Hanna sibuk mengemas meja yang sudah tiada pelanggan. Walaupun Encik Rais menghalang, namun Hanna menentang lembut. Mahu cari rezeki sendiri katanya. Tidak dapat membantah, akhirnya Encik Rais hanya bersetuju."Hanna, I need to talk to you now! Aku tunggu dekat luar. " Tanpa salam, Fayad berkata selamba.
Keluhan Hanna kedengaran. Dia tidak tahu apa lagi yang dimahukan oleh lelaki yang bernama Fayad itu. Tidak sudah mengganggu.
Mahu tak mahu, Hanna keluar untuk berjumpa dengan abangnya selepas dimaklumkan pada rakan sekerja.
"Abang nak apa jumpa Hanna ni? Rasanya kita dah tiada apa-apa yang perlu dibualkan. Hanna pun dah bahagia bila abang tak ada. Hidup Hanna aman. " Tanggan Hanna bersilang sewaktu berkata. Ya, kini dia sudah kurang rasa bimbang terhadap Fayad kerana masanya kini hanya dihabiskan dirumah keluarga kandungnya sahaja.
"Wah, sombong ya kau sekarang? Tak apalah. Aku pun dah tak selera dengan kau. Cuma aku nak bagitahu ni, suruh kak Aira kau tu hati-hati. "
"Abang jangan nak buat kerja bodohlah! Akak dah bahagia dan abang tolonglah jangan kacau dia. "
"Bahagia? Aku tak rasa yang abang ipar kau tu dah pernah sentuh dia. Sebab apa? Sebab dia tak mengamuk. Sebab apa dia tak mengamuk? Sebab dia tak tahu lagi yang kakak kau tu sebenarnya dah kena tebuk." Fayad berkata bersama senyuman sinisnya.
Senyuman Fayad buat hati Hanna menggelodak marah. Ikut hati, mahu sahaja dia menampar muka lelaki itu.
"Kau cuma perlu cakap atau ingatkan dekat kakak kesanyangan kau tu, supaya BE CAREFUL! Tak aku, ada orang lain yang akan buat dia macam aku buat. Tapi rasanya orang tu pun akan kecewa bila dapat tahu yang kakak kau tu dah tak suci. " Fayad berbisik ditelinga Hanna. Disertakan juga dengan satu gelakan mengejek.
"Untung aku. Orang pertama. Hahah"
Rahang Hanna bergerak menandakan marahnya yang kemuncak. Melihat figura Fayad yang semakin menjauh, buat dia bimbang tentang kakaknya. Apa yang dirancang oleh lelaki itu? Hanna tidak dapat meramal.
****
"Yan, boleh tak esok kita nak pergi office? " Dayyan yang sedang khusyuk menonton televisyen itu aku tegur. Namun matanya langsung tidak beralih. Khusyuk sangat menonton drama korea sampai isteri dekat sebelah pun buat tak nampak.
"Yan.. Dengar tak? " Lengannya aku goncang sedikit.
"Ye dengar. Buat apa nak pergi office Yan? Bukan ada apa-apa pun dekat sana. Lagipun petang esok Yan kena pergi site. " Katanya. Namun sedikit pun katanya tidak beralih dari televisyen yang sedang menyiarkan drama korea yang bertajuk Let's Eat Season 3.
"Bolehlah. Bosanlah Aira duduk rumah ni sorang-sorang. Boleh eh? " Suara sengaja aku lirikkan. Muka aku comelkan supaya Dayyan terima permintaanku.
"Isy dia ni. Okeylah. Tapi jangan nak bising-bising bosan ke apa ye. Dekat office nanti tak ada masa Yan nak layan Aira. Bertimbun kerja. And lagi satu, jangan nak jealous. Sebab PA Yan perempuan. Cantik. Seksi. Menawan. Kalau Yan terlayan dia lebih sikit jangan cemburu tau. "
Eh suami aku ni. Mahu tak cemburu. Suami sendiri kot! Ingat aku ni tunggul ke tak ada perasaan?
"Mana boleh! Yan kita punya. Bukan PA Yan punya. Jangan nak menggedik lebih-lebih ye. Ingat sikit Yan tu dah kahwin. Report dekat mama baru tahu! " Marahku. Bukan marah, cakap je.
