Dhiyyan terngiang-ngiang apa yang disampaikan oleh doktor siang tadi.Kalau diikutkan jangka masanya, dia boleh ingat siapa dirinya. Sekurang-kurangnya dia mungkin ingat tempat-tempat yang dia pernah pergi. Namun disebabkan tiada yang memberi sokongan untuk dirinya ingat semula, otaknya seakan tidak boleh untuk mengundur mengingati masa lampau. Dia juga tidak dibawa ke tempat-tempat yang ada mencoretkan kenangannya.
"Dhiyyan, Dhiyyan. Otak kau ni lembab betullah. Itu pasal la kau asyik kena marah je bila belajar dengan di Dayyan tu. Otak lembab sangat bergeraknya. Dia sendiri geram dengan pergerakan otaknya.
"Dhi, papa dengan mama ajak Dhi turun. Ada apa mereka nak bincang tak tahulah. " Tiba-tiba bik Yam sergah. Pintu bilik pun dia tak ketuk. Apalah makcik ni!
"Isy makcik ni. Ketuklah pintu Dhi dulu. Terkejut tau! Yeye, nanti sat Dhi turun. Kesian makcik naik atas semata-mata nak panggil Dhi turun. "
Dhiyyan turun selepas bik Yam meninggalkannya. Apa entah yang ingin dibincangkan.
"Pa, ma. " Tegurnya. Dia mengambil duduk disebelah Datin Uzaina.
"Papa ada benda nak bincang sikit ni dengan Dhi,dengan Yan." Kata Dato' Putera Zulkifli. Dayyan yang duduk di sofa hanya tayang muka bosan. Tiada adab betul!
"Nak bincang apa? "
"Since Dhi punya result untuk SPM sangat-sangat good, papa nak Dhi sambung belajar. "
Okey, speechless! Sambung belajar?
"Seriously pa? Dhi okey je. InsyaAllah Dhi boleh. " Senyuman dia tak dapat di kawal. Happy!
"So, ada cadang nak study mana-mana ke? " Soal Datin Uzaina.
"Hmm, tak tahulah. Follow Dayyan jelah. "
"Yan, nak ambik your master dekat mana? U sama? "
"I dont think so. Woi, kau nak sambung mana? Cakap ajelah dekat papa. " Bukannya dia tak tahu yang si Dhiyyan ni nak sambung pelajaran dekat mana. Nak ikut aku konon!
"Hehe, Dhi sebenarnya nak sambung dekat Korea. Seoul University. " Ujar niatnya.
Memandangkan dia sudah jatuh hati dengan negara korea itu, dia ingin menyambung pelajarannya ke negara empat musim itu.
"Korea? Ikut Dhi lah. So, Yan pun sambung sana juga ya! "
Dayyan membeku. Dah kenapa aku pun kena sambung sana jugak? Aku, akulah. Kena ikut dia dah kenapa?
"Follow dia? Perlu ke? " Sinis Dayyan membalas. Apa kes pulak nak sama - sama ni?
"Of course perlu! Sekurang-kurangnya ada Yan untuk tengok-tengokkan Dhi. "
Dayyan serabut.
"Baguslah! Lebihkan semua benda dekat anak pungut ni! Dahlah orang asing! " Dayyan bangun dan terus meluru lari ke biliknya.
Dhiyyan tersentak. Tajam benar kata-kata yang keluar dari mulut abang angkatnya itu. Namun dia cuba sedaya upaya untuk tidak mengambil hati dengan tomahan Dayyan.
"Allahuakbar mulut Yan ni. Dhi jangan ambil hati sangat ye dengan apa yang Yan cakap. Nanti papa ajar dia adab. " Ujar Dato' Putera Dzulkifli. Malu jugak dia dengan perangai kebudak-budakan Dayyan.
"Eh, tak apalah pa. "
****
"Kak, jangan tinggalkan adik! Akak! Tunggulah! " Jerit seorang perempuan sekuat hati.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...