-55-

452 19 1
                                    


Bahagia! Itu yang aku rasa sekarang. Entah kenapa, semenjak dua ini sikap Dayyan berubah. Lebih romantis. Lebih penyayang dan kata-kata yang keluar dari mulutnya selalu buat aku tidak henti tersenyum. Tapi gaduh-gaduh manja itu selalu juga. Bak kata orang tua, menguat kasih sayang.

"Sayang oi, cepatlah bersiap. Nanti lambat lah nak sampai. Siap macam artis. " Rungutan Dayyan dapat aku dengar dari dalam walk-in closet.

Aku masih melilau mencari baju yang nak dipakai. Dilemma nak pakai baju yang mana satu. Dayyan hanya berpakaian casual. Takkan aku nak pakai over-over pula. Akhirnya aku memilih untuk pakai blouse serta seluar slack berwarna putih. Okeylah kot?

Usai bersiap, segera aku turun ke bawah. Bukan aku tak tahu yang Dayyan sedang memprotes. Dia buka televisyen sekuat hati menunjukkan yang dia memprotes sebab aku lambat. Aduhai suami aku!

"Dayyan, okey tak? "

" Dah kenapa pakai semua serba putih? Baju punya banyak dalam bilik tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Dah kenapa pakai semua serba putih? Baju punya banyak dalam bilik tu. Pilihlah yang berwarna sikit. " Dah agak, mesti kena kritik punya! Ada aje yang tak puas hati.

"Alah, Yan tu semua hitam. Apa ingat nak pergi berkabung ke? " Jelingan aku berikan.

"Eh, mana ada semua hitam!"

"Eh, mana ada semua hitam!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Iyelah Encik Suami. Awak menang. Dahlah. Tadi kata lambat. Dah siap membebel lagi. Jom! " Aku laju melangkah. Tidak mahu lagi bertikam lidah dengan Dayyan. Sebab akhirnya aku akan kalah. Jadi baiklah mengaku kalah sebelum kalah.

"Yan, mama dengan papa tahu ke? " Soalku setelah berada di dalam kereta.

"Nama pun suprise sayang. Kalau mereka tahu, tak surprise lah. Cuba fikir dulu sebelum tanya. "

Aku tanya sikit aje. Jawab ajelah. Nak juga cari salah orang. Sajalah tu nak bagi aku marah.

"Orang tanya aje. " aku muncungkan bibir dan alihkan pandanganku ke sebelah tingkap. Merajuk!

Aku ingat Dayyan nak pujuk. Tapi dibiarnya aku layan perasaan merajuk ni sorang-sorang. Dia pula sibuk menyanyi. Nasib suara tu boleh diterima. Tapi aku yang tak dapat terima! Pujuklah!!!

Hampa! Dia buat tak tahu aje sampailah kami berada di destinasi yang di tuju. Aku dan Dayyan keluar dari perut kereta. Dayyan menghulurkan tangannya untuk aku sambut. Ingat aku nak sambut?

"Sayang oi,dah taknak ke tangan suami sayang ni?"

"Taknak. Cepatlah masuk. " Aku jalan tinggalkan dia dibelakang. Dah tahu merajuk, tak nak pujuk dari tadi.


****


"Tak, yang kau sekarang ni melampau sangat kenapa?! Eh sedarlah aku ni suami kau! Jangan nak biadap sangat! " Terkedu aku bila Dayyan tengking sebegitu rupa. Ingatkan dia dah okey. Entah apa anginnya sampai aku pun terkena tempias.

"Sekarang ni siapa yang biadap? Apa Aira buat sampai Yan nak tengking-tengking Aira macam ni? " Suaraku mula meninggi. Siapa tak sakit hati kalau tiba-tiba kena marah dengan suami sendiri. Aku sendiri tidak tahu punca berlakunya pergaduhan ni.

"Stop it Aira! Kau tak payah nak pura-pura baik. Aku ingat orang bertudung litup, berstokin, bersarung tangan, perangai baik. Tapi kau? Baik kau buka aje semua tu. Buang masa aje pakai! "

Pedih. Tajam sungguh kata-kata Dayyan itu. Air mata ingin aku alirkan namun cubaku tahan sedaya mampu. Tidak mahu tunjuk yang aku ni lemah.

"Eh apa kamu berdua ni? Bergaduh tak tentu hala? " Mama datang kearahku.

"Kau sini Aira! Eh, kau tak payah tunjuk baik depan mama. Depan papa. "

"Aira buat salah apa?! Hah? Yan jangan nak melampau sangat tau! Apa ingat Aira tak ada perasaan? Sesuka hati aje nak marah. " Tengkingku pula.

"Kau kan.. " Dayyan sudah angkat tangannya dan dihayunkan laju kearahku. Aku pejam mata menunggu rasa sakit yang bakal aku terima.

"Dayyan! Apa ni? Kenapa sampai nak tampar isteri kamu? Bawa mengucap Dayyan. Itu isteri kamu. Bukan patung. " Kali ini papa pula masuk campur. Mata yang tadinya terpejam rapat aku buka. Dayyan, mohon sedar!

"Kenapa papa tanya? Papa dengan mama tanyalah apa yang perempuan ni dah buat! Eh kau, dasar tak tahu malu. "

"Astaghfirullahalazim Dayyan! Apa ni? Apa yang Aira dah buat sampai kamu marah dia macam ni? Kalau dia salah, tegur ajelah. Tak malu ke gaduh laki bini depan mama dengan papa? Allahuakbar! " Mama sudah memicit kepalanya. Pening dengan pertelingkahan aku dan Dayyan.

"Fuck off! " Dayyan keluar rumah dengan emosinya yang masih marah. Aku diam. Malu. Malu bila di herdik sebegitu oleh suami sendiri. Tambahan lagi dihadapan keluarga mentua.

"Aira duduk sini. Mama dengan papa nak tanya. Apa yang berlaku sebenarnya ni? Sampai gegar atap rumah ni? " Tegas suara papa bertanya.

Aku hanya menundukkan pandangan. Mata hanya terarah pada lantai. Apa yang patut aku katakan? Aku sendiri tidak tahu apa salah aku padanya.

"I'm asking to you Hanna Humaira! " Gerun aku apabila papa panggil nama penuhku.

"Aira.. Aira tak tahu pa. Aira betul-betul tak tahu. "

"Mustahil Dayyan mengamuk tanpa sebab Aira. Jujur ajelah. Apa yang kamu dah buat sampai dia mengamuk macam tu sekali? " Mama pula yang mendesakku kali ini.

Jujur aku cakap aku memang tak tahu. Aku sendiri pun masih tertanya-tanya apa salahku pada Dayyan sampai amukan dia sebegitu sekali.

Sebagai jawapan, aku hanya menggeleng.

Tiba-tiba Dayyan masuk dan berdiri di sebelahku. Apa lagi yang dia mahukan? Apa lagi yang bakal keluar dari mulutnya? Apa lagi yang akan membelah hatiku?

"Mama, papa. I'm sorry. Yan tak dapat teruskan lagi. Yan betul-betul minta maaf. "

"Dayyan! "

JAUH [C]Where stories live. Discover now