Aku salam abah yang sedang berdiri. Rindu pada abah dan Hanna."Rindunya dekat abah! " Aku peluk abah. Sangat rindu. Bayangkanlah berapa tahun tak jumpa. La ni baru jumpa. Mahu tak rindu.
"Yela.. Dah ada abah lupa dekat Hanna. Hanna nak baliklah macam tu. " Hanna disebelah abah berkata.
Tergelak aku mendengar rajuk Hanna. Tadi dia yang ajak berjumpa. Lepastu nak meraju pulak.
KFC yang terhidang dihadapan mata masih tidak diusik. Aku memang tak terasa lapar.
"Makanlah abah, Hanna. " Jemputku.
Abah menjamah ayam goreng yang rangup itu. Gembira aku apabila melihat abah makan dengan penuh selera. Begitu juga Hanna.
"Kak Aira tak makan? Makanlah sama. "
"Tak apalah. Hanna dengan abah makan dulu. Akak dah kenyang makan sarapan tadi. " Bohongku.
Kali terakhir aku makan pun tengahari semalam. Pada malam semalam dan pagi tadi aku cuma minum air susu coklat.
"Yeke? "
"Ye. Hanna, abah, lepasni teman akak beli barang sikit boleh? "
Aku sampaikan hasratku. Aku nak ubah cara penampilan. Aku nak seperti Hanna. Walaupun Hanna tidak bergaya, namun auratnya dijaga rapi. Tudung sarung yang Hanna pakai melebihi dada. Baju pun longgar dan yang pasti, Hanna tidak pernah lupa untuk memakai sarung tangan dan sarung kaki.
"Barang apa? "
"Akak ingat, akak nak ubah imej akak. Akak malu bila aurat akak orang lain nampak. " Kataku sayu. "Aira buat abah berdosa. "
Aku teringat apa yang aku baca di internet semalam. Jika aurat terdedah, ayah, suami, abang dan adik lelaki turut terkena tempias dosa kita.
"Alhamdulillah. Bagus tu kak. Hanna sokong! Lagipun, mata galak lelaki-lelaki dekat luar tu bukan boleh pakai! " Hanna sokong hasratku.
Dia pula yang terlebih sukanya.
"Kalau akak nak tau, dulu akak jaga aje aurat akak. "
Aku terdiam. Dulu aku jaga aurat aku? Mungkin aku sekarang terlalu ikutkan trend terkini. Lihat ajelah, ramai wanita yang bertudung. Tapi tidak sempurna tudungnya. Dibelit sana-sini sampai terpapar bentuk dada. Termasuklah aku.
"Betul Aira. Kau dulu jaga aurat kau. Tapi tulah, kau bukan selalu keluar pun. " Abah menyambung.
" Alhamdulillah kau dah sedar. Abah tak marah. Abah yang gagal beri didikan agama yang sempurna untuk kau. Abah yang salah dekat sini. Maaflan abah ye? "
Terharu! Abah baik sangat dengan aku. Kenapa aku bagi abah dosa?
****
Aku sarungkan baju blouse muslimah melepasi punggung yang berwarna ungu. Aku padankan dengan seluar slack berwarna krim. Tudung pula aku lilitkan shawl berukuran dua meter. Aku pastikan tudung itu labuh dihadapan dan dibelakang.
Selepas berpuas hati, aku keluar dari bilik.
Pagi tadi mama dah ajak untuk pergi ke madrasah. Kalau dulu aku pergi dengan tudung pendek. Dan kali ini pemakaianku lebih sopan.
"Mama tak siap lagi abang? " Tanyaku pada Dinie yang sedang asyik menonton televisyen.
Kalau dah Dinie, korea ajelah!
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...