-47-

423 19 1
                                    


Sebulan berlalu. Aku masih dengan kehidupan aku. Tak bahagia dan tak pulak derita. Sedang-sedang gitu. Dayyan masih sama. Tiada perubahan. Eh eh, ada. Dia makin nakal dan suka sakat aku dengan benda-denda yang menaikkan bulu roma. Boleh dikatakan yang dia semakin sweet?

"Aira, aku pergi kerja dulu. Kau kunci pintu. Semalam aku balik, kau dekat atas dengan pintu tak berkunci. Kang kau hilang menyusahkan aku tau. " Dayyan membebel sambil menyarung stokin.

Okeylah, aku tarik balik yang semakin sweet tu. Dia semakin ambil berat tapi bahasa sangat kasar. Mulut dia tu kadang tak tahan. Cubalah cakap yang baik-baik aje.

"Iye. Semalam Aira pergi ambil phone kejap aje dekat atas. Itupun nak bising sampai sekarang. Semalam tak puas lagi ke bebel dekat orang? "

Yes aku mengaku tu salah aku. Tapi kejap aje kot. Nak ambil phone je.

"Ha eloklah. Orang care salah. Lepasni lantak kaulah nak buat apa. Aku tak kesah. Dah aku pergi dulu. Tak payah tunggu aku. Aku balik lambat. Nak tengok site lepastu nak masuk pejabat balik settlekan pasal projek baru. " Dayyan berlalu ke kereta menonong. Langsung dia tak hulur tangan. Sebelum ini dia hulurkan tangan untuk aku salam. Merajuk betul agaknya. Haih cik abang oi...

Aku berlalu jalan ke kereta. Tingkap aku ketuk.

"Nak apa? " Nak tak nak Dayyan bertanya sambil membetulkan rambutnya di cermin.

"Orang minta maaf. " Pintaku. Muka aku tundukkan. Malu rasanya bila dah buat suami sendiri marah.

"Hmm. " Dayyan langsung tak menoleh.

"Yan, orang minta maaf. Ye orang salah. Orang tak dengar cakap. Orang degil. Maaflah. " Rayuku lagi. Rasa macam nak nangis bila suami tak mahu memberi kemaafan. Macam mana kalau aku mati kejap lagi?

"Hmm. "

Okey ni betul-betul buat aku rasa sebak. Janganlah macam ni Yan.

"Yan... Orang minta maaf. Maaflah." Aku sudah teresak sendiri. Fikiran dah jatuhkan kesalahan pada diri sendiri. Nusyuz ke aku?

"Yan.. Min.. Minta maaf.. Nan..ti ka..kalau orang ma..ti nanti ma..suk ne..raka.. Ma..afkan..lah o..orang.. " Aku berkata sambil menangis. Macam budak kecik ke? Takkan?

Aku dengar keluhan Dayyan. Masih marah? Aku taknak jadi isteri nusyuz. Nanti tak cium bau syurga.

Dayyan keluar dari kereta. Kini dia betul-betul dihadapanku. Segera aku cakap tangannya dan memohon maaf lagi. Air mata masih belum berhenti.

Terasa kepala aku diusap sebelum Dayyan menyuruhku tegak semula.

"Orang minta maaf. Orang degil. Kalau Yan suruh orang melutut pun orang sanggup. Janji Yan maafkan. Yan.. "

"Hey dahlah. Ye aku dah maafkan kau. Aku suami kau aje. Bukan tuhan sampai kau nak melutut semata-mata nakkan kemaafan. Dah jangan nangis. Aku dah maafkan. Jangan risaulah. " Kata Dayyan sambil membawaku kedalam pelukannya.

Nyaman. Tenang. Itu yang aku rasa. Hati yang gusar tadi hilang serta-merta bila aku didalam pelukan suami.

"Tak payah pergi kerja boleh? " Bisikku perlahan.

"Tak bolehlah Aira. Aku nak cari duit. Lagi aku ni ketua tau. Kalau aku selalu tak datang, macam mana pekerja bawah aku nak disiplin. " Dayyan masih lagi tenang berkata.

Keluh aku lepaskan. Aku keluar dari pelukan Dayyan. Matanya aku pandang.

"Sehari aje. Boleh? " Masih lagi memujuk Dayyan supaya tidak pergi kerja harini.

JAUH [C]Where stories live. Discover now