"Eleh. Baru cakap dah sibuk bising. Esok jangan mengamuk sudah. Eh, mama dah kenallah PA Yan tu. Tak herannya mama kalau Aira nak mengadu pun. Mesti mama backup PA Yan tu. " Mukanya bangga seperti menunjukkan yang dia betul-betul suka pada PAnya. Ah, belakon kuat Dayyan ni.
"Tak kisahlah. Aira nak ikut juga. Pandai-pandailah Aira nak buat kalau ada yang merenyam dengan PA dia. " Jelingan tajam aku berikan sebelum bangun untuk ke dapur. Lapar pula rasanya bila bercakap dengan Dayyan ni. Tambah pula dengan drama korea yang memaparkan mukbang. Saja aje tau drama Let's Eat ni. Buat orang lapar bila tengok mereka makan.
"Ui, pergi mana tu? "
"Dapur makan! Cakap dengan suami dapat makan hati aje. Tak kenyang. " Aku berlalu. Terdengar tawa kecil Dayyan. Gelakkan akulah tu.
"Isteri sayang, buatkan kekanda air kopi ye. "
Banyaklah dia punya kekanda! Nak suruh buat kopi ajelah yang dia bodek. Kalau tidak, gaduh aje kerjanya.
Aku bancuh air kopi untuk Dayyan sementara menunggu roti Bakar masak. Bau aroma kopi ni buat aku nak minum juga. Tapi sebab tak mahu tempah sakit, aku kuatkan iman. Naya kalau minum kopi sampai secawan. Pagi esok mesti angin penuh satu badan.
"Nah kopi Yan. " Aku kembali duduk di ruang tamu. Roti Bakar yang disapu Nutella aku gigit sedikit. Bila tengah lapar, semua pun sedap walaupun hanya roti bakar. Roti bakar bila lapar pun rasa dah jadi macam ayam bakar perap.
"Nak kopi ni? " Dayyan hulurkan kopi dengan sengihan mengejek. Isy, kurang asam! Dah tahu aku ni suka kopi tapi tak boleh minum, lagi dihulurnya.
"Air arang nak?! " Balasku geram. Saja aje nak cari gaduh.
"Alah, itupun marah. Orang tanya aje. Kot-kot nak. "
"Nak tengok kita sakit ke apa? Dah tahukan Aira tak boleh minum kopi. Lagi nak hulur. Nanti kalau sakit kata mengusahkanlah, apalah. Menyampah betul! " Aku membebel kuat. Tapi langsung tidak berkesan pada Dayyan. Lagi dia suka adalah! Saja nak naikkan darah aku.
"Alah isteri kita ni. Janganlah marah adik manis. Nanti Yan carikan kopi yang tak ada kafein ye. "
Nak kata bengap tapi jadi CEO. Nak kata bebal berdosa pula, suami sendiri. Memang aku beli hadiah termahallah kalau dia dapat jumpa kopi yang tak berkafein.
"Carilah. Kita pun gian rasanya nak minum kopi. Lagi-lagi yang tak berkafein. Kalau Yan jumpa, jangan lupa share nama kedai tu ye. Nak belikan untuk semua rakyat Malaysia. " Satu lagi jelingan aku hadiahkan. Main-mainlah Dayyan ni!
"Okey. Yan cari ye sayang! " Seperti malas mahu layanku, dia sambung menonton televisyen yang masih memaparkan cerita yang sama.
Sayang? Dayyan sayang aku ke? Betul ke dia sayang? Ikhlas ke sayang tu? Ahh, kau jangan terlalu mengharap. Siapalah engkau Aira, sampai dia nak tabur rasa sayang itu pada kau. Kau tu cuma teman halal baginya sahaja. Mana mungkin ada rasa sayang itu untuk kau. Jangan menagih kasih sayang dia Aira. Nanti kau yang terluka.
Aku keluh sendiri menentang dengan kata-kata hati.
YOU ARE READING
JAUH [C]
RomanceCerita aku 2 dunia yang berbeza. Aku tak tahu apa yang perlu. Aku cuma mampu tunggu dan tunggu sehingga sampai waktu itu. Hati yang tiap hari menangis langsung tak ku hiraukan. Kerana tiada apa yang mampu aku lakukan. Kerana ia terlalu JAUH. ...