"Ha.. Hanna" Tegur gadis itu. Hanna?"Ahh, minta maaf. Awak boleh ambil dulu. " Aku bagi senduk itu padanya. Namun,reaksi dia tidak langsung berubah. Dan tiba-tiba air mata dia mengalir.
Weyh,aku ambil ayam je. Janganlah nangis. Ah sudah!
"Ka..kau tak ingat aku?"
Ingat dia? Aku jumpa dia pun tak pernah.
"Kakak, ni aku! Hanna! Kau tak ingat ke? " Kakak?
Ye, aku lupa aku hilang segala ingatan aku. Dan kakak? Mimpi! Dia... Dia adik aku?
"Hanna? " Ya, aku masih keliru. Siapa dia? Siapa diri aku?
Gadis itu terus membawaku dalam pelukannya. Terdengar tangisan itu jelas di telingaku. Ahhhh, kenapa aku langsung tak boleh ingat siapa diri aku?!
"Hanna? " Along tegur gadis itu. Sempat dia bertanya aku kenapa menggunakan isyarat muka.
"Kak Delina. " Hanna meleraikan pelukan itu.
"Kenapa ni? "
"Ah, tak.. Tak ada apa-apa." Dalihnya. Aik, dalih pulak? Tadi kemain peluk aku?
"Jom, cerita dekat akak. I know ada something yang tak kena. "
Aku dan Hanna hanya mengikut Along dari belakang. Along masuk ke dalam surau. Aku pun ikut ajelah.
"Ada apa-apa nak cerita dekat akak? " Mata Along terarah pada Hanna. Ish, tak fahamlah! Serabut pulak otak aku.
"Di..dia kakak Hanna." Tiga perkataan itu membuatkan Along terkejut. Siapa aje yang tak terkejut.
"Dhi kakak awak? "
"Dhi? Nama dia Dhi? " Aku rasa Hanna macam dah salah orang.
"Nama Dia Dhiyyan. Dhiyyan Dalila. Tapi bukan nama betul. Dhi kena langgar. Jadi mama akak ambil Dhi sebagai anak angkat. Jadi, betul ke Dhi ni kakak awak? " Along tanya dengan nada yang agak serius.
"Ya, dia kakak saya. Nama dia Hanna Humaira Kami kembar. "
Penat. Dan tiba-tiba kepalaku sakit. Ya, untuk kali kedua aku rasa sakit kepala yang amat-amat sakit.
"Ahh.. " Aku memegang kepalaku. Tak boleh nak fikir apa dah rasanya.
"Dhi, are you okey? "
Dan akhirnya semua jadi gelap. Aku tenggelam dengan kesakitan ini.
****
"Kakak! " Aku perhati wajah itu. Wajah itu menunjukkan bahawa dia terlalu banyak masalah. Aku nak cakap tangan dia.
"To... Tolong adik! Tolong Hanna kak..."
Aku berlaku mencapai tangan itu. Namun, semakin laju aku lari, semakin jauh figura itu pergi. Kenapa?
Dan aku ditinggalkan seorang diri dalam tempat gelap ini. Tiada jalan keluar. Cuma ada tangisan yang tak henti meminta pertolongan.
****
Aku buka mataku perlahan. Saat cahaya menembusi retina, aku kembali pejam. Sakit mataku dibuatnya . Namun beberapa saat kemudian aku buka kembali. Aku perhati sekeliling. Ada mama yang sedang tidur. Dan ada Dayyan.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...