-21-

455 19 2
                                    


Hari ketiga di Pulau Langkawi membawa aku nun jauh dipuncak gunung Mat Cincang.

Gembiranya aku usah digambarkan. Sangat seronok.  Walaupun agak gementar masa naik kereta cable, namun takut itu hilang apabila permandangan yang terhidang dihadapan mata indah-indah belaka. 

Maha suci tuhan yang menciptakan. Sangat sempurna. Subahanallah tak lekang dari bibirku mengagungkan keindahan alam yang tiada ganti itu.

Lensa kamera aku fokuskan pada bahagian laut yang jauh nun dibawah.

Namun, ada juga terdetik, andai kata ajalnya diambil kerana gondola ini terhempas, tak dapat dibayabgkan betapa tragiknya.

Beberapa puluh minit berada diawangan, kaki kini kembali menjejak tanah yang tinggi tempatnya.

"Mama, bestnya! " Aku peluk lengan mama teruja. Ya, sangat teruja!

"Isy, perangai macam budak-budak. " Ubunku mama usap lembut. Aku hanya tersenyum.

Kamera DSLR aku halakan pada figura mama dan papa dan... Klik!  Sekeping gambar diambil secara senyap.

Cantik! Dimana papa sedang memeluk pinggang mama. Dan sambil itu mereka sedang berborak ceria. Bahagia sekali! Idamku, perkahwinanku nanti seindah bahtera keluarga mama dan papa. Menjadi idola mahligai perkahwinanku kelak. Eh, jauhnya kau menyimpang Dhiyyan!

Aku ambil gambar lain. Gambar Dinie, Dayyan, dan permandangan.

Sedang menghala kamera,aku tertacap pada figura sepasang kembar. Baihaqi dan Batisha. Dan saat itu, aku teringat pada kembarku. Hanna.

Apa yang sedang dia buat sekarang? Aku gembira berseronok di sini, tapi dia entah sihat atau tidak. Tiba-tiba awan rindu datang menjengah.

"Dhiyyan, say cheese!"

Tak sempat buat apa-apa Lala dah tangkap. Alahai si Lala ni.  Orang tak ready lagilah!

"Oh my god, cantiknya I tangkap!! " Aku dekat Lala yang teriak perlahan itu. Entah apa yang cantik entah.

Lala tunjuk gambar candit aku. Boleh tahan!  Cantik orang dalm gambar tu!  Eh?

"Cantiknya orang dalam gambar ni.  Untung siapa dapat dia. " Ujarku bangga.  Gila tak bangga, kira aku ni fotogenik okey!  Pandang kamera, tak pandang kamera tetap cantik.

Allah, banyaknya sifat riak dalam diri aku.  Istighfar banyak-banyak Dhi oi!

"Ei, perasanlah you ni.  Ni cantik sebab orang pandai tangkap gambar. Ni dah boleh ambil I kerja sebagai photographer ni. "

Alah, dia pun sama perasan jugak.

Aku tinggalkan Lala yang sibuk dengan kemahiran menangkap gambarnya.  Aku duduk di bangku. Menikmati keindahan yang tak terucap cantiknya.

InsyaAllah, nanti kak Aira bawak Hanna datang sini ye. Bukan sini aje, semua tempat akak nak pergi dengan Hanna.

"Dhi, you menung apa ni? Teringatkan I ke? " Tegur Firdaus.

Ingat aku ni tak ada kerja lain dok nak ingat pasal dia aje?

"Untuk apa pulak saya nak teringat dekat awak Fir? " Balasku.

Firdaus ambil tempat disebelah aku. Sibuk aje!

"Cantikkan? " Soalnya. Aku hanya mengangguk sebagai jawapan.

"Tapi, cantik ini tak boleh jadi milik I. Cuma cantik sebelah I ni aje yang boleh jadi milik I. "

Oh my god! Nak muntahnya! 

JAUH [C]Where stories live. Discover now