-63-

587 19 3
                                    


Setelah beberapa belas jam aku berada di udara, akhirnya kaki kini menjejakkan pada tanah tuhan. Kapal terbang telah mendarat di Naples Airport. Suasana tenang dan sejuk telah dapat aku rasa.

"Italy, Hairiel is here!!! " Hairiel yang perangainya gila-gila itu menjerit setelah keluar daripada airport. Aduh, adik siapa ni? Memalukan!

Di sini, abi telah menempah pemandu pelancong untuk kami bertiga. Keluar sahaja, ada seorang lelaki menjemput kami masuk ke dalam kereta.

"*Per favore." Pintu telah dibuka olehnya. Apa pula yang dia katakan ni? Apa ingat aku faham ke? Korea bolehlah!

"*Grazie. " Balas Hairiel setelah kami semua masuk ke dalam kereta tersebut. Dia faham? Wow!

"*Prego signor. " Katanya seraya menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada kami. Boleh tahan juga juru pandu arah yang abi pilih.

"Riel, kau faham ke apa yang orang tu cakap? Pandai pula kau membalas. " Soalku. Saat ini, keret telah meluncur laju membelah jalan raya supaya kami sampai ke destinasi.

"Fahamlah. Riel dah belajar bahasa Italy ni tahu. " Dengan bangganya dia berkata. Muka riaknya tidak boleh kawal!

"Ceh, poyo! Ni kita ni nak pergi mana ni? Cuba kau tanya dia. "

"Okey. Sat nah! *Parli englese? " Soal Hairiel. Entah apalah yang dia cakapkan. Entah betul entah tu

"Si, un po'." Balasnya.

"Where are we going sir? " Aku dengar Hairiel mula bertanya dalam bahasa Inggeris. Hek eleh, ingatkan power sangat.

"Hotel *signor. " Jawabnya ringkas. Aku mengangguk faham akan apa yang dia sampaikan.

Yang aku tak faham, si Hairiel ni kemain lagi dengan riaknya. Nak aje aku bagi ketam aku. Kalau setakat tanya dalam bahasa inggeris bolehlah dik!

"Ceh, riak berlebihan kau ni Riel! " Hairiel lagi dengan wajah bongkaknya apabila aku kata begitu. Yelah, kau menang. Kau memang power bahasa Itali ni. Bangga ada adik fasih cakap itali. Huh!

Tidak lama itu, kami sampai di hotel yang bagi aku mewah! Besar boleh tahan hotel ni.

"*Ciao, benvenuto. " Dua orang wanita yang diberi tugas untuk menyambut tetamu itu ramah menyapa. Cantik!

"Kak, cantik awek tu. Rasa-rasa kalau aku ngorat, dia on tak kak? " Mata nakal Hairiel mula memainkan peranan.

Sideburn Hairiel aku tarik keatas. Mengaduh dia dibuatnya. Hah, gatal sangatkan!

"Jaga sikit ye mata kau tu! Akak bagitahu abi nanti baru tahu! Habis hilang hafalan dalam otak kau tu. " Bebelku.

"Alah kak. Kau sikit-sikit abi. Dahlah datang sini tak pandai cakap. Kau ingat orang dekat sini semua pandai cakap bahasa Inggeris ke? "

Aku hanya mencebik dan teruskan pendaftaran hotel.

"Miss, can you remove all the alcohol in my room? " Tanyaku. Bukan apa, kadanh hotel-hotel dekat luar negara ni ada bar yang menempatkan alcohol.

"We already remove it miss. " Senyuman yang di pamerkan oleh wanita itu aku balas.

Pasti abi yang suruh awal-awal ni. Entah-entah abi dah suruh pihak hotel ni samak bagai. Ahaha, over sangat tu.

"Just leave the beg here. We will move it to your room. "

Aku mengangguk faham. Boleh tahan hotel yang abi pilih ni. Mewahlah bagi aku.

JAUH [C]Where stories live. Discover now