"Dayyan, Aira tak buat Dayyan! Percaya Aira! Tolonglah percaya. " Aku merayu. Tangisan yang sedari tadinya kuat kini bertambah lebat. Aku tak salah. Betul aku tak salah!"Dah Aira! Aku ingat kau ni lain. Tapi tak ada bezanya pun dengan GRO. Kau bertudung litup ni semata-mata nak tutup sisi jahat kau kan? Cukuplah dengan lakonan baik kau perempuan! "
Aku ditolak jatuh oleh Dayyan. Allah, bagi aku kekuatan. Sunggu aku tidak tahu-menahu.
"Dayyan tolonglah Dayyan. Aira tak salah. Aira tak tahu pun yang Aira... " Tak mampu untuk aku lafazkan kata-kata itu. Pedih. Tuhan, kenapa saar kegembiraan itu dihadapan, engkau tarik ia semakin jauh? Jauh sangat. Aku tak mampu. Aku lemah Tuhan!
Pang!
"Berhenti cakap kau tak bersalah! Benda ni takkan jadi kalau kau tak sama naik. Sampai hati kau kan jadikan aku kambing hitam? Kononnya Haziq nak rogol kau. Padahal, takut temberang pecah. Perempuan jenis apa kau ni?! Berapa sangat Haziq bayar kau sampai kau sanggup gadaikan maruah kau pada dia?! Tak cukup ke apa yang mama dengan papa bagi?! "
Pipi pijar yang di lempang Dayyan tadi aku pegang. Bagaimana cara untuk aku buktikan yang aku tidak bersalah. Langsung aku tak pernah jual maruah aku pada sesiapa. Tak pernah.
"Arghhhh!!! " Badanku yang sudah jatuh di tolak Dayyan kuat sebelum dia meninggalkan rumah itu.
Aku masih lagi menangis meratapi nasib aku yang tidak sudah dikecewakan. Kenapa ya Allah kenapa? Apa salah aku Ya Allah... Kenapa semua ini jadi kepadaku? Aku tak kuat! Aku lemah! Aku luhur ya Allah!
Aku tekup mukaku pada lutut. Amarah Dayyan sedari semalam tiada reda. Bahkan lagi naik kemuncak. Sudah puas aku katakan yang aku tidak bersalah. Tapi dia lebih percayakan keadaan berbanding ungkapan.
Malam tadi, disaat aku baru ingin merasakan kebahagiaan, hadir satu angin kencang menggoyahkan. Saat pertama kali aku disentuh, saat pertama kali aku melakukan hubungan batin, dan saat pertama kali itu hancur sebegitu sahaja bila Dayyan mengetahui yang daraku sudah tiada.
Aku bukan bodoh untuk gadaikan maruahku kepada lelaki. Aku ingat apa yang aku lakukan. Tidak pernah lagi aku bersentuhan dengan mereka yang ajnabi bagiku.
****
"Kau memang laknat Haziq! Manusia jenis apa hah kau ni?! Perangai kau tak ubah macam iblis!! " Dayyan menghayun laju penumbuknya kearah muka Haziq.
Tidak dapat mengelak, pipi Haziq menjadi sasaran tepat tumbukan tersebut. Namun selepas itu senyuman sinis muncul di bibir Haziq.
"Kenapa ni bro marah-marah? Sampai merah muka tu. Cuba bawa bincang elok-elok. "
"Kenapa marah kau tanya?! Apa yang kau janjikan pada Aira sampai dia sanggup bagi badan dia dekat kau?!"
Ammarah Dayyan hanya dapat gelakan daripada Haziq. Haziq tahu, pasti ini akan terjadi sebaik sahaja Dayyan menyentuh Aira secara menyeluruh. Bodoh betul manusia ni. Senang sangat percaya pada keadaan.
" Aku tak suruh kau gelaklah iblis! " Satu lagi tumbukan dilayangkan tepat pada wajah tampak Haziq.
"Kau tu bodoh Dayyan! Aku pun bodoh juga! Bukan aku yang rogol dia. Aku tak sempat buat apa-apa pun. Eh, tipulah kalau tak sempat buat apa-apa. Sempat jugaklah aku rasa bibir manis. "
Lagi sekali muka Haziq dihayunkan penumbuk Dayyan.
