-64-

599 17 4
                                    


"Mak, abah,  Fayad nak kahwin. " Ujarnya ringkas tidak berkias. Terkejut juga Encik Yusuf dan Puan Adilah. Mana tidaknya, dulu di suruh kahwin kata tak mahulah. Terbebanlah. Tiba-tiba aje ni.

"Ha, baguslah kalau macam tu. Bawa sini calon isterinya jumpa abah dengan mak. Kenal-kenalan. " Encik Yusuf berkata gembira. Tidak sabar dia nak dapat menantu baru.

"Betul tu Yad. Sini bawa jumpa mak. Mak nak tengok skill masak dia. Hebat ke tak. Nanti kalau dah kahwin dengan anak mak ni, tak adalah anak mak ni lapar kebulur. "

Encik Yusuf menyiku sisi isterinya. Ada pula kata sebegitu.

"Apa awak ni Dilah. Tahulah anak Awak pilih. Kalau tak pandai masak pun tapi Yad dah berkenan nak buat macam mana. "

"Iyelah. "

"Mak, abah, sebenarnya Yad.. Yad nak kahwin dengan Aira. " Fayad tertunduk selepas niatnya diberitahu.

Wajah Encik Yusuf dan Puan Adilah tegang. Hilang terus senyuman dan kegembiraan yang tadinya di zahirkan.

"Apa kau cakap Yad? Kau nak kahwin dengan Aira? Apa kau merapu ni Yad?! Aira tu dah kahwin! Lagipun dia tu adik kamu tahu! " Suara abahnya meninggi.

Apa ajelah si Fayad ni. Lupakah dia yang Aira tu dah kahwin.

"Ye memang Aira dah kahwin. Dan ye Aira adik Yad. But she just my adopted sister. For your information, Aira and Dayyan have been divorced. Itu sebab Yad nak kahwin dengan Aira. "

Terkejut besar Encik Yusuf mendengar apa yang terkeluar dari mulut anaknya itu. Sejak bila pula Aira bercerai? Kenapa tidak beritahu kepadanya.

"Kau jangan main-main dengan abah Yad! Bila masa pula mereka bercerai? Haritu abah tengok elok aje mereka berdua. "

Sebulan sudah ada dia berjumpa dengan anak dan menantunya itu. Baik sahaja mereka. Langsung tiada cacat celanya. Tup tup boleh bercerai pula?

"Itu hari tu bah. Bukan sekarang. Abah dengan mak bagi tak Yad kahwin dengan Aira? " Desanya lagi.

Bukan dia kesah sangat tentang restu ibu bapanya itu. Cuma sekadar nak memberitahu.

"Tak payahlah Fayad." Bangkang Puan Adilah. Bukan Fayad tidak tahu yang maknya bencikan Aira dan Hanna. Tapi ada Fayad kesah? Yang pasti Aira akan tetap jadi miliknya.

"Betul kata mak tu Fayad. Walaupun Aira dah bercerai sekalipun, kamu tak perlu kot kahwin dengan dia. Carilah lain. Abah rasa Aira pun dah anggap kau macam abang dia sendiri. Mesti dia tidak setuju. "

"Okey, how about Hanna? Boleh? " Tanya Fayad lagi. Kali ini sengaja dia menggunakan nama Hanna.

Baginya, Aira atau Hanna, sama sahaja dua-dua itu. Dia berkahwin dengan Hanna, Aira tetap akan jadi mangsanya juga dan jika dia berkahwin dengan Aira, Hanna tidak akan terlepas.

"Fayad, kau ni macam tak ada calon lain aje. Nak juga dengan perempuan dua orang tu. Dah kenapa kau ni? " Puan Adilah meninggikan suaranya.

Dia tidak faham kenapa mesti Fayad pilih Aira dan Hanna. Apa istimewa sangat mereka tu? Tengoklah sekarang, mentang-mentang dah jadi anak orang kaya, mak abah dia lupa. Dasar tidak kenang jasa.

"Mak, abah please. I just need one of them to be my life partner. I don't care. Abah dengan mak restu atau tidak, I don't care okey! " Lantas Fayad terus bangun meninggalkan kedua ibu bapanya.

JAUH [C]Where stories live. Discover now