-42-

481 21 3
                                    


Hari ini aku bakal bertukar status. Huaah, tak sedialah! Lagi-lagi jadi bini kepada mamat singa kelaparan ni. Tak terbayang aku macam mana hidupku bertukar selepas ni. Oh no!!

Akad nikah akan dilangsungkan di rumah abi. Mama suruh buat di rumahnya tapi abi menolak.

"Cantik kak Aira harini. " Puji Hanna.

Hanna selalu jadi menguat semangatku. Yang selalu mendengar keluhanku.

"Cantik apanya. Biasa-biasa aje. Alhamdulillah. " Kataku berendah diri.

Aku cuma pakai baju gaun putih yang berlace. Dan tudung shawl putih aku padankan. Simple. Make up? Aku cuma calitkan gincu ikut warna kulit dan bedak. Itu aje. Tak ada masa nak bersolek sampai 5 inci tebal. Getik aku!

"Akak, akak sabar eh. Hanna tahu semua yang jadi pada akak ada hikmah. Tengok, kita dapat jumpa abi dengan umi. "

Aku tahu Hanna nak suruh aku redha atas apa yang berlaku padaku.

Jangan risau Hanna sayang, akak dah lama redha. Cuma akak takut. Apa yang akan berlaku pada kehidupan akak untuk hari-hari seterusnya.

"InsyaAllah Hanna. Hanna doakan yang baik-baik ye untuk akak. Terima kasih sebab Hanna sentiasa ada bila akak perlukan sokongan. Sayang sangat adik akak sorang ni. "

Pipi Hanna aku cubit manja.

"Hm, kak Hanna ajelah yang kau ada kak. Aku ni hmm, sikit pun tak pandang. Untunglah kak Hanna. " Entah bila dia masuk bilik aku, aku pun tak pasti. Alahai Hairiel ni. Comel aje. Umur dah tua pun nak gedik-gedik dengan aku.

Aku dan Hanna tergelak dengan sikap mengada-ngada Hairiel.

"Betul apa. Hanna yang sentiasa bersama akak tau. Kau tu ada bila nak sesuatu dari akak kau ni je. " Balasku pedas. Haha, bukan tak tahu perangai Hairiel ni. Dua hari lepas minta aku belanja dia makan dekat secret recipe. Nak makan spageti oglio olio katanya. Mulalah dia membodek. Tolong buatkan air bagai. Cirit podah betul!

Tak boleh pakai punya adik. Habiskan duit aku aje. Ingat murah? Nasib baik ada duit yang aku simpan. Aku dengan kerja pun tak ada.

"Hoi! Sampai hati kau kutuk aku macam tu kak? Aku inilah adik yang baik. Yang memahami. Yang saling kasih mengasihi. Aku sanggup bergadai segalanya tau demi keluarga. "

Okey, dah mula dah janji-janji manis, manis, masam dia tu. Tapi kesudahnya tawar. Boleh jalanlah dengan kata-kata madah kau tu.

"Iyalah adikku sayang,intan permata si jiwa murni. Akanku kenang segala jasa baikmu wahai adik."

Kahkah! Aku pun dah join otak gila di Hairiel ni. Nasiblah dapat adik gang otak masuk air ni. Tapi best apa. Boleh hilangkan stress. Tak macam abang Haffiz,bercakap pun tak banyak. Alim sangatlah pula. Tak suai jadi abang aku yang perangai aci redah ni.

"Baguslah. Dah nak jadi bini orang pun perangai sewel akak ni tak hilang. Nanti dah jadi bini orang, behave sikit perangai tu. " Hanna disebelahku berkata.

Alahai Hanna, biasalah kakak kau ni. Kesah pulak aku nak jadi bini orang ke apa. Dah aku macam ni. Kenalah terima aku seadanya.

Cakap pasal kahwin, lagi berapa minit aje ni nak bermula. Aku masih didalam bilik. Sedang tunggu rombongan lelaki sampai. Lembab betul!

"Eleh, bini orang madu orang, sukahati awaklah. Dia kenalah terima. Kalau tak, tak payah kahwin." Ujarku dengan bibir terjuih.

"Fulamakkkk, ada hati nak bermadu akak aku ni. Ui, tak sabar nak jumpa madu kau kak. "

JAUH [C]Where stories live. Discover now