"Tapi itulah. Aku cuma sempat rasa bibir dia aje. Yang lain, kau boleh tanya dia. Siapa yang pernah rasa badan dia. Yang pasti, orang itu aku kenal. Sebab dia datang dekat aku, ugut aku supaya jangan kacau Aira. Dan aku rasa orang tu sedang bertepuk tangan sebab kau dah salah pilih musuh. " Bahu Dayyan Haziq tepuk perlahan.
"Apa yang kau cuba cakap ni?! "
"Think with your brain. Yang pasti, aku tak pernah setubuhi isteri kau. " Haziq berlalu pergi meninggalkan Dayyan dengan kekusutan.
"Apa yang kau buat ni Aira?! "
****
Aku yang tertidur terjaga saat terdengan pintu dikuak dari luar. Dayyan! Dayyan sudah balik. Dari pagi tadi aku tunggu, malam hari dia balik. Tidak mengapa, aku tetap bersyukur.
"Yan. " Tangan aku hulur untuk menyalaminya. Namun langsung tiada huluran tangan dari dia.
Tanpa teguran, dia terus berlalu masuk kedalam bilik. Mukanya langsung tiada senyuman. Ketat! Aku membuntuti Dayyan dari belakang.
"Yan dah makan? Aira ada masak. Aira masak ikan tenggiri masak kari, sayur taugeh, lepastu ada telur masin. Kita makan jom. " Ajakanku itu hanya disambut oleh angin.
Muka aku langsung dia tidak pandang. Dayyan cuma menyebukkan dirinya dengan membuka butang kemeja.
"Yan, Aira dekat sini ni. " Tangganya cuba aku pegang namun ditepis kuat.
"Aku jijik nak terima sentuhan kau. Jangan berani nak pegang aku. Termasuk barang-barang aku. Dan kau boleh keluar dari bilik ni. Aku tak rela nak berkongsi katil dengan perempuan murah macam kau. " Dayyan berkata sebelum menghilangkan dirinya ke dalam bilik mandi.
Kata-kata Dayyan itu tertusuk laju ke dalam hatiku. Keji sangatkah aku? Hina sangatkah aku? Murah sangatkah aku? Sehinggakan suami sendiri berkata sebegitu. Tidak mahu membantah, aku keluar dari bilik itu. Aku bukan nusyuz sehinggakan perlunya pengasingan tempat tidur.
Aku menuju kearah dapur. Saji aku buka. Lauk langsung tidak berusik itu aku pandang. Dari tadi tidak makan. Agak-agak kalau aku sakit, Dayyan ambil kisah tak? Ah, jangan ulangi apa yang kau buat dahulu. Menyiksa diri sendiri aja.
Penuh kesayuan, aku makan makanan yang telah ku masak siang tadi. Bersulamkam air mata, aku kunyah perlahan nasi yang bagiku sangat sukar untuk hancur.
Hari ini, buat pertama kalinya, aku tidak tidur bersama Dayyan. Tiada bebelan dari si suami. Tiada belaian. Tiada gelak tawa. Hanya aku seorang berada di ruang tamu. Sunyi. Sepi. Hanya di temani dengan lampu dapur.
Saat bersendirian, saat tiada teman, dan saat itulah air mata menjadi teman setiaku. Teresak aku menangis. Namun tiada siapa memujuk. Tiada siapa menyeka air mataku.
"Aku tak ... sa..salah ya Allah. Aku.. Aku tak salah. To..tolong sam..paikan pada.. pada Yan ya Allah. " Aku terus menangis. Tiada reda. Sehingga aku terlelap tanpa tahu bila.
Di sebalik dinding, Dayyan hanya memerhati si isteri yang sedang menangis sayu. Hatinya berbelah bahagi. Dan dia memilih untuk terus menyalahkan si isteri.
"Cukuplah menipu aku Aira. "

ANDA SEDANG MEMBACA
JAUH [C]
RomansaCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...