-38-

416 18 2
                                    


Kupon terakhir. Kupon menangis. Heh, ini yang tertunggu-tunggu. Nak buat mama dan papa menangis.

"Dayyan, silalah buat apa yang patut. " Ujar along.

Aku, Dinie dan along turun ke bawah pentas. Hanya tinggal Dayyan bersama mama dengan papa.

Mikrofon Dayyan ambil. Dan satu melodi sedih dipasang kedengaran di pembesar suara.

Aku anakmu
Yang hanya tahu untuk bergembira
Yang hanya tahu untuk meminta
Yang hanya tahu untuk melakar nama dipesada
Yang hanya tahu untuk berkata 'aku mahu'

Tapi dia, si bonda tercinta.
Yang beribu jasa
Yang berjuta kasih
Hanya turuti kemahuanku.

Langsung aku lupa
Sakit perit perut itu dikelar
Penat lelah meneran keluar
Tangisan kesakitan saat melahirkan
Aku lupa
Aku lupa semua itu kerana
Aku hanya berkata 'mahu'

Dan dia si ayahanda
Bersusah payah mencari rezeki
Pusing kepala berselirat masalah
Bersengkang mata demi mengumpul harta
Aku lupa.
Aku lupa semua itu kerana
Aku cuma hanya meminta.

Dayyan asyik berpuisi dengan nada yang sangat menusuk kalbu.

"Mama, papa. Kami semua minta maaf. Kami tahu kami bukan anak yang baik. Kami bukan anak yang seperti kalian pinta. Terlalu banyak kesalahan kami terhadap kalian. Kami degil. Kami sedar kami keras kepala. Kami minta maaf.

Mama, kami tahu peritnya sakit melahirkan, tapi kami tidak pernah merasai. Mama seorang yang amat kuat. Yang amat hebat kami pernah jumpa. Biarpun mama bukanlah seorang ustazah yang arif bab agama, bukan seorang doktor yang arif bab kesihatan, tapi mama adalah seorang mama yang arif tentang hal ehwal rumah tangga. Mama didik kami.

Mama didik kami dengan ilmu yang cukup. Cuma kami yang menyombong tidak mahu ikuti. Kami sayang mama. Terima kasih mama kerana korbankan diri mama demi kami. "

Sebak! Itu yang aku rasa. Benar kata-kata Dayyan itu. Sakit bersalin adalah sakit yang paling sakit. Dan mama sanggup berkorban.

Aku teringat pada mak yang melahirkan aku. Aku nak minta ampun. Aku terlalu berdosa. Tapi aku tak mampu.

"Papa. Dia seorang insan yang paling penyabar yang kami pernah jumpa. Kami buat salah, dia tegur dengan caranya tersendiri. Papa yang paling hebat. Semasa kejatuhan dahulu, papa tidak putus asa. Papa bangkit dari bawah sehinggalah syarikatnya gah dini hari.

Kami tahu papa penat, tapi kami degil. Masih lagi mahu membuat onar. Tapi papa sabar. Papa marah kami. Dan kami rasa saat itu papa sudah membenci. Kini kami sedar, itu bukan benci. Itu mendidik. Kami marah papa bila papa marah kami. Kami merajuk. Kami benci saat papa marah kami. Tapi kini kami tahu, itulah yang membuatkan kami menjadi manusia.

Papa, terima kasih sudi penuhi segala keperluan kami.

Kami nak kalian tahu, kami sentiasa sayang kalian walaupun dunia membenci. "

Aku nampak Dayyan mengesat air matanya. Well, dia juga manusia. Bukan robot yang tiada perasaan.

Mama bangun dan peluk Dayyan erat. Pelukan itu Dayyan balas. Dan kini jelas esakkan Dayyan yang disembunyikan tadi.

JAUH [C]Where stories live. Discover now