-19-

508 24 3
                                    


Tanganku ligat melipat baju-baju yang ingin dibawa. Memandangkan tidak lama lagi aku dengan Dayyan akan melanjutkan pelajaran ke negara orang, mama sepakat nak buat family gathering. Huhh, tak sabar jugak nak jumpa dengan adik beradik belah mama dan papa.

Kata mama, dia dah tempah hotel di Langkawi. Aku pun tak sabar rasanya. Dekat 2 tahun duduk sini, tak pernah lagi pergi bercuti jauh-jauh.

Luggage yang sarat itu aku zip. Hah! Dah settle! Kakiku melangkah meninggalkan bilik. Nak kacau abang Dinie lah.

Tok.. Tok..

Selepas arahan masuk, aku melangkah kedalam biliknya. Pintu aku biar ternganga.

"Dah selesai ke abang? "

Dinie yang sedang bersantai itu aku tegur. Cepatnya dia siap.

"Alah, lelaki Dhi. Bawak apa aje pun. Tu hah beg abang. " Muncungnya menunjukkan beg kecil.

Heh, kecik tu aje? Berapa baju aje yang muat nak letak dalam luggage besar tu?

"Seriously? Dhi punya beg dua kali ganda besar tau dari beg abang. "

"Alah biasalah perempuan. Yang adik-adik pun dah berapa. Yang luar lagi. Tudung, make up. Complicated betul! "

Ewah sedap dia aje kata complicated? Dia tak tahu ke nanti dia bakal kahwin dengan seseorang yang berjantina perempuan? Bukan lelaki tahu!

"Alah abang!" Aku berinya jelingan.

"Eh, yang Dhi sibuk masuk dalam bilik abang ni dah kenapa? Dah siap pek ke barang-barang Dhi tu. Nanti sikat tinggal, baju tinggal, adik kecik tinggal."

Aduh,berbahang muka aku! Adik-adik kecik tak payah sebutlah abang Dinie oi!

"Dah siaplah. Dhi bosan duduk dalam bilik tu. Mama dengan Papa pun dah masuk bilik. Dayyan entah tak tahu. Tu yang kacau abang ni." Terangku.

Bosankan? Bayangkanlah aku aje sorang-sorang duduk dalam bilik sebesar alam tu? Uish, tak ada life aku rasa!

"Eleh, rindu abang cakap ajelah!"

Dinie tayang muka riak. Muka mintak kaki pun ya jugak. Perasan!

"Ceit! Maaaana ada! Secebis rasa rindu pun tak ada tahu! "

Betul eh, aku sikit rasa rindu pun tak ada. Rindu aku dekat Wadeen Thaqif aje.

"Abang, err Dhi nak tanya sikit. Tapi abang jangan gelakkan tahu!"

"Apanya? "

"Errmm, abang dah lama kenal Thaqif? " Soalku. Itu tujuan sebenarnya aku jumpa Dinie. Biarlah orang kata bagai perigi cari timba. Dah suka, nak buat macam mana.

"Ouh, jumpa abang sebab nak tanya pasal Thaqif ke? Lama tak lamalah. Semenjak mama ada joint satu group amal ni, semenjak tu mama rapat dengan auntie Rina. Dan semenjak tu jugak, abang dengan Dayyan rapat dengan Thaqif. "

Aku mengangguk mendengar penerangan Dinie.

"Dia memang pendiam? "

"Not really. Dia diam bila jumpa orang baru. Dengan Dayyan dan abang, dia okey aje. Cakap pun rilek-rilek aje. "

Huh, kan Bagus kalau dia rilek-rilek aje dengan aku. Ni tak, mulut tu macam ada jongkong emas!

"Ni Dhi tanya banyak-banyak ni dah kenapa? Suka ehh? "

JAUH [C]Where stories live. Discover now