa dapat ubati.
"Akak.... Hanna taknak hidup lagi akak. Hanna tak nak. " Hanna bersuara lagi. Bunyi itu sayu pada halwa pendengaran.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...